"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, October 15, 2013

MINI MAHA


Pameran Pertanian di Kampung Gajah, Perak. Berlangsung pada 10 hingga 13 oktober yang lalu. Dirasmikan oleh Menteri Pertanian. Yang peliknya pelancaran pada 12 Oktober. Malam. Whatever...

Sedikit gambar di sana. Aku pergi hari terakhir. Banyak gerai pameran dah mula bersiap bungkus nak balik.

Pintu masuk utama

Close up. Gebu gebu tomatonya

Argghh... dah bungkus!

Banyak rupanya pusat pusat kemahiran pertanian di bawah majlis latihan pertanian kebangsaan. syabas! semoga industri penternakan masa depan akan dipopulasi oleh anak anak muda yang yakin akan kebolehan diri menyambut cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara, dan tidak lagi bergantung kepada import negara negara asing. Aku sangat sangat berharap anak anak muda ini akan menjadi penyelamat industri makanan negara. Dan membebaskan diri daripada mentaliti pengimport.

Ada 2 petak je kambing pameran. Yang ni jamna kacuk dari ladang JPV Infoternak Sungai Siput. Terima kasih JPV kerana bersemangat menjayakan program mini MAHA ini. 

Boer kacuk dari pondok tanjung. Aku mati mati ingat tuan usop projek boer nasional punya kambing. Rupanya JPV pondok tanjung. Kalau tuan puan nak tahu dalam blueprint asal projek NCER pondok tanjung ni, ladang jpv ialah nukleus, manakala pondok tanjung ialah multiplier. Giant multiplier. 



1 comment:

  1. Salam tuan

    Di Pondok Tanjung terdapat dua identiti

    1. Pusat Ternakan Haiwan (PTH) Pondok Tanjung milik JPV
    2. Ladang multiplier Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) - En Yusof.

    ReplyDelete