"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, August 5, 2014

KALAU DAPAT KAMBING PAWAH..

Pastikan dapat salinan perjanjian. Pastikan.

Hampir semua penternak (barangkali semua) penternak tidak memiliki salinan perjanjian pawah. Jadi kita tidak tahu butiran dan terma sebenar perjanjian. Dan ini memudahkan kemunculan begitu banyak ruang eksploitasi. 

Biasanya perjanjian pawah memperuntukkan sekumpulan kambing kambing betina gred biak (breeder protocol) untuk penternak yang memenuhi syarat. Kambing betina ini wajiblah dalam keadaan sihat, bebas penyakit, umur 18 bulan ke atas dan berat melebihi 32kg. 

Kalau ada yang sampai ke tangan kita beratnya cuma belas belas kilo, atau monyok, atau jalan macam nak tumbang - tolong reject. Jangan belas kasihan. Sebab tujuan sistem pawah ialah membiak. Dan membiak memerlukan kambing kambing yang sihat cergas lasak. 

Biasanya juga perjanjian pawah memperuntukkan bayaran balik adalah dalam bentuk anak anak betina. Atau dara yang berumur 6 bulan ke atas. Prioriti. 

Mod utama bayaran balik adalah dara dara. 

Bukan tunai. 

Dan... bayaran balik adalah selepas setahun ke dua tahun bermula dari tarikh penerimaan kambing pawah. 

Sekiranya penternak ingin menyimpan dara dara tersebut, barulah bayaran tunai dipertimbangkan. Tertakluk kepada terma perjanjian. Bukannya penternak ni $100 seekor, penternak tu $300 seekor, penternak sinun $500 seekor dan macam macam lagi.... Rujuk perjanjian betul betul.

Sekiranya ada kematian kambing pawah, hendaklah dilaporkan dan... tiada gantirugi dikenakan. Atau pun kerajaan akan ganti balik kambing pawah yang mati. Terpulang kepada budi bicara kerajaan samada nak menggantikan atau melupuskan. 

Pastikan setiap kematian direkodkan oleh pejabat yang berkenaan. Jangan main tepon aje bagitau. Ambik gambar sebagai bukti.

Dan ketika saat penerimaan juga, baik ambik gambar dan catat setiap no tag kambing yang diterima. Pastikan dalam perjanjian, no tag yang sama muncul. Kalau terima lain, dalam perjanjian lain? ..... ntah aku sendiri tak tau apa nak buat...

Dan sebagai peringatan. Bila terima kambing pawah, kita kena sedar itu bukan hadiah. Itu amanah. Kambing itu untuk dibiakkan. Bukan untuk dijual sebaik diterima. 

Kegagalan pembiakan (bukan kes mati sahaja, kes penyakit pun ambilkira) hendaklah dilaporkan. Kerajaan boleh lupuskan atau ganti kambing kambing yang bermasalah. 

Akhirnya, semua bayaran kepada kerajaan hendaklah ada RESIT. Takde resit? Sendiri mau ingatlah!

Assalam!

No comments:

Post a Comment