Dan Tuan Jamalul (Kiram) melanggar kampung baru kuala bikam....
Semalam aku ada pelawat dari Bukit Beruntung. Tuan Sablee dan jirannya Tuan Jamalul (sorry kalau salah tulis nama - tak ingat). Geng surau kat bukit beruntung.
Dulu tahun 2006, tuan Sablee ada bela kambing kat Beaufort, Sabah. Tapi bila pindah semenanjung, terpaksa lupakan kambing. La ni tuan Sablee jadi Prudential wealth management advisor, or something like that. Ada banyak masa, dan siap kata lagi nak ikut aku pi gembala kambing.
Ada pun, tetamu aku kali ini ada sedikit luar biasa berbanding kebiasaan tetamu tetamu lain. Dia tunjuk kat aku cara bagi kambing tenang sebelum disembelih. Katanya ada mat salih dah demo kat Youtube. Sebut kalimah Allah untuk tenangkan kambing. Tak payah ikat ikat, tak payah ada elemen kekerasan. Katanya lagi, kambing sebenarnya menyerah diri bila disebut nama nama Tuhannya.
Aiseyman.... kambing pun faham akan kebesaran nama Tuhannya, kenal siapa Tuhannya. Aku yang manusia ni malu pula bila terpikir balik. Takde sifat menyerah atau takut bila dengar nama Tuhan disebut. Lalai sangat dah aku ni. Jauh sangat terbabas. Gelap habis dah hati ni.
Anyway aku nak tunjukkan gambar dia demo.
Dah start relax. Cuma dua jari pegang leher kambing. |
Subhanallah..
ReplyDeleteGelap hatiku ini...disebut nama Allah berulangkali...namun..negatif!
Tuhan memanggil
Aku tidak menghiraukannya
Tuhan memanggil
Aku sahut sekali sekala...
Astaghfirullah..
Ini nampaknya lebih hebat daripada kat You Tube...kena meneuntut ni,Bro.
ReplyDeleteSetuju dengan anonymous. Sedangkan kalimah La ila ha ilallah bisa menghancurkan segala gunung ganang bukit bukau jika diletakkan di atas bumi. Tetapi hati manusia tidak terkesan bila mana mendengar nya. Ada masalah disitu. Perlu banyak kan lagi zikir nama Allah.
ReplyDeletesubhanallah.slalu kite nk semblih.dh tumbg baru nk bertakbir.kn ssh tu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete