"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, August 16, 2014

WAK BOM!!

Yo Wak Bom! What's up? How ye doing? Gimme paiiiiiiffff!!

Mampuih aku kena pelempang si Wak Bom kalau dia baca post aku kali ni. Harapnya dia tak baca. Yeah... aku rasa dia tak baca. Buang masa ajo baca blog aku ni. Banyak lagi kerja masak masak nak dibuatnya. 

Ok. Wak Bom ni dulu polis unit pemusnah bom. Bila pencen bukak bisnes katering. Dan yang dikateringkan termasuklah kambing panggang. The real kambing panggang. Masak dulu dalam oven boss! Lepas tu nak golek tak nak golek suka hati lah. 

Sekarang hidup Wak Bom rendah risiko. Kalau dulu masa jadi skuad pemusnah bom, aku tak dapat nak bayangkan risiko yang terpaksa dihadapinya. Memang kena berani mati semua geng 'bomb destroyer' nih! Tabik boss!

Baik. Wak Bom ni antara pelanggan tetap aku. Tapi niche market. Bagi dia lah. Dia anggap aku niche supplier. Kalau ada pelanggan yang nak kambing special, atau kambing muda, atau jenis yang tak berkira pasal duit janji daging paling sedap - Wak Bom akan cari aku. 

Wak Bom beli aje kambing orang lain. Selalu. Tapi bila sampai 'special occasion' dimana citarasa yang lebih tinggi diperlukan - I am there for him.

Dan pesen Wak Bom ni, dari dulu sampai sekarang, tak pernah bagi early warning kat aku. Main terjah aje ladang aku. Dah berbuih buih Febreeze Dynamo Daia Airwick Ridsect Baygon mulut aku ni bagitau dia - bagitau awal awal senang cerita. Tapi tu lah aku sorang aje lah yang berbuih terus masuk longkang. Dia buat dunno aje. Biasaklah geng veteran. Pemusnah bom pula tu. Apa kisah buih muih kuih muih donat lepat karipap kat mulut aku hahaha..

Ok. Gambar Wak Bom. 

Yaa itulah Wak Bom the Bomb Destroyer.  Belah kanan. Yang kiri tu menantunya Iwan. Terima kasih Wak Bom kerana sudi beli kambing aku! Thanks again!

Gimmme paiiiffffff!!!!


No comments:

Post a Comment