"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, August 4, 2014

LUCY EFFECT VS NEYMAR EFFECT

Filem Lucy memperlihatkan apa yang terjadi kepada seorang perempuan yang otaknya diguna pada 100% kapasiti setelah tertelan dadah eksotik. Dia memiliki kuasa unik dan mampu melihat masa depan. Juga kapasiti neuralnya sangat pantas melebihi gabungan semua superkomputer yang wujud di bumi. Dia jadi... invisible. Invulnerable. 

Mmmm.... konon konon apa yang terjadi jikalau otak manusia berjalan pada tahap 100%. Sebabnya saintis dapati semua manusia di bumi cuma menggunakan 10% daripada kapasiti otak mereka.

Tetapi saintis Jepun yang mengkaji apa yang terjadi kepada otak Neymar (seorang pemain bola Brazil kelas dunia) ketika sedang menggelecek bola mendapati sesuatu yang mengejutkan - Neymar cuma mengaktifkan kurang  10% otaknya ketika melakukan aksi super gelecek bola. 

Jauh berbeza dengan pemain pemain bola amatur dan divisyen bawahan yang menggunakan hampir 30% kapasiti otak ketika menggelecek. Menggelecek memerlukan refleks dan koordinasi badan dan otak yang sangat kompleks - jadi tidak hairan kalau otak lebih aktif ketika melakukan aksi tersebut.

Masalahnya saintis ingat Neymar (atau rakan rakan pemain berkelas dunia) akan menggunakan lebih banyak kapasiti otak kepada menggelecek, tetapi yang sebaliknya terjadi. Semakin mahir menggelecek bola, semakin kurang aktiviti otak, semakin cekap dan efisien otak manusia.

Lagi mahir, lagi natural, lagi kurang otak digunakan. Haaaa......

Maknanya misteri kenapa manusia cuma guna 10% otak mereka hampir terjawab. Menunjukkan yang spesis manusia.... cekap berfikir... 

Tak yah kalut kalut nak pikir macam mana nak utilize lagi 90% otak sebabnya.... mereka yang menggunakan lebih 10% otak adalah kurang cekap berfikir... mungkin juga 'mentally challenged'. Dumb... perhaps.

Rupanya orang hebat hebat kurang guna otak. Atau frasa yang lebih tepat - lebih cekap guna otak.

Kita tak boleh guna lagi ayat "tak pakai otak ke brader??" kalau hangin kat seseorang. Yeah... ayat tu sebenarnya pujian kepada orang yang handal handal dalam berfikir. Oppsss...

Lucy at 100% brain utilization. Which actually means she's dumb, based on current research. So much for 100% brain..... sheessshhhhh..

No comments:

Post a Comment