"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, October 9, 2012

WARM UP...


Salam hormat rakan rakan pembiak sekalian,

Lama aku tak update. Pekerja aku cuti balik indon. So aku sibuk betul sekarang ni. Kerja tak habih habih. Kena pula musim demam. Aku demam, anak bini pun ikut demam. Muntah cirit birit. Rotavirus punya hal. Pelik sungguh wabak ni. Pegawai kesihatan kat tempat aku masih belum dapat pinpoint sumber sebenar rotavirus ni.

Anyway aku sibuk sangat sekarang ni. Hari hari banyak masa kat kandang. Tak beli suratkhabar, tak check internet, sampaikan hari apa pun aku tak tahu. Belanjawan itu hari aku langsung tak tahu menahu. Ada cerita baik ka untuk penternak?

Aduh laa dah lama tak menulis, jari dah jadi berat, synaps dan neuron aku pun hilang ntah ke mana. So aku nak mula dengan cerita ringan ringan dulu. Warm up dulu ECU (electronic control unit) aku ni.

Ok. Cerita salah satu kesilapan yang aku pernah buat dulu. Tuan tuan jangan ikut.



Perhatikan betul betul leher anak kambing kat atas. Ada macam bengkak kat leher dia. Ini dinamakan gemuk susu. Maknya terlebih susu. Dulu masa mula mula aku bela kambing 7 tahun dulu, aku menggelabah bila tengok anak kambing jadi macam ni. Saspen sungguh tengok leher bengkak.

Aku ingat dia sakit. Aku pun sibuk lah administer antibiotik. Bila tak surut lagi bengkaknya, bantai ubat cacing plak. Siap bagi iodin supplement lagi kat mak dan anaknya, ingatkan goiter ka, beguk ka.

Memang bengong gak aku masa tu. Ntah apa yang aku pikir. Last last bila buat research sikit, baru tahu fenomena gemuk susu yang membuatkan leher anak kambing jadi bengkak.

Itulah bila difikirkan balik, kesiannya anak kambing tu aku kerjakan. Dah elok sihat bulat bulat, aku sibuk cucuk macam macam. Memang kerja bodoh dan sia sia. Membahayakan lagi ada. Nasib baik takde apa apa anak kambing tu.

Anyway, anak kambing jantan dalam gambar di atas adalah kacukan cair boer (tak pekat dah boernya). Namanya Ozil, umur 49 hari, berat 14.5kg, belum pandai makan apa apa selain susu. Maknya Osiloskop no tag 643 pun kacukan boer. Pertama kali beranak. Nenek dia nama Opium bernombor tag 128 adalah kacukan boer F1 – ada rupa boer.

Moyang dia Oprah adalah fullblood boer. Darah boer kat kandang aku dah mencapai empat generasi. Darah kampung dah 6 generasi. Atas moyang atau lepas cicit aku tak tahu nak panggil apa.

Pengalaman aku bela boer ni, secara jujurnya aku lagi suka kacukan boer dengan darah tempatan berbanding fullblood boer. Kacukan lagi senang bela dan beranak.

Tuan tuan, kacukan boer kat ladang aku kalau tengok dari aspek weight gain rate memang impressive berbanding yang kuat betul darah kampungnya.

Osiloskop dan Opium tu dua dua betina. Dua dua ada kembar. Umur 8 bulan 33 kilo beratnya. Makan rumput je lak tu. Lepas. Takde bottle raised. Selective deworming. Takde masalah masa beranak.

Sekali lagi – betina, kembar, makan rumput. 8 bulan 33 kilo.

Sama atau hampir sama dengan prestasi fullblood. Kalau bagi dedak, bagi deworming berjadual, bagi supplementation itu ini? May exceed fullblood performance.

La ni Osiloskop umurnya 1.2 tahun dan Opium 4.3 tahun (osiloskop ni anak keberapa opium aku tak checklah). Aku cadang simpan dululah buat induk. Nak tengok macam mana penghasilan seterusnya. Si Opium tu konsisten beranak setiap 8 bulan, dah 5 kali beranak, jumlah anak 9 ekor, jadi kidding ratio 1.8. 67% anak jantan. Pretty good.

So dengan fullblood, aku lost money, tapi dengan kacukan aku make money. Pembiakan fullblood kurang menjadi, tapi pembiakan kacukan menjadi jadi. Itulah kesimpulannya.

Waittt.... ini semua under aku punya enforcement of low input husbandry. Kalau kita buat high input husbandry, fullblood menjadi jugak kot. Tapi kena bersedialah dengan input tinggi. Ok tuan tuan.

Salam!!

7 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth saudara alwi,

    Memang canggih manggih nama kambing ko. Siap ada nama bahan terlarang ganja aka opium lagi. Agak2 kalo bagi nama2 dalam islam yang baik2 macam abdurrahman dan abdullah ada beza ke pada kambing2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum jumpa kajian orang islam lagi, sapa nak buat ha?

      Delete
    2. Hehe, aku pro nama2 baik ni. Nanti cuba bagi nama2 orang soleh ni. Untuk betina bagi nama solehah pulak. Haha

      Delete
  2. salam prof. fuh, nama kambing, op op op saja. bajet untuk penternakan takda la prof. ada takaful padi je. hahaha.

    prof, kalau pejantan kampung kacuk ngan betina boer & pejantan boer kacuk ngan betina kampung, mana performance yang lebih baik in term of kidding rate, ADG ngan daya tahan penyakit? atau sama je dua2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betina kampung atau kacuk kampung manakala pejantan darah boer atau apa apa darah eksotik. yang tu lebih baik.

      Delete
  3. Terbaik la penerangan bro ni............

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tunggu update hang ni rizal.. bagus ada entri baru

      Delete