Semalam
aku pergi 4 ladang kambing. Dah lama tak buat lawatan. 4 penternak ni
lebih lama dari aku. Semuanya bela kambing sebagai sumber pendapatan,
dan ada yang guna kerete mercedes baru. So aku pelik gak bila ada
pihak yang tak yakin boleh survive dengan menternak kambing semata
mata.
Aku
rasa pihak yang underestimate industri kambing ni tak cukup buat
lawatan muhibbah ke kandang lama lama. Tak kisahlah buruk mana pun
kandang, hatta nak runtuh sekali pun, tapi penternak veteran ni ada
banyak valuable insight, walau pun kadang kadang pedas kebenaran yang
disampaikan.
Yaa
kebenaran selalunya membuatkan kita berasa tak selesa, panas buntut,
tercabar ego. Tetapi tanpa kebenaran kita tak boleh maju.
Dan
JPV biasanya tidak mengambilkira input pastoralist berpengalaman ni
dalam formulasi polisi. Adalah menjadi suatu kebiasaan juga penternak
berpengalaman ni diblacklist oleh JPV kerana kepedasan suara mereka.
Penternak baru yang tak cukup pengalaman tapi pandai mengampu atau
kaki kipas dapatlah banyak projek dengan JPV – supplier atau
importer kambing pawah, atau menjadi tempat kursus, atau menjadi
pengurus projek projek berimpak tinggi.
Unfortunately
for the industry, they keep failing, big time and scandalously.
Patutnya
lantiklah yang betul betul berpengalaman untuk menguruskan projek,
atau pun jadi konsultan walau pun tak sebulu, walau pun takde keluar
sebaris pun ayat manis manis. Semuanya nampak pahit aje, macam susah
nak berjaya projek. Tapi kebiasaannya, bila permulaan projek nampak
sukar, macam sekelumit je harapan, itulah yang berjaya akhirnya.
Susah
dulu, senang senang kemudian. Berpahit pahit duluan, bermanis manis
kemudian, ye tak?
Anyway,
ada satu penternak veteran semalam ni yang buat penggemukan kepada
kambing jantan pedaging cara fidlot. Jantan jantan ni tak turun
kandang, sebaliknya 24 jam atas kandang dan diberi makan ad libitum.
Maknanya dedak senantiasa ada, tak habih habih. Dedaknya berasaskan
fresh palm kernel cake (beli kat kilang sawit dalam bentuk serbuk) +
kulit gandum + kalsium karbonat + rumput.
PKC
ni (atau PKE – cara proses je lain) harganya rm530 per tan. Wangi.
Kulit gandum mahal juga (tak ingatlah berapa harga). Tapi lagi
mahallah dari pkc.
Yang
mengejutkan aku ialah kadar kenaikan berat pada 3 – 3.5kg sebulan.
Fidlot, ad libitum.
Tak
cukup.Tak patut. Tak cekap. Shockingly inefficient.
That
is the trouble kalau ration penggemuk kita takde grain (jagung,
gandum, padi, barli, etc).
Tuan
tuan, kambing jantan aku baka biasa je. Local cross. Ibu 30kg, jantan
55kg. Bukannya saiz besar besar yang beri advantage dari aspek weight
gain rate. Tapi aku guna dedak yang ada campuran jagung.
Dan
aku tak buat fidlot, aku tak beri dedak secara ad libitum. Secara
teorinya, lambatlah kambing jantan aku nak digemukkan. Banyak
disadvantage. Tetapi kenaikan berat per bulan yang dapat dicapai
adalah 4.5kg – 6.5kg.
Maknanya
walau pun nampak mahal dedak yang aku gunakan, tetapi dari segi
kecekapan menggemukkan, ianya lebih baik dari pkc/pke 90 – 100%.
Actually kos menggemukkan jantan aku adalah lebih rendah. Aku tak
bagi ad libitum, aku tak yah cari rumput, takyah chop rumput, takyah
penat penat campur sana campur sini. Input penggemukan aku tak
setinggi dia, manakala output lebih baik.
Jadi
aku rasa lebih baik kita tak yah pening pening buat dedak sendiri,
beli aje yang dah siap khas untuk penggemuk. Biar orang yang buat
dedak tu yang pening. Kita tumpukan pada usaha pembiakan kambing
kita.
Itu
lebih baik.
Salam.
BIasa masa mula menternak memang semua benda nak buat. Macam semua yang orang lama buat silap. Haha
ReplyDeletesemi intensif & darah tempatan adalah kunci kejayaan. hehe.
ReplyDelete