Ada pelawat ladang aku yang adventurous. Macam salah seorang dari tiga sekawan ni. Daud. Yang berterusan memaksa aku untuk perah sedikit susu kambing mentah untuk diminum. Aku rela dalam terpaksa hahaha. Leceh sebenarnya. Banyak protokol hygiene kena ikut. Nasib baik dia bayar untuk susu tu. Haaa semangat sikit aku perah buehehe..
Aku perahkan susu berkolostrum untuk dia. Kebetulan ada kambing baru beranak. Belum sampai 24 jam. Bukan senang nak dapat susu kambing berkolostrum wehh!! Pula tu dari kambing yang 'free range' dan digembala.
Terbaik dari ladang! (Pinjam slogan Keratong Agrofarm).
Daud yang pakai baju belang belang. Baru habih sesi beramah mesra dan memanjat dengan Diego si kuda. Diorang ni semua baya baya aku.
Daud berselawat sebelum minum susu kambing berkolostrum. Daud kata susu kambing mentah ladang aku sedap takde bau. Berbeza dengan susu susu kambing segar frozen/beku yang dia pernah minum sebelum ini.
Dan... bukan Daud sahaja yang kata sebegini. Lain lain customer pun bagi feedback yang serupa. Segala puji kepada Tuhan yang membezakan dan mengeluarkan bahan yang suci dan penuh manfaat (susu) dari darah dan najis.
Ntah la.. aku sendiri pun tak tahu sebab sebenar atau apa yang membezakan kualiti susu. Yang aku tahu kambing aku digembala. Kambing aku membesar bergenerasi di bawah sistem gembala tanpa gagal.
Aku tak melaksanakan piawaian sistem dan hygiene yang ketat. Tunggang langgang sebenarnya.
Apa pun ... all praise to the Lord!
Terima kasih!
Yes Prof. Saya pun memang nak try susu kambing frm your goats:) Kena naik bidor lah soon.
ReplyDeleteIts is said that 'free range' goats produce more & better 'milk fat'.
Tahniah En Daud minum colostrum. Memang untung dpt mencubanya.
(Adil)
Saya pun nak melawat sekali lagi you punya ladang sekiranya berkesempatan. Nak dengar deru air sungai yang mendamaikan
Delete