Kementerian Pertanian sasarkan
income kurang kurang $2,500 sebulan kepada semua petani moden, penternak moden,
atau siswazah tani. Haaa soalan cepu mas
kepada semua penternak kambing. Boleh dapat tak sasaran income koman koman
$2,500 sebulan?
Boleh. Boleh sangat.
Bagi seorang pembiak kambing
pedaging, dan cukup mahir, hanya perlukan sekitar 50 ibu kambing untuk capai
income tersebut. Ni pun jualan kambing hidup sahaja semata mata berdasarkan
harga $500 seekor. Kalau kita buat macam
macam lagi sumber pendapatan berkaitan – tak kisahlah susu ke, tahi kambing ke,
BBQ ke, jual rumput ke, sabun susu kambing ke, trading kambing ke - bolehlah
kurangkan lagi bilangan induk.
Bagi seorang pembiak tulen
macam aku, yang bukannya usahawan ternak, 50 ibu akan membawa kepada populasi
semasa kambing antara 100-150 ekor.
Anggaran kos kandang untuk memuatkan 150 ekor kambing ialah 16x18x150 =
$43,200. Jangka hayat 10 tahun. Susutnilai kandang jadi $4320 setahun. Jualan kambing hidup boleh dapat sekitar $5,000 sebulan. Maknanya $60,000
setahun.
Memang boleh untung. Memang
mudah aje dapat income $2,500 sebulan. Tapi tang kos awal kandang yang sakit ye
tak?. Mahal sangat.
Pengalaman aku sendiri dimana
setiap 2 tahun kena expand kandang memang pengalaman yang menyakitkan. Tang
membiak takde masalah – dan kadar pembiakan rendah menjadi punca ramai
penternak kambing tumbang – masalahnya
construction cost ni yang menjadi penghindar dan membuatkan para pembiak
termenung.
Takde ke mana mana jurutera
genius yang boleh perkenalkan kandang modular dan do it yourself punya
teknologi?
Kalau para pembiak kambing ada
access kepada kos kandang yang murah, atau pun special soft financing untuk pembinaan kandang – sekejap
je boleh meletup industry ternakan ni.
It's a Big problem. N it's also a Big opportunity...
aii den msih blum mncpai tahap tu..byak lg kna perbaiki ni..:-)
ReplyDeletekalau kos kayu semakin naik. gantikan kayu dengan besi, bukan semua bahagian la. mungkin yang sesuai macam bahagian bumbung, tiang pulak ganti dengan batu 4x4@6x6. lantai masih tetap kena guna kayu.
ReplyDeleteharga kandang yang buat penin.