"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, December 6, 2013

ULASAN TAMBAHAN KEPADA '$2,500'

Sebenarnya bagi seorang pembiak kambing pedaging yang memiliki 50 induk ibu kacukan tempatan, dan buat system gembala – boleh dapat income bersih antara $3,000 kepada $4,000 sebulan bergantung kepada disiplin dan kecekapan pengurusan.

$2,500 itu kira minimum, selepas ditolak samada gaji pekerja atau bayaran pinjaman bank. Besar kemungkinan hampir semua penternak kambing especially yang muda muda ni akan buat pinjaman bank untuk start atau expand operasi. So aku rasa scenario yang lebih sesuai berlaku ialah bayaran balik pinjaman bank. Belum lagi boleh jadi tauke kalau ada 50 induk.

70 induk ke atas baru rasa stabil sikit untuk ambil pekerja.

Macam aku, ada 100 induk, dan populasi 250 ekor – boleh ambik pekerja, dan sepatutnya seorang sahaja. Tapi aku ambil dua – pasangan laki bini sebab lebih stabil lebih reliable dan senang aku nak pergi mana mana atau bila ada pelawat datang.

100 induk boleh cover dua pekerja. Cumanya kurang cekap dari segi penggunaan sumber manusia.

Kalau aku ambik pekerja dua dua lelaki – aku fikir aku boleh boost output ladang dengan ketara. Seorang boleh gembala, seorang lagi boleh bersihkan tahi bawah kandang dan buat baja.

Tapikan orang pompuan dia detail buat kerja. Kalau bab bagi makan kambing, atau bersihkan kandang kambing – pengalaman aku orang pompuan adalah yang terbaik lebih teliti absolutely boleh harap. Bagi kat orang jantan – nak cepat aje tunggang langgang dibuatnya. Aku tak suka.

Aku suka detail. Aku suka teliti.

Dan terus terang aku kata, berdasarkan pengalaman aku dengan pekerja utamanya pekerja asing – orang pompuan adalah factor penstabil mana mana operasi ladang. Diorang ni adalah the best morale booster. Terbaik. Kalah LED TV 200 inci.

Dan orang jantan susah nak buat jahat atau melencong bila ada orang pompuan kat sebelah. Kita sebagai tauke, kalau nak pergi mana mana, tak susah hati. Sebab ada orang pompuan.

Aaa jadi aku nak ucapkan terima kasih kepada semua orang pompuan yang menjaga laki mereka dengan baik. Termasuk juga bini aku.

Thanks for the care. Thanks for the love. Thanks for the lectures …

Love!


*Isyyy macam mana aku boleh terbabas cerita ni? Lain benar dari tajuk asal? Nasib baik blog sendiri. Suka hati nak tulis apa pun. Buahaha adios..

Other post today : http://alwigoatfarm.blogspot.com/2013/12/bila-tuan-sablee-datang.html

No comments:

Post a Comment