"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, January 2, 2015

THE BIRTH

Lama tak update blog dan facebook. Lama juga tak masuk ladang jenguk kambing. Dok kelam kabut ulang alik klinik dan hospital. Juga dok kelam kabut jaga princess dua orang sedia ada. Semuanya kerana si kecik ini yang baru menjenguk dunia. All praise to the Lord!

Koleksi terbaru keluarga alwi. Princess juga. Tapi ada dua pusar pada kepala. Yaaa... princess yang rasi dengan kambing! (Hopefully...)

Dan aku ambil alih tugas memasak untuk keluarga buat sementara. Dengan hasil yang sangat.... memberangsangkan.


Ini donat extreme mocha. Cantik kan? 

Orait.. orait. Donat ni hangit. Crispy hangit. Dan semua percubaan aku yang seterusnya hanyalah meningkatkan risiko kebakaran kepada rumah tangga. Nasib baik mak aku sampai untuk menyelamatkan keadaan dan perut anak anak aku. Juga perut aku. Juga bini aku. 

Thanks mom!

Hmmm.... baby pompuan yang terbaru ni belum ada nama. Berat betul rasa kepala nak pikir mikir bubuh nama apa.  Mohon cadangan nama dari tuan puan yang ada idea bernas. Terima kasih!

1 comment: