Naim.
Murshid Agro. Hulu Langat.
40+.
Ex Navy. Dengan duit gratuity pencen Navy yang cukup lumayan, buat projek
kambing. Jamnapari.
Dah
dua kali melawat ladang aku. Kali pertama, bulan 4 yang sudah, hari yang sama
dengan kedatangan Bro Adil dari Lalah River Goat Farm. Kali kedua, beberapa
bulan sesudah itu.
Pertemuan
kali kedua Tuan Naim bercerita panjang, sebab dia seorang saja dan aku pun ada
banyak masa. Ada satu saat yang mana aku ingat sampai sekarang di mana Tuan
Naim visualkan saat saat dia merenung kegagalan.
Dia
sedang mengarit rumput napier untuk kambing jamna dia. Guna motor. Letak rumput
yang menimbun atas motor. Motor jatuh. Rumput jatuh.
Geram.
Tegakkan
motor. Naikkan rumput yang berat menimbun atas belakang motor sekali lagi.
Motor tumbang. Rumput bersepah balik.
Kecewa.
Diam.
Menangis dalam hati. Terfikir “adakah betul jalan aku ini? Mungkin sudah sampai
masanya aku give up?”
Projek
kambing jamnapari belum mendatangkan hasil walhal dia sekian lama berhempas
pulas berpenat lelah mengarit rumput setiap hari. Duit yang ada telah banyak
dihabiskan tanpa sebarang hasil untuk ditunjukkan. Rakan rakan semuanya kata
sudah sudahlah bela kambing. Sudah sudahlah menyusahkan diri berpanas terik
berpeluh peluh menitik nitik.
Apa
yang Tuan Naim visualkan kepada aku sangat terkesan. Membawa aku kembali kepada
saat saat merenung kegagalan.
Abject
failure. Tiada harapan.
Aku
juga lalui pengalaman yang sama. Motor tumbang buat kali kedua. Rumput napier
bersepah. Ketika itu hujan.
Aku
pula baru kahwin. Tahun pertama. Hujung.
Hidup
serba kekurangan. Poket kering memanjang. Duit yang ada semuanya diprioritikan
kepada kambing – makanannya, ubatnya, besarkan kandangnya. Bakinya, yang
sedikit, baru masuk kepada aku laki bini.
Terpaksa
berjimat dalam banyak bab. Utamanya bab makan.
Nak
beli ikan pelaling yang harganya $4 sekilo pun pikir banyak kali. Telur dengan
ikan masin ok sikit. Sayur cari sendiri kat ladang. Pucuk ubi, pucuk paku,
kangkung dan yang sewaktu dengannya.
Pakaian
– ahli keluarga dan sedara mara donate. Yang dah tak pakai, yang dah tak muat –
aku terima aje. Buat baju kebun. Dan aku memang pakai baju kebun hari hari
hatta keluar ke pekan sekali pun. Selamba rock aje pakai but getah berselut
masuk dalam supermarket.
Apa
pun, memang kekuranganlah hidup aku laki bini masa tu. Jauh berbeza dengan
kehidupan di Bandar yang serba lengkap sebelum itu.
Now,
aku tahu yang mana bila aku menceburkan diri dalam usaha bisnes, aku akan
melalui kesusahan sebelum mengecap kesenangan. Aku tahu aku WAJIB susah dulu
sebelum senang. Aku boleh terima.
Tapi
bila dah kahwin, duit selalu takde, pasangan pula sedang mengalami culture
shock – jadi stress. Sangat stress. Dua dua laki bini.
Kehidupan
aku laki bini di ladang selalu dijadikan contoh oleh pasangan baru berkahwin
lain (especially sedara mara aku yang dalam usia perkahwinan mencecah setahun) –
diorang kata tengok si alwi tu, boleh hidup bahagia bersama dalam ladang yang
serba tak cukup, takde gaduh gaduh pun.
Apa
yang mereka tak tahu ialah aku on the verge of breakdown.
Aku
rasa aku gagal sebagai suami. Aku rasa aku gagal sebagai lelaki.
Aku
tak mampu memberi keselesaan yang sewajarnya kepada bini aku. Patutnya makin
senang bila dah kahwin. Tapi aku terbalik pula. Makin susah. Makin tak selesa.
Makin makan tak cukup.
In
fact, banyak kali aku rasa aku kena hantar bini aku balik kepada jagaan kedua
orang tuanya. Aku rasa aku tak mampu. Aku rasa aku daif sangat. Aku rasa aku
hanya memalukan kedua dua mak ayahnya.
Dan
saat saat motor tumbang kali kedua bersama rumput napier MAGNIFY atau mengganda
gandakan rasa kegagalan aku. Aku putus asa. Aku fikir aku telah gagal sebagai
suami. Gagal memberikan nafkah zahir yang secukupnya.
Dan
ego aku sebagai lelaki juga habis berkecai. Down the drain.
Aku
menangis di sebelah motor yang tumbang, dengan enjin yang perlahan lahan akhirnya
mati. Seolah olah memberi isyarat kepada aku, harapan telah pun mati dan
berakhir. Time to give up.
Ada
dalam setengah jam aku merintih sendirian. Akhirnya aku mengadu kepada Tuhan.
Tunjukkanlah aku jalan yang betul dalam usaha perkambingan ini. Tunjukkanlah
kepada aku jalan yang menguntungkan. Tunjukkanlah kepada aku jalan yang akan
menyelamatkan perkahwinan aku.
Tunjukkanlah
kepada aku jalan keluar daripada segala kesulitan ini.
DIA
mendengar.
DIA
turunkan ilham kepada aku. Rasul rasul semua bela kambing. Agaknya macam mana
para anbiya’ ni bela kambing ye? Betul betul macam mana?
Gembala.
Dan
bila aku mula gembala kambing, dan berdisiplin mengenainya – result cepat
keluar. Kambing mula pantas membiak, mula mendatangkan hasil, mula UNTUNG.
Daripada status selalu tak cukup untuk cover operating expenditure, mula cukup
dan akhirnya melebihi opex.
Akhirnya
ada keuntungan. Ada duit untuk aku beli baju bini. Ada duit untuk aku beli ikan
pelaling, ikan kembung, ikan baung, ikan siakap, ikan kerapu, ikan merah. Ada
duit untuk aku ambil pekerja dan membesarkan operasi.
Apa
yang aku nampak semasa gembala, dan nampak dengan sangat jelas, wahai tuan puan
penternak yang dihormati – kambing tak banyak makan rumput.
Kambing
lebih seronok makan dedaun.
Kambing
aku masuk kawasan napier yang cantik cantik muda seksi menggiurkan – buat tak
tahu. Menonong aje jalan pegi cari dedaun dan rumpai bawah sawit.
Perangai
asas kambing ialah makan dedaun. Makan pucuk. Basic behavior.
Rumput,
utamanya rumput napier adalah satu MITOS.
Aku
tak tahu siapa yang popularkan mitos rumput sebagai makanan utama kambing,
tetapi aku tahu dan aku nampak, mitos ini adalah sebesar besar batu penghalang
kepada kepantasan kambing membiak.
Mitos
ini membunuh fertility kambing. Kambing jadi slow membiak. Dan mitos ini berjaya
menumbangkan usaha demi usaha menaikkan industri kambing. Sekian banyak
penternak kambing tumbang akibat beriman kepada mitos ini.
Dan
aku melancarkan perang ke atas mitos ini.
It
will be war. And it will be a total war.
Tuan
puan pembiak kambing,
Sebenarnya
kita tak perlukan high tech pun untuk menyelamatkan industry kambing ni.
Langsung tak perlu mechanization, automation, atau sebarang jenis high input
system atau high capital atau teknologi tinggi.
Simple
sangat solusinya. Simple habih.
Pastikan
kambing kita dapat makan dedaun tiap tiap hari.
In
sha allah, kita akan unlock potential yang sekian lama tersembunyi. Potensi
kambing yang sukar ditandingi oleh mana mana ruminant lain.
Kepantasan
membiak.
Dan
dedaun adalah kuncinya.
War
against myth!
*Aku
ucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Tuan Naim yang masih bertahan sebagai
pembiak kambing. Kini dia buat kambing kacukan, dan guna pakai sistem gembala. Tahniah!
Nanti
ada masa, saya akan datang melawat ladang Tuan.