"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, August 4, 2014

TANGGUNGJAWAB KEPADA PEMBELI

Aku baca dengan hati yang sedih bilamana seorang pengkomen dalam facebook aku paparkan kematian seorang pemakan kambing panggang. Di Melaka. 

Cerita sebegini membantu menakutkan orang ramai untuk makan daging kambing. Malangnya.

Baik. Pada pandangan aku - ada banyak kemungkinan punca keracunan. Kalau dah keluar post mortem rasmi, baru kita tahu cerita sebenar. Baru kita tahu dimana sebenarnya rantai yang tercemar dalam rantaian pengeluaran, pemprosesan, dan masakan kambing panggang tersebut. 

Jadi buat masa sekarang, ada banyak kekaburan. Yang mudah dieksploitasi untuk mencipta ketakutan dan kekalutan kepada orang ramai. 

Apa pun, bagi kita seorang pengeluar makanan, atau penternak kambing - kita kena pastikan kambing yang kita jual adalah bebas dari ubat. Kadang kadang ada situasi kambing sakit, diberi ubat antibiotik, tetapi belum sempat antibiotik tersebut dimetabolisasikan atau dikumuhkan - kambing tu dah disembelih. Tak kisahlah apa sebab pun. 

Ini kerana antibiotik ambik masa yang lama untuk dibuang. Kuat melekat dalam darah dan daging kambing. Biasanya dua minggu ke tiga minggu. Dan ada antara antibiotik ini ada tambahan dadah macam steroid dan pelbagai jenis lagi yang 'banyak pantangnya'. Banyak side effectnya. Banyak toksiknya. 

Kalau ada manusia yang alah atau kurang tahan upaya badannya yang termakan daging kambing tersebut - memang macam macam isu kesihatan yang timbul. Salah satunya keracunan. Akibat kegagalan buah pinggang yang terkejut menerima dadah dadah tersebut. Terus 'malfunction'. Oh God... 

Ianya bukan pasal cerita lemak dan kolesterol dan darah tinggi dalam kambing. Ianya cerita racun dan toksik yang masih melekat dalam daging kambing. Yang dijual oleh penternak yang tidak peka. Buat tak tahu. 

Sama macam cerita susu kambing mentah yang tercemar dengan brucellosis di Pulau Pinang sutau ketika dahulu. Boleh pula diperah dan dijual susu kambing yang keguguran. (Kambing gugur jangan diminum susunya!!!) Budak pula tu yang minum. Mentah. Terus demam teruk budaknya. Bertarung nyawa. Dan kalau pulih pun, kemungkinan besar mandul sepanjang hayat.

Aiii... apa bondo yang kita buat ni? Main sedap aje jual tak jaga kualiti. Mana boleh macam ni? Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana steroid setitik habih kondem kambing sepanggang. Kerana busuk seorang, habih semua penternak terpalit dengan baunya.

Pening pening..

Kambing sakit - boleh lagi dimakan. 

Kambing sakit dan diberi ubat? - Awas! Jangan semberono beri makan pada customer!


2 comments:

  1. as salam,
    saya dah pos dalam fb pak faisal psal kanser dan air isotonik..
    kanser tak akan mati mengejut..

    air isotonik..macam rokok jugak ambil masa..

    kebanyakan orang 'pandang enteng' masalah begini.. cumanya, mati mengejut ni bukan punca dari makan kambing..no way...

    keracunan pun tengok bakteria dulu.. jenis apa..

    ubat antibiotik, no way nak mati mengejut.. mungkin sakit ada la..

    ReplyDelete
  2. Hehehe,hahaha.Kambing ambo tok keno sebarang ubat lagi,kira masih organik,selamatle kira2.Tentang mati ni kerja Allah,yang tak makan kambing pun ade yang mati mengejut,tapi tak heboh pun.Kita sepatutnye tahu ape yang kita makan dan tahap keperluan tubuh kita setiap hari.Jangan ikut sedap je.Tekanan darah,kolestrol dan tahap gula kena tahu.Ambo setuju ngan ape yang Alwi tulis tu,daging mungkin dah tercemar ngan dadah yang ade dalam ubat yang digunakan.

    ReplyDelete