"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, January 25, 2015

SYURGA ITU PLANET,NERAKA ITU PLANET

Hipotesis.

(Minta maaf kepada mereka mereka yang tidak selesa dengan pandangan aku ini. Ketahuilah yang aku tetap, dan mahu tetap, dalam berTuhankan Yang Maha Abadi, dan Muhammad SAW itu RasulNya. Dan aku sangat sangat gembira apabila mengetahui perkara perkara baru dalam sains apabila membaca KitabNya). 

Dalam aqidah atau tauhid, aku tahu satu sifat Tuhan yang tidak tersangkal. Hanya Dia yang kekal abadi. 

Semua ciptaanNya akan mati atau musnah. Semua makhlukNya memiliki jangka hayat. Sebaik sahaja mereka lahir atau tercipta, bermakna kematian sudah menunggu. Dan kematian besar besaran lagi total pasti akan melanda semua ciptaanNya ketika Hari Kiamat.

Tiada ragu ragu. Termasuklah kepada syurga, dan neraka. 

Syurga dan neraka juga adalah makhluk ciptaanNya. Maka adalah pasti dan pasti mereka juga akan mengalami saat saat kemusnahan. Syurga dan neraka hanya kekal abadi setelah Hari Kiamat, dan setelah mereka dicipta semula. Begitu juga dengan kita manusia, yang kekal abadi menjadi penghuni syurga atau neraka, setelah Hari Kiamat dan melalui proses penciptaan semula. 

Dan kita tahu Adam dan Hawa bukannya berasal dari Bumi, tetapi dari sebuah syurga di luar Bumi. Dan kita juga tahu dalam Mikraj, baginda Rasulullah SAW dibawa melawat ke tujuh syurga dan tujuh neraka oleh AdiMalaikat, Jibril Alaihissalam. 

Cerita syurga Adam dan Hawa, dan cerita syurga dan neraka dalam Mikraj, adalah benar sebenar benarnya... kerana ia disebut dalam AlQuran. Maka syurga dan neraka... telah pun wujud, sedang wujud, sedang menanti saat kemusnahan, dan...... sedang menanti untuk dijumpai oleh kita umat manusia, anak anak Adam dan Hawa. 

Ya. Aku hipotesiskan yang syurga dan neraka adalah sebilangan planet planet yang diam menanti cerapan kita daripada sekian banyak planet planet dalam alam semesta.

Para saintis pengkaji kosmos dengan bantuan pencerap Kepler, sehingga kini, telah menemukan lebih 4,000 planet yang seakan akan Bumi, atau memiliki kemungkinan untuk memiliki kehidupan, dan planet planet ini dipanggil planet Goldilocks. Mereka semua ini berada dalam 'habitable zone' sesebuah bintang.

Telah dianggarkan ada lebih 40 billion planet dalam galaksi Bimasakti kita, dan kita baru mengkaji sebahagian kecil daripadanya. Belum lagi dimasukkan planet planet yang berada dalam galaksi galaksi lain - dan setakat ini saintis anggarkan ada lebih 500 billion galaksi dalam alam semesta. Dan aku sangat sangat pasti bilangan galaksi ini (seterusnya planet planet) akan terus meningkat sejajar dengan bertambah baiknya pencerapan kita. 

Ok. Mari kita ingat kembali apa yang Rasulullah ceritakan pada kita berkenaan sifat syurga dan neraka. 

"Satu hari di syurga atau neraka, bersamaan 1,000 tahun di Bumi".

...................
...................
.....................

Surprise! Surprise! Surprise!!!!!

Para saintis kosmos menemukan satu perkara yang sangat mengejutkan. Mereka dapati hampir semua planet planet Goldilocks adalah 'tidally locked', dan sebilangannya memiliki putaran yang sangat sangat perlahan. 

Sama seperti Bulan kita yang sentiasa menghadapkan wajah yang sama kepada Bumi sepanjang orbit nya mengelilingi Bumi dan Matahari, planet planet Goldilocks juga memiliki sifat tersebut. Wajah yang sama senantiasa menghadap bintang masing masing. Separuh planet senantiasa siang, manakala separuh lagi senantiasa malam. Maknanya mereka tidak berputar. Tiada matahari terbit, tiada matahari terbenam pada langit planet planet ini. 

Tetapi ada sebilangan kecil planet planet Goldilocks, terutamanya yang bersaiz Super Earth atau berkali ganda besar dari Bumi - memiliki putaran yang sangat sangat perlahan. Kitaran siang dan malam mereka ini bergerak terlalu perlahan sehinggakan.......

satu hari di planet mereka bersamaan seribu tahun di Bumi.

Ada yang kurang, ada yang lebih, tetapi apa yang PASTI...

Memang wujud planet planet yang mungkin sesuai didiami kehidupan, dan satu hari disana bersamaan seribu tahun Bumi. 

Buat masa ini kuasa pencerapan kita masih pada tahap awal dan 'primitif'. Kita sememangnya memerlukan lebih banyak observatori kosmos, samada luar Bumi atau pada Bumi, yang lebih berkuasa dan lebih canggih, dalam usaha kita lebih memahami planet planet diluar sistem solar ini.

Kita sebenarnya... masih jauh ketinggalan dengan berita yang dibawa AlQuranul Karim, dan berita yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW. Berita yang mereka bawa adalah benar, dan ada yang terlalu jauh ke hadapan. Ada yang diluar kemampuan kita untuk memahaminya disebabkan ilmu kita yang sangat cetek. Termangu mangu kita dibuatnya apabila sampai berita tersebut.

Samalah juga halnya dengan seluruh umat Islam yang terpinga pinga tidak percaya apabila Rasulullah menyampaikan cerita Isra' dan Mikraj, melainkan Saidina Abu Bakar yang membenarkan kisah pengembaraan aneh tersebut. 

Harapnya kita semua semakin bersungguh mengejar ilmu kosmos, dan kita semua bergerak semakin hampir dengan kebenaran yang dikhabarkan oleh Alquran dan Rasulullah. 

In sha Allah!

Assalamualaikum!





2 comments:

  1. Cuba tuan alwi baca dan kaji alQuran Surah 82 Al-infitaar. Blog ini ramai pengikut. Takut tersesat dan menyesatkan.

    ReplyDelete
  2. Membuka minda...teruskan mengkaji kebesaran Yang Kuasa

    ReplyDelete