"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, August 27, 2014

PERMIT PREPAID?

Terima kasih kepada staf JPV yang ingatkan aku pasal permit bilamana jual beli kambing dilakukan. Dan untuk pengetahuan semua rakan penternak, adalah wajib ada permit kebenaran dari JPV bagi setiap ekor kambing yang dibawa keluar dari ladang kita. 

Untuk kambing yang dijual dalam negeri, permitnya $1 per ekor kambing. Tak payah ujian darah.  Untuk yang nak dijual di luar negeri, hendaklah ada ujian darah terlebih dahulu. Barulah permit diluluskan. Sekiranya ujian darah ok. 

Baik. Pejabat JPV yang terdekat adalah 25km dari ladang aku. Hari Sabtu dan Ahad tutup. Customer macam macam ragam. Ada yang suka hati pindah tarikh. Ada yang tiba tiba nak tambah bilangan kambing yang diorder. Dan dan tu juga.

Ada juga yang main datang mengejut terus beli kambing.

Realitinya aku tak lalu nak pergi JPV untuk dapatkan permit setiap kali kambing nak dijual. 
Kos minyak tinggi. Masa aku banyak terbuang. Untuk dapatkan kebenaran yang bernilai cuma $1 per ekor. 

Dan bukan aku sahaja cerita macam ni. Juga rakan ternak yang lain. 

Wujud underground movement yang sangat besar dan tersembunyi tanpa pengetahuan JPV. Dan juga wujud peluang income yang besar untuk JPV... sekiranya JPV memudahkan urusan pengeluaran permit dalam negeri.

Aku cadangkan permit dalam negeri boleh dibuat secara prepaid. Penternak boleh beli $10 dulu ke, $20 dulu ke, atau $50 dulu ke, atau apa apalah amaun yang difikirkan sesuai. 

Aku dengan rela hati jiwa raga menjadi pembeli permit prepaid yang pertama. Masa aku jimat, kos aku jimat, aku tak risau status pembeli kalau kena tahan polis atau penguatkuasa, dan JPV juga dapat kutip amaun yang lebih besar berbanding sekarang.

Pasti lebih besar lebih signifikan. Pasti.

Aku cadangkan permit prepaid diwujudkan. Ada sokongan?

1 comment:

  1. Ambo setuju sebab ada pengesahan jualbeli.Sepatutnya,JPV keluar borang yg berharga $1 utk 1 ekor utk penternak yg berdaftar ngan JPV.

    ReplyDelete