"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, December 30, 2013

MANA PERGI LEMBUNYA?

Beberapa hari yang sudah, seorang pelawat first timer merangkap pelanggan first timer ladang aku berkongsi cerita. Untuk melindungi identitinya, aku panggil dia Bond. James Bond.

James Bond cerita 2 tahun yang sudah, seorang pegawai agensi ternakan telah datang melawat dia. Beria beria suruh dia mohon bantuan lembu pawah. 20 ekor. Siap pegawai ni tolong isikan biodata ke dalam borang. James Bond cuma perlu tanda tangan aje.

Biasanya penternak berebut rebut isi borang mohon skim pawah. Jenuh menunggu giliran. Yang James Bond ni takde pula macam tu. Pegawai pula datang ladang tolong isikan borang. Mungkin kerana James Bond dah berbelas tahun bela lembu. Dah ada status 'film star' (ikut gaya sebutan P Ramlee dalam cerita Seniman Bujang Lapok).

James Bond pun tunggulah kedatangan lembu lembu yang boleh dijadikan krew filemnya dengan penuh sabar. Tunggu punya tunggu, lembu tak sampai sampai. Alih alih datang pula audit dari HQ agensi.

Menurut laporan HQ, James Bond telah pun menerima lembu pawah 20 ekor dengan jayanya. Termenung James Bond....

Adapun James Bond sebenarnya baik hati, dan dah lama kenal pegawai agensi. Jadi James Bond cepat cepat improvise, buat skrip segera menyatakan ye sahih James Bond telah menerima lembu pawah 20 ekor dengan jayanya. Padahal bulu hidung lembu pun tak dapat.

Spy punya spy, rupanya nama James Bond dipergunakan. Hikayat sahihnya, pegawai agensi yang dapat lembu 20 ekor tu. Dah selamat jual pun. Untung berkepuk kepuk. Ye lah lembu free.

Hmmm...... pegawai agensi yang sepatutnya mengagihkan lembu pawah dengan adil lagi saksama, jadi pagar letrik makan lembu.

Aduhh parah parah cerita macam ni. Buah masam macam ni yang merosakkan integriti agensi. Sikit je pun bilangannya, tapi dia punya masam.... rosak susu setempayan setong sekilang.

Macam mano nak buat dengan geng buah masam ni yek?

Nak dijadikan EM starter pun tak berapa kena. Nak diblend jadi fruit juice pun tak sodap.

Jeruk? Makin masamlah jawabnya.


Ke kena naikkan gaji sama taraf dengan KP?

5 comments:

  1. Ketirisan cmnila yg slalu brlaku..cmnolah indstri pntrnakan nk maju..serba serbi xkena.hehe

    ReplyDelete
  2. network la tu ..'nak hidup'..hehehe..
    apsal James Bond tu baik hati sungguh? kawan-kawan lah katakana..

    kawan dan business tak bleh pisah..hari ni kau tolong aku, besok aku plak tolong kau..

    hehe

    ReplyDelete
  3. kalau dah penyangak nak buat macam mana.Ni lah yang memunahkan orang lain.

    ReplyDelete
  4. Nak tanya sikit Prof.Alwi,kalau kandang luas 20x10 berapa ekor agak2 boleh muat?

    ReplyDelete
  5. kalau dah penyangak nak buat macam mana.Ni lah yang memunahkan orang lain.

    ReplyDelete