On the way balik ke Perak dari kampung bini di Jengka, aku sempat singgah Penternak Tegar punya ladang kambing. Somewhere di Kampung Awah. Aku sampai lewat petang. Kena tinggal kereta kat masjid. Pasal jalan masuk ladang Hajar Valley becak tanah lembik kena naik pikap.
Usia Hajar Valley dah 7 tahun. Muda setahun dari aku. Itu ladang, kalau taukenya aku 35, bro zaid 42. Takdelah jauh sangat beza, kira geng muda juga lah. Orait, antara muda dengan tua. Dan area umur ni tak berapa banyak bilangan penternak kambing. Banyak yang lebih muda atau banyak yang lebih tua.
Penternak Tegar sedang susu botol anak kambing kematian ibu.
Anak kambing baru lahir kena simpan sekejap dalam petak ni. Khuatir ancaman kera yang selalu kidnap anak kambing kecik kecik baru lahir. Aku ada kawan yang lalu pengalaman banyak anak kambing hilang dan mati dikerjakan kera kera. Dia main main lepas tu bunuh. Kena hati hati dengan ancaman kera dan monyet.
Dah melawat ladang, pekena minum. Aku teh o aje, nak kurangkan caffeine intake. Penternak Tegar pekena air susu halia. Atau air halia susu. Whatever. Tapi halia tu kena ketuk, tak boleh hiris. Bila diketuk, baru kaw kaw katanya. Macam macam pesen hah hah...
Anyway terima kasih diucapkan kepada Penternak Tegar kerana sudi menerima lawatan mengejut aku. Salam penternak!
*Other post today : http://alwigoatfarm.blogspot.com/2013/12/cerita-sikit-supply-jagung-dunia.html
*Other post today : http://alwigoatfarm.blogspot.com/2013/12/cerita-sikit-supply-jagung-dunia.html
Wow..baru sekali ni aku tengok kandang nak selamatkan dr gangguan. monyet!!!Kandang aku pun selalu kena ganggu kat monyet-monyet....tapi belum sampai bunuh anak kambing...Kena be prepared nii...Tq,Bro.
ReplyDelete