"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, August 29, 2014

KAMBING AKU KENA CURI!

Rasa nak give up bela kambing! Tawar hati.... Oh Tuhan!

Dan kecewa itu bertukar menjadi marah. Kalau aku jumpa pencurinya, aku nak ikat kat pokok sawit, bogelkan dia, dan lepas tu bubuh kerengga banyak banyak kat telur dia. Atau pun sapu tuna dalam tin banyak banyak kat telur dia, lepas tu panggil 3 ekor anjing aku suruh gigit sebuas buasnya. Geram betul aku dibuatnya.... 

Aku hilang tiga ekor anak kambing umur sebulan. Masing masing diambil daripada 3 ibu yang beranak kembar. Dua ibu beranak kembar dua, satu ibu beranak kembar tiga. 

Aku pelik juga kenapa anak kambing umur sebulan yang dikebas. Ni mesti naik motor aje. 

Masa hilang ialah bermula selepas lawatan Aqil Farm (lewat petang Khamis baru ni) hinggalah Jumaat pagi. Maknanya tengah malam si pencuri ni buat kerja. 

Geram betul lah!

(Yang di atas ialah perasaan aku. Tetapi akalku berkata sebegini --- Alhamdulillah.. ini sebenarnya peringatan Tuhan suruh aku jaga solat dan jaga sedekah dan selalu baca Quran - kebelakangan ni aku cuai jaga tiga benda ni. Aku mohon keampunan dari Mu Ya Allah Tuhan Maha Agung!)


3 comments:

  1. Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNyalah kami kembali.) Mereka itulah yang memperolah keampunan dan rahmat dari tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (2:155-157)

    Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah berserta orang-orang yang sabar. (2:153)

    “Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan yang lain? Amat sedikitlah kamu mengingatiNya”
    (27:62)





    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas peringatan ini! alhamdulillah!

      Delete
  2. Innaa lillaahi wa Inna ilaihirojiunn, itulah dugaan pembiak, kita sentiasa kena redha, semua itu pinjaman dari Allah......kadang2 kambing sihat tiba2 sakit, kadang2 kambing tak sakit tiba2 mati, kadang2 bilangan kambing tgh rancak bertambah tiba2 esok2 5-6 ekor kembong..........kita sekadar berusaha, berdoa Dan berserah sepenuhnya pd Allah swt......

    ReplyDelete