"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, September 5, 2012

DAGING BERLEMAK? ITULAH YANG SEDAP!


Menyuap makanan kepada seorang bayi berumur 10 bulan yang fidgety adalah antara tugas yang sangat mencabar bagi seorang lelaki (bagi aku je kot?). Ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi melebihi kesabaran Nelson Mandela ketika dipenjarakan puluhan tahun dan memerlukan kemahiran yang sangat tinggi melebihi kemahiran Lionel Messi menimang bola 10,000 kali non stop.

Oleh kerana maha beratnya tugas yang dihadapi, aku selalu menyuap makanan baby aku ke dalam mulut aku sendiri sambil menyuap dia demi mempercepatkan tugas aku. Dan aku buat ketika bini aku tak pandang, ketika dia sibuk membasuh pinggan.

Hasil kekerapan mematuhi polisi curi-curi-makanan-anak-ketika-bini-tak-pandang, aku memasuki fasa awal obesiti. Aku sekarang memiliki badan yang terberat dalam sejarah hidup aku, dan berkemungkinan sangat cerah untuk terus bertambah berat. Lebihan lemak ini malangnya tidak terkumpul sekata, semuanya bertumpu kat perut aku. Kat pinggang, dan lemak yang berkumpul di sekeliling pinggang adalah lemak visceral.

Lemak visceral adalah lemak yang tak elok, kerana ianya terbukti meningkatkan risiko kesihatan. Jauh lebih berisiko berbanding disahkan mengalami kolesterol tinggi dalam darah. Jangan risau sangat bila ujian darah menunjukkan kolesterol tinggi, tapi lebih risau bila lemak semakin bertambah di pinggang.

Dan ini menyebabkan aku masuk bab fat distribution (pengagihan lemak) dalam kambing. Macamana kita nak pastikan lemak berkumpul di tempat yang betul, yang membuatkan daging kambing kita makin sedap, makin juicy.

Aku cerita pasal kambing jantan yang cerai susu, tak cerita pasal kambing lain.

Kebanyakan penternak kambing bila sampai fasa penggemukan jantan cerai susu, menumpukan fokus pada menambahkan berat hidup. Ini lebih senang, lebih kacang berbanding meningkatkan kualiti karkas, spesifiknya pengagihan lemak pada tempat yang betul.

Sebelum itu, kita kena tahu yang prinsip asas biologi ialah lemak memberikan rasa pada daging. Kehadiran lemak membolehkan manusia membezakan antara daging lembu, daging kambing, ikan atau ayam. Kalaulah lemak ni takde, memang semua daging rasa sama je, tak dapat nak bezakan.

Dahlah rasa sama, tak kenyang pula tu. Dan kalau selalu makan daging tanpa lemak hari hari, kita boleh dapat cirit birit yang teruk, dan ada kes kematian. Jadi sebenarnya lemak ni bukanlah membahayakan, tetapi ianya nourishing sebagaimana nenek moyang kita telah buktikan.

Ok. Bagi livestock breeder yang enlightened, dia akan fokus pada kualiti karkas kerana inilah yang memberi nilai tambah, extra edge kepada produknya. Jangka panjang strategi ini akan membina reputasi, membantu dalam memanjangkan jangka hayat bisnes kita. Tumpuan pada kualiti pasti membuahkan hasil yang lebih baik berbanding sibuk memikirkan kuantiti.

Daging lembu ada sifat marbling, tapi kambing tak dak. Tak kisahlah, yang penting di sini ialah bagaimana meningkatkan kuantiti lemak dalam daging (intramuscular) bukannya meningkatkan lemak di luar daging atau bawah kulit.

Penggemukan membantu kita mencapai objektif ini dengan lebih cepat, dan ada baaanyak 'tweak' atau teknik dalam bab ini. Aku tak boleh nak sentuh semua pasal panjang sangat nanti. Sikit sikit je.

Biasanya tempoh optima bagi penggemukan adalah 3 bulan bagi kambing. Baru dia betul betul cantik nisbah daging – lemak – tulang, betul betul lemak terkumpul dalam daging, betul betul lembut dan juicy. Hampir menyamai sifat daging anak kambing yang masih menyusu, tapi itu cerita lain.

Sebaik baiknya gunakan grain atau bijirin – gandum, jagung, barli, padi etc sebagai ramuan utama fasa penggemukan ni. Sebabnya karbohidrat lebih mudah menjadi lemak dalam daging dan membantu dalam mengembangkan sel daging supaya lebih banyak lemak dapat dimasukkan.

Protein tak sepenting karbohidrat dalam fasa penggemukan. Protein ni prioriti masa tumbesaran anak, induk menyusukan dan pejantan masa dia sibuk kahwin. Karbohidrat memang mempunyai kualiti menggemukkan yang lebih baik daripada protein, lemak, dan gula ringkas.

Gula ringkas ni maksud aku molasses lah. Molasses memang boleh buat kambing cepat betul naik berat badannya. Aku pernah tengok kambing jantan boer yang diberi makan dedak lebih 2 kilo sehari dicampur molasses sebaldi besar, naik berat badannya 12 kilo sebulan. Pehh.. bulat tak ingat.. Tapi lemak bawah kulitlah/luar daging yang banyak jadi, dah salah target distribution.

Gula ringkas ni sifatnya mempercepatkan pengumpulan lemak luar daging. Molasses ni sikit sikit oklah, jangan excessive. Aku sendiri pun tak pernah guna molasses. Kambing aku pun tak suka, ntah kenapa.

Itu gula ringkas. Kalau lemak dan protein pula, sifat diorang ni lambat menggemukkan sebenarnya. Tak berapa efficient dalam bab menggemukkan sel daging. Jadi kalau kita guna pkc/pke semata mata campur ngan molasses sebagai diet penggemuk, memang total disaster. Dari segi fat distribution lah. Gemuk gemuklah tak ingat punya gemuk, tapi tak sampai lah tujuan karkas berkualiti.

Itu dari segi nutrition. Kalau kambing kita happy (gembira), itu pun membawa perbezaan besar dari segi rasa dan kualiti daging. Mamalia ni sentiasa merembeskan hormon mengikut moodnya. Kalau mood baik, hormon jenis ni yang banyak dirembeskan. Kalau mood tak baik, hormon jenis lain pula yang berkitar dalam darah.

Kambing yang happy lebih mudah mengumpul lemak dalam daging, dan urat urat dagingnya lebih lembut. Kambing yang tak happy, susah nak kumpul lemak dalam daging, pasalnya banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi side effects depression. Urat urat daging pun keras. Memang terbukti pasal kajian menemukan kaitan antara kegembiraan dan pembuluh darah yang lembut dan fleksibel, manakala kemarahan dan kesedihan menyebabkan pembuluh darah mengeras dan mudah plak terkumpul – senang kena darah tinggi, strok, sakit jantung etc.

So bagi aku cara yang terbaik buat kambing happy ialah dengan membenarkan dia turun ke bawah kandang merayau rayau sepertimana tabienya. Dari segi teori, aku sepatutnya rugilah dari segi kenaikan berat badan sebab kambing banyak guna tenaga merayau rayau cari makan rumput. Buang tenaga, penat aje kasi dedak.

Tapi realitinya, yang aku perhatikan kambing aku lagi cepat gemuk pasal nampak lagi happy. Rumput pun aku tak yah cari, dah jimat kos, masa dan tenaga. Aku ada try juga, bagi kambing kambing jantan fasa penggemukan ni duduk je dalam kandang, tapi tak berapa cantiklah sepertimana bila aku bagi peluang diorang ni turun ke bawah. Lagi pun banyak customer aku prefer kambing lepas, tak berapa ngan kambing makan tanggung 100%.

Aku pun pelik gak sebenarnya, macamana pula kambing lepas lagi cepat gemuk dari kambing makan tanggung. Tapi aku rasa kan, bila kambing happy, dia merembeskan lebih sikit kuantiti growth hormone ke dalam darah. Termasuklah anabolic hormones yang mempercepatkan pengembangan sel daging.

Yaa kambing yang dapat exercise, sel dagingnya akan mengembang lebih lama dan lebih besar. Macam atlet juga. Bila sel daging besar, lebih banyak lemak dapat disimpan ke dalam sel. Daging pun lebih sedap, lebih banyak jus.

Tapikan, aku jarang penggemukan sampai 3 bulan. Baru sebulan setengah, dua bulan banyak kambing kambing jantan ni aku jual kerana demand yang sangat tinggi. Kalau kambing jantan tu tak sampai sebulan dalam fasa penggemukan, aku takkan jual – rugi siot.

Anyway, penggemukan ni sebenarnya lebih senang berbanding pembiakan. Bukan susah nak gemukkan kambing ye tak? Banyak penternak boleh buat, macam macam jenis feed boleh guna. Tapi bab membiakkan ni ramai yang tak lepas. Nak kena ada considerable skill and determination, baru boleh jadi pembiak.

Oklah tuan tuan, konklusi yang aku boleh buat ialah daging yang berlemak (dalam daging) adalah daging yang lebih sedap, dan lebih nourishing. Kita sebagai penternak kena ambil tahu macam mana nak menghasilkan karkas yang lebih berkualiti, dan daging yang lebih sedap. Kena tahu macam mana fat distribution yang terbaik.

Salam.

6 comments:

  1. Assalamualaikum tuan alwi..

    Byk info mnarik kali ini..aku trtarik dgn fakta knapa kmbing lepas ragut lbih mudah naik berat bdan.Sbb terfikir jgak aku kalu aku bg mkan utk penggemukan dan aku lepas,bnyak lemak dan karbohidrat dgunakan untuk sumber tnaga kambing brjalan.Rugila pulak bagi makan pelet pastu kurus balik.hehe..tp bila smpi bab perembesan hormon tu trjwbla sdh persoaln trsbut.tq sbab share hsil kajian tuan..tapi mungkinkah hormon yg sma mnyebabkan pertambahan berat bdan tuan alwi.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaw2 makan mana tak gemuk, amsuk musim hari raya lagi tu. Haha. 2 nikmat yang manusia kerap lupakan, nikmat masa lapang dan kesihatan. Riwayat Nabi SAW. Jaga kesihatan tuan, Hehe

      Delete
  2. Lebih banyak otot kena lebih banyak lemak untuk lindungi daripada kerosakan ya tak tuan? Orang nak banyak otot kena banyak exercise dan bukan makan saja, rasanya kambing pun sama. Apa kata kita tengok 2 kes ni.

    Kes A
    Ali makan setiap hari dengan diet gizi tinggi. Memang kaw2 punya makan, selepas 2 bulan berat badannya bertambah. Orang tengok dia bulat je, lari sikit dah mengah stamina takde. Adakah dia sihat?

    Kes B
    Ali selalu bersenam setiap hari 5 jam sehari, makan ala kadar tapi mencukupi alhamdulillah. Lepas 2 bulan dia perasan badan dia makin muskular dan berat pula makin naik. Dia juga boleh lari lebih jauh tanpa penat. Adakah Ali sihat?

    Jadi... rasa2nya lah pembiak kambing kena pandai bezakan kambing mana yang gemuk dan mana yang berotot/fit. Berat sama tapi tahap kesihatan berbeza. Ya tak? Haha.

    Aku rasa ko dah lebih hormon estrogen la, orang laki pun ada estrogen kalo tak bersenam. Mula la kembang kat tempat yang tak patut macam perempuan tu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaedah yang aku rasa bagus ialah BCS, ambil score 3-3.5 ideal dah tu. Tapi daripada segi teknik penggemukan memang aku tak pandai, banyak lagi nak belajar dari tuan2. Terima kasih kerana berkongsi ya.

      Delete
  3. Assalamualaikum,

    kambing baka apa yg dagingnya paling sedap? biri2? boer? kambing kampung? lain2?siapa2 yg ada pengalaman silalah kongsi-kongsikan.

    Leman JB

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..thanks for the story. Amt berguna utk sy yg tgh servey2 pasal ternakan kambing..

    ReplyDelete