Masih Cerita Garam Jilat Kambing
Input
input daripada pembaca blog dan facebook.
Nernnyagrofarm
di Sarawak:
"Fuh...
Thanks so much information yang panjang lebar. Saya rasa selama ini
sy guna garam kasar biasa saja RM 1.50/ 1KG, tahun ke-3 saya gagal
ibu kambing beranak 12 ekor 14 anak yg dilahirkan semua sihat semasa
lahir. Tetapi setelah 2 bulan tsunami penyakit melanda... 6 ekor ibu
mati, 3 sakit dan hanya 5 ekor anak tinggal. Secara teorinya kambing
cross luar negara amat memerlukan garam yang mengandungi khiasat yang
lengkap spt yang prof katakan. Ini sebagai satu pengajaran kepada
penternak seperti sy jangan ambil mudah dengan garam yang diperlukan
oleh kambing. Thank Prof Alwi."
El
Cabras Hambriento di Kelantan:
"Tempoh
hari saya ada sms tuan berkenaan garam jilat. Memang high quality
lick salt bagus utk herd katjang saya. Tapi untuk anak 2/3 bulan
boleh jadi fatal utk mereka. Sendi jadi bengkak mcm gout. Menyebabkan
anak jadi immobilize dan tak dpt menyusu dengan sempurna. Seterusnya
mati kerana hunger/famine. Tapi untuk induk, memang cukup baik. Cukup
baik."
Muhsin
di Terengganu:
"Saya
bukan.penternak ruminan tetapi penternak udang putih...
Membaca blog prof adalah sesuatu yang mencelikkan...
Pengalaman saya dalam akuakultur ternakan udang putih dan udang harimau pun menyaksikan kejatuhan ketara pengeluaran udang pada cycle pengeluaran samada cycle keempat atau kelima.
Membaca blog prof adalah sesuatu yang mencelikkan...
Pengalaman saya dalam akuakultur ternakan udang putih dan udang harimau pun menyaksikan kejatuhan ketara pengeluaran udang pada cycle pengeluaran samada cycle keempat atau kelima.
Pengamatan
mendapati semuanya menjurus kepada nutrient deficiency...kekurangan
mineral makro dan mineral mikro...
Tulisan
tuan make sense to us... Tq for sharing. "
Telaga
Emas Agrofarm di Johor:
"Ak
skrg brada didalam zon kritikal, mcm alwi ckp kt atas. Mmg btul kata
alwi, bnda yg murah n senang ak trlepas pndang. Ak lbh utamakan dedak
bnding mineral block. Kesannye dpt lihat dlm msa 6bulan. Xpyh tggu
lama. Ada ibu yg keguguran,ank kmbing dh ckup sifat,tmbuh bulu. Sedih
tgk. Lagi satu senario,kaki kmbing mggigil n lumpuh.ada bnyk jugak yg
kne simptom cmni. Puncanye kurang micro n macro mineral. Tahun ni mmg
tahun mncabar bg aku tp semua tu xpthkn smgt ak. Ak blajar dr
kesilapan. Mineral block is essential!!"
Fuad
Manaz di ....somewhere in Malaysia:
" Tq
bossss.... pttla kmbing aku kurng menjadi thun ni.... rupenye ini
thun keempat... nnt kita ushakan tgok cmna... tq bos"
_____________________________
Terima
kasih atas input tuan tuan penternak semua.
Sebenarnya
ada banyak lagi rakan rakan ternak yang mengalami situasi serupa.
Kambing cantik, input cantik, pengurusan cantik - hanya untuk
menyaksikan kegagalan pembiakan secara tiba tiba. Ianya sangat
mengecewakan, sangat menguji kesabaran, malah ada yang putus asa
terus give up siap bersumpah kata kambing susah bela hanya merugikan
atau mustahil boleh untung biakkan kambing.
Salah
satu sebab industri kambing malap ialah kewujudan tempat tempat
kursus yang tumbuh bagai cendawan masa zaman Pak Lah tapi sayangnya
semuanya tidak dikendalikan oleh pembiak berpengalaman, sebaliknya
trader trader importer importer.
Nasihat
yang diberikan, dan SOP yang digunapakai dan diajar dalam modul
kursus, adalah perangkap maut untuk bakal bakal penternak atau
penternak novice.
A
monstrously terrifying death traps. Dan malang sekali, sungguh banyak
penternak novice yang berjalan terloncat loncat bersiul riang tanpa
menyedari mereka akan jatuh ke dalam perangkap itu.
Hampir
semua, maybe semua, tempat kursus kambing yang aku pergi - main main
dengan garam jilat untuk ternakan. Ada yang langsung tak guna garam
jilat, ada yang cuma bagi garam kosong, dan ada yang guna ramuan
garam yang salah dan tak sesuai untuk umat kambing di tempat mereka.
Itu
baru cerita garam. Belum cerita pasal rumput. Berapa banyak tempat
kursus yang suruh kita tanam rumput untuk makanan kambing? Padahal
kambing bukan makan rumput. Kambing makan dedaun.
Mau
tak tunggang langgang habih lemas anak murid, kalau gurunya sendiri
dah kelemasan?
Rumput
rumputlah, tapi aku syorkan at least tuan puan pembiak try dapatkan
20% foraj tu jenis dedaun. Nanti tengok ada improvement, ada membiak
tak kambing kambing?
Ok
balik cerita garam jilat. Aku guna garam jilat medium quality,
bukannya yang high performance untuk boost susu. Aku pastikan ada
copper, ada ferum, ada zink, ada selenium. Mineral yang lain lain
adalah bonus.
Bebiri
jangan guna garam jilat yang ada copper. Nanti kes copper poisoning
pula. Kambing takpe, memang tinggi keperluannya untuk copper. Jadi
kalau bela kambing dan bebiri bercampur sekali sekandang - itu yang
tak jadi pembiakan. Slow sangat. Pasal masing masing mineral
requirement berbeza. Guna garam bercopper, bebiri tak boleh. Guna
garam takde copper, kambing pula tak menjadi. Asingkan. Senang
cerita.
Semua
makro dan mikro mineral hendaklah diformulasikan secara seragam dan
sekata - di mana setiap kali jilatan dibuat, setiap unsur yang
disenaraikan melekat pada lidah kambing. Haa sebab tu aku rekemen
garam jilat yang dibuat khas. Kita tak yah la pening pening nak buat
formulasi sendiri melainkan kambing yang kita bela adalah 'highly
localised native breeds' kat kawasan kita. Geng tu takpa bagi makan
bagi garam cincai cincai.
Tapi
bagi kita yang dah cair darah native - cari aje garam yang dah siap
dah ada reputasi. Konsisten. Reliable. Ada senarai makro dan mikro
mineral yang digunakan.
Takde
senarai? Sendiri mau ingatlah.
Garam
jilat ni pun ada banyak jenis. Banyak yang auta aje. Mengarut aje
lebih. Yang betul betul baik dan berkesan untuk kambing kita - boleh
bilang tak sampai lima jari.
Its
time to hunt. Good luck!
Tq,Bro. Very informative and already tested and confirmed!!
ReplyDelete