"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, January 6, 2015

THE IRON LAW

Semenjak aku isytiharkan Iron Law kepada rakyat kambing, - dimana garam jilat low iron dinyahtendang, dan garam jilat high iron digunakan, dan iron dextran digunakan untuk anti anemia - kesuburan datang kembali, mortaliti menurun mendadak, dan kadar kelahiran naik (petak beranak yang kosong sedang diisi kembali).

Sedang kembali kepada normal. Sedang kembali kepada high performance. 

Aku akan berterusan memastikan Iron Law ini berlangsung. Menjadi Standard Operating Procedure (SOP). Bahkan menjadi Perlembagaan AlwiGoatFarm. Yep. Kerana aku nampak ini adalah salah satu teknik maha penting dalam pembiakan kambing pedaging tropika yang pantas dan menguntungkan. 

Utamanya untuk sistem semi intensif bawah sawit. Aku perhatikan, berdasarkan pengalaman sendiri, dan rakan rakan, yang membiakkan kambing pedaging bawah sawit - keperluan kepada garam jilat high iron adalah  kritikal untuk prestasi biak yang tinggi.

Sapa sapa yang bela kambing bawah getah, atau tanah lapang, atau kawasan selain sawit - barangkali tidak memerlukan kepada garam jilat high iron. Yang bawah sawit ni je yang jelas ada keperluan spesifik untuk intake iron yang tinggi. 

Mungkin kerana rumput rampai yang tumbuh bawah lindungan sawit tak dapat cukup matahari, ditambah pula copper tinggi pada seluruh bahagian sawit, justeru kandungan iron dalam rumput rendah, dan lebihan copper mengganggu penyerapan iron. Hmmm... rasa rasa aku lah.

Jadi sekarang SOP aku, bila ada kambing yang perlu dideworm, aku bagi sekali dengan iron dextran. Lepas dua tiga minggu, check balik kambing tadi ikut Famacha. Kalau masih ada simptom anemia, bagi sekali lagi iron dextran. Dua tiga minggu berikutnya, kalau masih anemik (kelopak mata masih pucat lesi), aku deworm sekali lagi. Mungkin deworm kali pertama tu salah bagi atau underdose. Dan itu memang boleh terjadi.

Dua kali deworm dalam masa dua bulan bagi kambing anemik dah cukup (Watch out!!! Kambing yang nampak sihat, apalagi yang bunting - tetap ada risiko anemia. Please be aware!! Apalagi kepada yang bela bukan 100% genetik tempatan). Kalau kena bagi tiga kali dalam masa tiga bulan - terus di blacklist masuk kategori daging. Bukan lagi breeder. 

Anyway, aku perasan simptom beban cacing tinggi dan simptom anemia tinggi ketika musim basah. Mungkin hujan yang banyak turun ini 'mencairkan' kepekatan iron dalam rumput rampai bawah sawit. Jadi bila sampai musim basah di kawasan aku - Oktober hingga Januari - kena rajin sikit check kambing. 

Perhati betul betul kambing. Mana yang nampak kepala tunduk semacam (drooping head), atau kurus semacam boleh nampak tulang rusuk --->  deworm + iron dextran.

Ok. Sebenarnya walaupun banyak kerja sikit (deworm + iron dextran), tapi input ini berbaloi kerana magnitud output lebih besar. Takdak rugi. Tak masuk langsung dalam zon hukum pulangan berkurangan.

Ya. Pasalnya sebarang usaha deworm akan merendahkan vitamin dan mineral lain dalam tubuh kambing. Dewormer ni sebenarnya racun. Dan untuk 'metabolise' racun tersebut, zat zat vitamin dan mineral akan ditarik dan terkorban. Justeru adalah sangat baik setiap kali deworm, bagi sekali iron dextran. Dan kalau boleh multivitamin dan multimineral.

Kalau betul betul rajin lah. Berdasarkan observasi aku, iron dextran dah cukup untuk diguna bersekali dengan dewormer. Itu kombinasi yang cukup mantap.

Ok. Teknik dewormer + iron dextran biasanya kerap digunakan ketika musim hujan dimana kambing meragut banyak anemik dan kecacingan. Kalau musim kering, kambing ok sikit. Cukup dengan menjilat garam high iron untuk maintain tahap iron dalam darah. 

Dan aku rasa sebenarnya garam jilat high iron yang ada dalam pasaran sekarang (3000mg ferum/per kg) tidak cukup atau kurang sesuai untuk kambing pedaging tropika bawah sawit. Kita perlukan formulasi garam jilat yang lebih tinggi iron nya. Yang lebih sesuai dan spesifik dengan keperluan kita.

Sapa nak buat ye?




2 comments:

  1. Pembajaan serta racun rumpai mungkin menjadi faktor kurang iron kepada penternak bawah sawit.100% ambo setuju ngan Prof.

    ReplyDelete
  2. Copper is iron antagonist. When copper increases, iron will decrease. Your assumption is correct.

    ReplyDelete