"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, December 10, 2013

WAR AGAINST MYTH

Naim. Murshid Agro. Hulu Langat.

40+. Ex Navy. Dengan duit gratuity pencen Navy yang cukup lumayan, buat projek kambing. Jamnapari.

Dah dua kali melawat ladang aku. Kali pertama, bulan 4 yang sudah, hari yang sama dengan kedatangan Bro Adil dari Lalah River Goat Farm. Kali kedua, beberapa bulan sesudah itu.

Pertemuan kali kedua Tuan Naim bercerita panjang, sebab dia seorang saja dan aku pun ada banyak masa. Ada satu saat yang mana aku ingat sampai sekarang di mana Tuan Naim visualkan saat saat dia merenung kegagalan.

Dia sedang mengarit rumput napier untuk kambing jamna dia. Guna motor. Letak rumput yang menimbun atas motor. Motor jatuh. Rumput jatuh.

Geram.

Tegakkan motor. Naikkan rumput yang berat menimbun atas belakang motor sekali lagi. Motor tumbang. Rumput bersepah balik.

Kecewa.

Diam. Menangis dalam hati. Terfikir “adakah betul jalan aku ini? Mungkin sudah sampai masanya aku give up?”

Projek kambing jamnapari belum mendatangkan hasil walhal dia sekian lama berhempas pulas berpenat lelah mengarit rumput setiap hari. Duit yang ada telah banyak dihabiskan tanpa sebarang hasil untuk ditunjukkan. Rakan rakan semuanya kata sudah sudahlah bela kambing. Sudah sudahlah menyusahkan diri berpanas terik berpeluh peluh menitik nitik.

Apa yang Tuan Naim visualkan kepada aku sangat terkesan. Membawa aku kembali kepada saat saat  merenung kegagalan.  

Abject failure. Tiada harapan.

Aku juga lalui pengalaman yang sama. Motor tumbang buat kali kedua. Rumput napier bersepah. Ketika itu hujan.

Aku pula baru kahwin. Tahun pertama. Hujung.

Hidup serba kekurangan. Poket kering memanjang. Duit yang ada semuanya diprioritikan kepada kambing – makanannya, ubatnya, besarkan kandangnya. Bakinya, yang sedikit, baru masuk kepada aku laki bini.

Terpaksa berjimat dalam banyak bab. Utamanya bab makan.

Nak beli ikan pelaling yang harganya $4 sekilo pun pikir banyak kali. Telur dengan ikan masin ok sikit. Sayur cari sendiri kat ladang. Pucuk ubi, pucuk paku, kangkung dan yang sewaktu dengannya.

Pakaian – ahli keluarga dan sedara mara donate. Yang dah tak pakai, yang dah tak muat – aku terima aje. Buat baju kebun. Dan aku memang pakai baju kebun hari hari hatta keluar ke pekan sekali pun. Selamba rock aje pakai but getah berselut masuk dalam supermarket.

Apa pun, memang kekuranganlah hidup aku laki bini masa tu. Jauh berbeza dengan kehidupan di Bandar yang serba lengkap sebelum itu.

Now, aku tahu yang mana bila aku menceburkan diri dalam usaha bisnes, aku akan melalui kesusahan sebelum mengecap kesenangan. Aku tahu aku WAJIB susah dulu sebelum senang. Aku boleh terima.

Tapi bila dah kahwin, duit selalu takde, pasangan pula sedang mengalami culture shock – jadi stress. Sangat stress. Dua dua laki bini.

Kehidupan aku laki bini di ladang selalu dijadikan contoh oleh pasangan baru berkahwin lain (especially sedara mara aku yang dalam usia perkahwinan mencecah setahun) – diorang kata tengok si alwi tu, boleh hidup bahagia bersama dalam ladang yang serba tak cukup, takde gaduh gaduh pun.

Apa yang mereka tak tahu ialah aku on the verge of breakdown.

Aku rasa aku gagal sebagai suami. Aku rasa aku gagal sebagai lelaki.

Aku tak mampu memberi keselesaan yang sewajarnya kepada bini aku. Patutnya makin senang bila dah kahwin. Tapi aku terbalik pula. Makin susah. Makin tak selesa. Makin makan tak cukup.

In fact, banyak kali aku rasa aku kena hantar bini aku balik kepada jagaan kedua orang tuanya. Aku rasa aku tak mampu. Aku rasa aku daif sangat. Aku rasa aku hanya memalukan kedua dua mak ayahnya.

Dan saat saat motor tumbang kali kedua bersama rumput napier MAGNIFY atau mengganda gandakan rasa kegagalan aku. Aku putus asa. Aku fikir aku telah gagal sebagai suami. Gagal memberikan nafkah zahir yang secukupnya.

Dan ego aku sebagai lelaki juga habis berkecai. Down the drain.

Aku menangis di sebelah motor yang tumbang, dengan enjin yang perlahan lahan akhirnya mati. Seolah olah memberi isyarat kepada aku, harapan telah pun mati dan berakhir. Time to give up.

Ada dalam setengah jam aku merintih sendirian. Akhirnya aku mengadu kepada Tuhan. Tunjukkanlah aku jalan yang betul dalam usaha perkambingan ini. Tunjukkanlah kepada aku jalan yang menguntungkan. Tunjukkanlah kepada aku jalan yang akan menyelamatkan perkahwinan aku.

Tunjukkanlah kepada aku jalan keluar daripada segala kesulitan ini.

DIA mendengar.

DIA turunkan ilham kepada aku. Rasul rasul semua bela kambing. Agaknya macam mana para anbiya’ ni bela kambing ye? Betul betul macam mana?

Gembala.

Dan bila aku mula gembala kambing, dan berdisiplin mengenainya – result cepat keluar. Kambing mula pantas membiak, mula mendatangkan hasil, mula UNTUNG. Daripada status selalu tak cukup untuk cover operating expenditure, mula cukup dan akhirnya melebihi opex.

Akhirnya ada keuntungan. Ada duit untuk aku beli baju bini. Ada duit untuk aku beli ikan pelaling, ikan kembung, ikan baung, ikan siakap, ikan kerapu, ikan merah. Ada duit untuk aku ambil pekerja dan membesarkan operasi.

Apa yang aku nampak semasa gembala, dan nampak dengan sangat jelas, wahai tuan puan penternak yang dihormati – kambing tak banyak makan rumput.

Kambing  lebih seronok makan dedaun.

Kambing aku masuk kawasan napier yang cantik cantik muda seksi menggiurkan – buat tak tahu. Menonong aje jalan pegi cari dedaun dan rumpai bawah sawit.

Perangai asas kambing ialah makan dedaun. Makan pucuk. Basic behavior.

Rumput, utamanya rumput napier adalah satu MITOS.

Aku tak tahu siapa yang popularkan mitos rumput sebagai makanan utama kambing, tetapi aku tahu dan aku nampak, mitos ini adalah sebesar besar batu penghalang kepada kepantasan kambing membiak.

Mitos ini membunuh fertility kambing. Kambing jadi slow membiak. Dan mitos ini berjaya menumbangkan usaha demi usaha menaikkan industri kambing. Sekian banyak penternak kambing tumbang akibat beriman kepada mitos ini.

Dan aku melancarkan perang ke atas mitos ini.

It will be war. And it will be a total war.

Tuan puan pembiak kambing,

Sebenarnya kita tak perlukan high tech pun untuk menyelamatkan industry kambing ni. Langsung tak perlu mechanization, automation, atau sebarang jenis high input system atau high capital atau teknologi tinggi.

Simple sangat solusinya. Simple habih.  

Pastikan kambing kita dapat makan dedaun tiap tiap hari.

In sha allah, kita akan unlock potential yang sekian lama tersembunyi. Potensi kambing yang sukar ditandingi oleh mana mana ruminant lain.

Kepantasan membiak.

Dan dedaun adalah kuncinya.

War against myth!

*Aku ucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Tuan Naim yang masih bertahan sebagai pembiak kambing. Kini dia buat kambing kacukan, dan guna pakai sistem gembala. Tahniah!

Nanti ada masa, saya akan datang melawat ladang Tuan.  

7 comments:

  1. Part yang susah tu saya masih belum tempuh..Ya!..saya pernah susah..tapi bila baca cerita ni..dan dengar cerita orang lain..susahnya saya itu tidaklah sesusah mana jika dibuat bandingan.

    ReplyDelete
  2. Semoga diri saya ada kesabaran seperti tuan yg budiman bila kesusahan datang bertandang.

    ReplyDelete
  3. Mula-mula saya bela kambing sebab dusun banyak rumput. Mitos pertama: kalau bela kambing tak payah potong rumput...jimat belanja upah potong rumput!! Kambing makan rumput...tapi makan juga cacing!! Keadaan rumput selalu lembab..memang tempat membiak cacing!! Hampir pupus kambing aku!!
    Mitos kedua, konon nak sokong makanan rumput..trader tempat aku beli baka kambing bekalkan benih napier. Mulalah tanam napier!!
    Mitos ketiga: nak jimatkan kos operasi..aku diperkenalkan hampas soya/tauhu basah sebagai makanan utama kambing. Kambing memang suka makan soya basah ni....tapi pengalaman lebih satu tahun dengan soya basah ini aku dapati anak kambing akan mengalami perut membesar..dan birthing rate yang rendah!!
    Kini,..nyahkan mitos-mitos itu!!... makanan utama kambing aku ialah dedaun..balik angin, acasia dan sawit (In Sya Allah akan ditambah dengan turi, serta indigofera dan moringa yang sedang aku tanam). Tak ada lagi napier atau soya basah!! Tq Bro Alwi, kerana meyakinkan aku terhadap perubahan ini!!

    ReplyDelete
  4. Kagum aku kagum... my brother Alwi.

    ReplyDelete
  5. memberi motivasi ni

    ReplyDelete
  6. http://nernnyagrofarm.blogspot.com/December 11, 2013 at 5:40 AM

    Daripada pengalaman sy, 2 tahun kambing tidak dilepaskan tidur dalam kandang 24jam hanya makan rumput nepier, 20 ibu hanya 8 yang mengandung dalam 2 tahun itu. Tetapi tahun ke-3 saya biarkan kambaing bebas meragut pucuk ubi, pelbagai daun yang kambing pilih sendiri dan pelbagai rumput rumpai dan tiada makan dedak khusus. Selepas 8 bulan kesemua ibu kambing mengandung happy sungguh waktu itu. Cara meragut dengan mengembala lebih baik daripada penternakan secara sistem intensif pasti penternak akan mendapat hasil yang cepat seperti yang dirancang. Yang peliknya kenapa pihak yang sering menganjurkan kursus penternakan kambing mengesyorkan penternak agar menggunakan sistem intensif lebih sesuai.. pelikkan. Thanks bro Alwi.

    ReplyDelete
  7. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Carilah rezeki dari khazanah bumi" (Hadith at-Tobrani). Rasulullah saw amat me nitik beratkan umat-umatnya supaya menceburi bidang pertanian dan penternakan dan Baginda sendiri sebagai contoh bagi umatnya dalam bidang ini. Baginda teribat dengan aktiviti penternakan sejak kecil lagi di mana baginda adalah seorang pengembala kambing. Beliau pernah menyebut saat-saat yang dialaminya sewaktu mengembala karnbing itu, iaitu: "Nabi-Nabi yang diutuskan Allah itu gembala kambing". Dan sabda Baginda lagi: "Musa diutus dia gembala kambing, Daud diutus dia gembala kambing, aku diutus juga gembala kambing keluargaku di Ajyad".

    ReplyDelete