"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, August 13, 2014

ISHHH SORRY.. AKU LUPA ADA JERMASIA

Jermasia alternatif kepada program pembiakan kambing pedaging di Malaysia. Yeah bukan sahaja boer + kacang seperti yang Mardi nak buat dalam RMK 11. Boleh plak aku lupa menatang ni.. Terima kasih kepada mereka yang mengingatkan.

Ok. Pasukan UM (Dr Noraida) yang buat research kat ladang aku adalah dalam kumpulan 'originator' atau 'developer' baka Jermasia. Kemudian Prof Ramli (ladangnya nama Rumpun Asia di Batang Kali, dan blognya student dia yang buat - Cinta Penternak Kambing. Ada dalam senarai rakan blog aku) ambil alih program pengkomersialan Jermasia.

Cerita 'takeover' dan sebab musabab aku tak tahu, dan tak nak ambik tahu. Malas ahh nak korek cerita lama. Tapi yang aku nampak, Jermasia commercialization got stuck. Tersangkut. Jermasia masih ada, tapi dalam bilangan yang sangat sedikit. 

Sangat sukar, dan sangat lama  untuk dikembangkan kepada tahap komersial, melainkan ada seorang atau kumpulan pembiak yang mahir dan berduit untuk meneruskan survivabiliti ketulenan baka Jermasia.

That is my frank assessment. 

Dan pengembangan baka Jermasia akan berdepan saingan, sebab ada 'conflict of interest'. Mardi nak majukan baka baka tertentu, UM pun nak majukan baka baka dia. Setiap penyelidik akan berusaha menaikkan nama masing masing. Dan ini adalah normal. 

Advantage pada Mardi. Sebab Mardi memiliki sokongan lebih besar dan dana lebih besar. Senang senang tenggelamkan UM punya dana.

Melainkan tiba tiba Mardi buat keputusan aneh - nak bangunkan baka Jermasia pula. 

Kebarangkalian itu terjadi? Agaknya sama macam kebarangkalian Siti Nurhaliza pakai skirt pendek buat konsert.. (sorry, aku tak sempat nak pikir contoh kebarangkalian yang lebih baik).

Jermasia betina

Jermasia jantan

*Prestasi kadar kelahiran Jermasia sebenarnya tidak diketahui (barangkali Dr Noraida atau Prof Ramli tahu) berbanding prestasi kadar kelahiran kambing aku yang jenis campuran Siam + Kacang (2.33 per year, dan boleh lebih dari itu), tapi aku pikir Jermasia memang ada potensi.

Heyyy aku minat dengan darah Jermasia! 


No comments:

Post a Comment