Perkara
aneh tentang industri kambing pedaging di seluruh dunia, dari dulu
hingga sekarang, ialah sifatnya yang rintang kepada inovasi. Inovasi
bergerak sangat perlahan dalam industri kambing pedaging. Berbeza
dengan industri kambing tenusu, lembu pedaging dan lembu tenusu, dan
juga bidang pertanian lain yang lebih cepat adaptasi kepada inovasi.
Barangkali
kerana industri kambing pedaging sudah sangat matang setelah ribuan
tahun bersama manusia, dan menjadi aktiviti pengeluaran makanan
pertama ketamadunan sebelum bercucuk tanam. Barangkali juga kerana
jalan sunnah para rasul yang semuanya tinggi darjah kebebasan adalah
terpelihara, dan menjadikan ia sukar berubah.
Ada
kebaikan dan ada kelemahan.
Kesukaran
memperkenalkan inovasi menjadikan tiada satu pihak atau entiti atau
syarikat atau negara memiliki kelebihan mutlak dalam pengeluaran
kambing pedaging.
Dari
dulu sampai sekarang, TIADA.
Tiada
siapa yang boleh ultra commercialize menjadikan ia multi nasional,
tiada siapa yang boleh memonopoli pasaran, tiada siapa yang boleh
'dictate' harga kambing pedaging sesuka hati, dan tiada siapa yang
boleh mencuri amaun kebebasan dalam usaha biak kambing pedaging.
Yep.
Industri kambing pedaging memang aneh dan memang berbeza berbanding
bidang lain.
Dalam
masa yang sama, aku ada nampak sedikit ruang untuk inovasi. Bukannya
automasi atau mekanisasi atau industrialisasi atau mass production -
tetapi 'customisable genetic selection'.
Kita
sedang menjengah suatu era baru dimana maklumat gen dalam organisma
sudah boleh dibaca. Kalau dulu kita pilih potensi berdasarkan visual
inspection, yang tak berapa tepat. Kali ini kita sudah ada DNA
reader, yang membolehkan identifikasi lebih tepat.
Sebagai
contoh, katakan kita sebagai pembiak memilih trait ketahanan terhadap
parasit liverfluke dan tapeworm sebagai ciri utama kambing pembiak.
Dan setelah DNA dibaca, didapati gen yang memberikan daya rintang
terhadap parasit tersebut dikenalpasti sebagai gen..... kombinasi Pak
Kaduk, dan Mak Kaduk, dan Bawang Puting, dan Bawang Merah. Wujud
empat empat gen tersebut, baru wujud daya rintang tinggi terhadap
tapeworm dan liverfluke.
Kalau
dulu hanya bergantung kepada visual inspection (tengok body condition
kambing aje), macam mana kita nak tahu kambing mana yang ada
kombinasi semua 4 gen tersebut?
Haa..
kalau guna DNA reader, dimana kita ambil sedikit sampel darah
kambing, kemudian dibuat proses bacaan atau 'decode' DNA - kita boleh
kenalpasti kehadiran gen gen yang kita mahukan. Kaedah sebegini lebih
tepat. Jauh lebih tepat berbanding visual inspection semata mata.
Yaa..
ini memudahkan kita memilih dan mengumpul sebanyak mungkin kambing
kambing pembiak yang memenuhi kriteria kita. This is what we call
customizable genetic selection.
Teknologi
ini sangat memudahkan pembiak memiliki kambing kambing yang sesuai
untuk dibiakkan berdasarkan ciri ciri sesebuah kawasan. 'Matching'.
No more guess work, but accurate selection. Hasilnya, pembiak
memiliki kambing kambing yang sangat pantas membiak dan rendah
mortalitinya. Atau apa sahaja lah kehendak operasinya.
Ini
ruang untuk inovasi yang aku nampak.
Harapnya
yang ini tidak termasuk dalam kategori innovation resistant atau
innovation proof.
Salam
pembiak!
Ambo nak pakai ilmu tilik aje,tengok tetek dia,kerangka punggung saiz bodi,kerana itu semua akan menentu anak yang akan lahir.Ambo takut pening dengan DNA2 ni
ReplyDelete