"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, August 16, 2014

JATUHNYA RAJA METHANA

Dulu aku raja. Raja gas. Raja methana. Raja angin. Kalau minum susu. Baik susu kambing mahu pun susu lembu. Yang mentah mahu pun yang dimasak. Melainkan kalau susu tersebut diperam dijadikan yoghurt. Baru aku ok. 

Dan semenjak ada susu merah, aku telah kehilangan takhta Raja Methana. Aku kini rakyat marhain. Duduk diam diam. Menyumbang kepada bumi yang lebih sejuk. Atau melambatkan pemanasan bumi.

 The King of Methane quietly, calmly, gratefully, thankfully accept his ouster from the throne. (Itu botol ketiga susu merah yang ditelan. Maknanya dah 1.5 liter. Tak yah lunch dah aku. Kenyang dengan susu merah). 

Dan saintis mendapati (dan aku pernah cerita dalam post dulu dulu tapi bukan detail), bebiri yang diberi makanan bercampur kari didapati kurang kentut dan kurang gas methana yang dilepaskan. Dan kari ada ketumbar, jintan, dan kunyit.

 Kalau kita guna ketumbar (coriander) - produksi methana berkurang sebanyak 40%. Awesome!

Jintan (cumin)? Methana berkurang sebanyak 22%. Great!

Kunyit (turmeric)? Methana jatuh sebanyak 30%. Cool!

Dan rupa rupanya 12% tenaga yang terkandung dalam makanan bebiri bertukar menjadi methana. Banyakkkk..... Kalau kari digunakan, ianya akan menambahkan kecekapan penghadaman, justeru mengurangkan kuantiti makanan yang perlu diberikan.

Sebenarnya kan, ini menunjukkan bangsa Asia yang kuat makan kari sebenarnya adalah pemelihara dan penyelamat Bumi. Kita lebih baik dan lebih berkesan daripada bangsa Barat yang sibuk bising guruh gemuruh kata kita banyak sangat melepaskan methana. Padahal diorang yang melampau lampau produksi methana.

Lebih sudu dari kuah omputih ni!

1 comment:

  1. macammana nak masukkan kari dalam feed kambing tu??

    daun kari?? serbuk kari??

    irwan bangi..

    ReplyDelete