Aristotle
ni anak murid Plato kan? Atau Plato anak murid Aristotle? Aku tak
boleh ingatlah, selalu confuse. Tapi yang pentingnya adalah Aristotle
si ahli falsafah Greek ni adalah antara pencerap terawal kepada
fenomena superconception atau superfetation.
Mengandung
dalam mengandung.
That is
weird, very weird.
Menurut
Aristotle, semua mamalia bila dah mengandung (conception), tidak lagi
berminat dengan jantan kecuali manusia dan hare (nama melayu aku tak
tahu, macam rabbit tapi lain spesis), spesifiknya european brown hare
atau lepus europaeus.
Kalau
tengok kambing kita, sekali dah kahwin dan mengandung, tak mahu
kahwin lagi dah. Langsung tak minat ngan jantan. Masa subur dia 3
hari je, hari hari lain selama 18 hari tu tak subur. Manusia lain
pula ye, 3-7 hari je tak subur datang period, lain lain hari subur
saje. Memang terbalik dengan mamalia lain.
Dan
perempuan, begitu juga lepus europaeus masih bersedia melayan jantan
(receptive), masih ada keinginan seks walau pun mengandung, hatta
tahap trimester sekali pun. Dan aku percaya fenomena ini sebenarnya
membataskan kemampuan lelaki untuk berkahwin lebih daripada empat.
Yelah,
takkan semua empat empat bini datang period, betul tak? Koman koman
mesti sorang subur. Takpa takpa nanti aku explain satu benda menarik
dalam post mendatang, khas untuk bini bini yang tak mahu lakinya
kahwin lagi berdasarkan prinsip biologi.
Ok,
saintis Jerman telah mengkaji lepus europaeus dan mendapati
observation Aristotle adalah benar lagi terpakai. Mereka menggunakan
high resolution ultrasonography untuk scan perut binatang ni masa dia
mengandung. Dan didapati betina lepus europaeus mengeluarkan
ovum pada tempoh akhir kehamilan, dan jantan lepus europaeus
memang mampu mensenyawakan telur si betina masa tu.
Embrio
akan terbentuk 4 hari sebelum kelahiran. Tapi dia tak boleh masuk ke
kawasan rahim (uterus) sebabnya dah ada janin abang dan kakak dia kat
situ. So dia melepak dulu kat saluran oviduct. Tunggu rahim dah clear
(maknya beranaklah), baru dia masuk.
Result?
Jarak kelahiran dapat dipendekkan daripada 42 hari ke 38 hari, dan
jumlah kelahiran anak meningkat 35.4% semasa musim beranak. Dan 35%
is a LOT. Banyaknye...
Aku kalau
boleh nak juga kambing kita macam tu. Kalaulah tiap tiap 5 – 6
bulan kambing beranak, memang meriah kandang dibuatnya. Berderet
deret anak kambing. Duit duit. Tapikan bila cepat sangat membiak, sah
sah energy expenditure tinggi betul. Mana mampu kita nak bagi makan,
nak pastikan diet kambing kita boleh memenuhi keperluan sebegitu.
Lagipun
kambing menyusukan anak dia. 2 bulan paling kurang. Kalau lepus
europaeus sekejap je, lepas tu cari makan sendiri. Bukan jaga
sangat pun anak anak dia. Mmm...mamalia kecil memang jauh lebih
pantas pembiakan dia berbanding mamalia yang besar besar ni.
Lagi
besar binatang, lagi lambat pembiakannya. Lagi kecik, lagi cepat
kadar pembiakan.
Dan
fenomena superconception ni memang terjadi pada manusia, tapi jarang
jarang. Kalau majoriti macam ni, pengsan maknya nak menjaga anak
anak. Kalau bapaknya rajin jaga sekali takpa juga kan?
Salam..
Apesal semalam, semua cyber cafe ada masalah internet? Tak puas hati betul aku dibuatnya..
ReplyDeletepasal 'innocence of muslims ke'?
Haha.. sebab dia nak tuan beli broadband. :)
ReplyDeletebroadband tak dak coverage lah tempat aku
ReplyDeletesmart phone tuan. Haha. Ada sebab la tu kenapa allah takdirkan macam ni.
ReplyDelete