"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, February 27, 2013

KAKI PENDEK


Ada empat keadaan yang aku perhatikan:

1) Kambing bertompok hanya wujud dalam persekitaran ladang,
2) Kambing kaki pendek (true meat breed) pun hanya wujud dalam persekitaran ladang
3) Kambing susu (true milk breed) pun hanya wujud dalam persekiran ladang
4) Kambing telinga labuh pun hanya wujud dalam persekitaran ladang

Keempat empat ciri tersebut tidak akan wujud bagi kambing yang hidup meliar. Dan empat ciri di atas hanya wujud apabila ada heavy involvement dari manusia. Ya untuk menjadikan salah satu ciri di atas sebagai ciri yang konsisten dalam kawanan kambing kita - high input husbandry diperlukan.

Tapi yang aku nak sentuh kali ni, pasal kaki pendek je. Tak lalu nak cerita semua, lenguh tangan menaip ni ha. Yang lain lain tu nantilah.

Ok, kambing boer tulen adalah specialized meat breed. Baka pedaging tulen. Badan rendah, kaki pendek. Tengok betul betul kaki kambing boer, memang pendek berisi. Banyak daging kat kaki tu berbanding kaki slim. Jadi ini membantu meningkatkan peratusan karkas boer. Boer sememangnya excellent meat breed..... bagi zon cuaca panas dan kering, atau bagi sesiapa yang yang boleh buat high input husbandry.

Sebenarnya kan, kambing pedaging tulen (tak kisah lah boer ka, kalahari ka, savannah ka atau apa apa baka yang sifat fizikalnya pendek gemuk) tak boleh wujud dalam keadaan liar.

Kaki pendek tak boleh berlari pantas. Tak cukup 'spring' kat kaki dia. Bila dikejar pemangsa yang buas buas, sekejap aje dah kena tangkap. Kalau kita tengok struktur kaki semua ruminan kecil yang liar liar, kita akan perasan mereka ada kaki yang slim, tak pendek sangat, tak panjang sangat. Mereka ada 'spring' ketika mereka berlari, membolehkan mereka melompat lebih jauh dan pantas. Justeru meninggikan kemungkinan meninggalkan pemangsa tercungap cungap mengejar di belakang.

Cuba tengok pronghorn atau gazelle. Betapa lincahnya mereka meloncat pantas bila dikejar pemangsa. Kaki memang slim, dan ada spring. Begitu juga kambing liar pergunungan. Kakinya bukan pendek sangat, bentuk badan pun tak gemuk. Sedang sedang gitu, baik kaki dan body shape. Senang nak meloncat kawasan curam curam.

Manakala true meat breed hanya mampu wujud dalam persekitaran ladang, hanya mampu wujud dengan campur tangan manusia yang signifikan. Dia boleh jadi jaguh dalam kampung dia, tapi easy prey bila dilepaskan ke persekitaran liar.

Kaki pendek ni disadvantage kalau dalam persekitaran semulajadi. Tapi advantage pula dalam persekitaran ladang. Ada trade off kat sini.

Penternakan (penundukan, kemudian penjinakan yang semakin tinggi darjahnya) membolehkan specialization dilakukan, tapi akan ada sifat sifat yang membolehkannya hidup lasak - hilang. Makin tinggi atau mendalam specialization, makin tinggi input yang mesti dikeluarkan. That's the rule.

Now, bila kenyataannya macam itu, kita akan faham kenapa ramai yang tumbang bila bela true meat breed, atau true milk breed, atau telinga labuh, atau bertompok. Ramai penternak tak bersedia sebenarnya nak buat high input husbandry. Terlalu ramai penternak yang aku tengok, beli baka specialist ni, kemudian buat style low input. Lagi teruk terus buat extensif. Mana mana yang faham, akan buat high input tapi tu lah tak tahan dengan kos.

Bagi aku, realiti dunia penternakan di Malaysia kita ni, belum bersedia mengamalkan high input husbandry, belum bersedia menggunakan baka specialist. High input husbandry untuk baka specialist hanya untuk pembiak advance, serentak dengan keupayaan kapital.

Dua dua kena ada, advanced knowledge, dan high capital. Berapa banyak pembiak yang ada dua sifat ni? Ada banyak ladang komersial yang aku tengok, memang keupayaan modal tak diragui. Masalahnya knowledge tak cukup. Syok sendiri yang banyak. Rekod ladang pun takde, nak knowledge amendenya.

Tuan tuan pembiak,

Untuk menggalakkan penyertaan pembiak pembiak entry level di mana kebanyakannya muda muda dan tiada super capital, jalan yang aku nampak ialah low input husbandry dan penggunaan darah tempatan sebagai asas. Kita kena lahirkan dulu banyak banyak basic breeder yang untung operasinya.

Besok nanti, bila dah makin ramai basic breeder ni, dan dah ada 'core' knowledge driven breeders, baru kita boleh buat high input husbandry. Ramai ramai boleh buat. Terpulanglah nak guna baka specialist atau nak develop baka kita sendiri.

Masa tu output kita boleh jadi incredible.

But first, get the basics right!

Tuesday, February 26, 2013

KENAPA KAMBING BERTOMPOK?


Aku tertarik apabila isal beli kambing bertompok. Dan aku tertarik bilamana zul berpendapat kambing pedaging patutnya fokus daging, bukannya warna kulit atau panjang tanduk. Inilah pandangan aku.

Tompokan pada kulit kambing hanya wujud pada kambing yang telah ditundukkan. Tak kisahlah samada dijinakkan melalui pengembalaan atau sistem intensif. Hanya kambing yang masuk master servant relationship akan memiliki tompok (samada kita jadi master atau pun kambing tu yang jadi master).

Kambing feral atau kambing liar atau kambing tak bertuan atau kambing sistem extensif tidak akan memiliki tompok, dan ketompokan tidak akan diwariskan dalam kawanan kambing yang hidup sebegitu.

Kalau kita beli kambing bertompok, kemudian kita cuba biakkan mengguna sistem extensif (tanpa gembala, atau tanpa elemen penundukan) maka ketompokan akan hilang pada generasi selanjutnya.

Kambing liar tidak akan bertompok kerana tompok membahayakan kewujudannya. Tompok memudahkan kambing visible kepada pemangsa. Macam serigala, anjing liar, dingo dan lain lain.

Kambing dan lembu hanya bertompok jika dia rasa selamat, jika dia rasa tuannya sering memantau keselamatan dirinya, jika tiada ancaman pemangsa.

Habis tu, apa guna tompok tompok ni? Takkan saja saja muncul? Sebab rasa selamat aje?

Tuan tuan pembiak, tompok sebenarnya menarik perhatian. Sangat menarik perhatian manusia. Bila binatang bertompok, kita akan beri lebih perhatian. Betul tak betul? kita akan lebih manjakan dia, belai belai dia, selalu memantau, bagi extra feed. Selalunya dia yang paling cantik dalam banyak banyak kambing kita. Sebab kita selalu pantau dia. Pantang ada yang tak kena, cepat je kita nampak, terus bertindak. Dia kan high visibility, betul tak?

Jadi tompok ni salah satu adaptasi kambing jinak untuk mendapat lebih perhatian manusia.

Kambing yang jinak (dah terbabas master servant relationship) hasil perhatian kita kepadanya, akan ekploitasi keadaan itu untuk dirinya DAN keturunannya. Kambing jinak tahu bagaimana memerangkap hati manusia DAN cara bagaimana untuk berterusan mencairkan hati manusia, agar terus memberi lebih perhatian kepadanya. Kambing jinak memiliki jauh lebih tinggi keupayaan merubah fizikal keturunannya (morph) berbanding kambing tak jinak.

Maknanya kalau kambing kita yang jinak tu tak bertompok langsung, ada kemungkinan keturunannya akan bertompok. Dan perkara ini memang terjadi kat ladang aku.

PENTING : Semakin jinak kambing, semakin banyak perubahan fizikal pada keturunannya. Semakin tinggi input kita, semakin banyak kambing bertompok akan muncul dalam kawanan kambing kita.

Bukan sahaja tompok, tapi bulu boleh berubah, ekor boleh berubah, bentuk badan berubah.

Adakah tuan tuan pembiak masih bersama aku?

Yaaaa tompok hanya wujud pada kambing yang jinak. Dan barangsiapa yang buat low input husbandry dimana kita adalah master dan kambing jadi servant, insiden ketompokan hanya minima.

Sapa yang buat high input husbandry (di mana banyak kambing yang jadi master dan kita pula jadi servant), maka ketompokan akan merebak ke dalam kawanan kambingnya.

Jadi kepada isal yang dah beli kambing bertompok, kena manjakan sikitlah kambing tompok tu, baru dapat ekstrak full potential, dan mewariskan keturunan yang bertompok. Kalau kita layan sama macam kambing biasa (kita master-kambing servant), maka ketompokan akan hilang perlahan lahan. Gradually disappear.

Jangan risau, tompok tompok ni takde hal sangat. Petanda signifikan kambing high input ialah samada kaki pendek ATAU telinga labuh (bukan tahap panjang lagi dah, tapi panjang melayut siap berpintal pintal). Yang ini aku akan cerita lain bab.

PENTING! PENTING! PENTING!

Tompok bukan disadvantage. Kambing bertompok biasanya memiliki prestasi lebih baik dalam hal kenaikan berat badan, atau kuantiti susu, atau kadar kelahiran. Cumanya kita kena up sikit input kita. Itu adalah normal.

Aku tak nak tuan tuan salah faham. Karang ada pula yang tak mahu langsung kambing bertompok. Bukan macam tu. Jadi kena baca betul betul post aku. Perkataan yang aku gunakan memang kena tengok banyak kali. Post post sebelum ini pun sama kena baca slow slow. Jangan cepat sangat terjun buat kesimpulan.

Balik kepada cerita kambing bertompok. Sebenarnya kambing bertompok memang higher performing samada kenaikan berat atau kuantiti susu atau kadar kelahiran. Memang ye. Bukan mungkin. Iye memang higher performing. Tetapi input kita mesti up sikit untuk dapatkan higher performing status tu. Kena manjakan. Kena belai belai. Kena bagi nama. Kena bercakap dengan dia. Kena gesek gesek hidung kita dengan hidung dia. Kena bagi extra feed.

Barulah dia bayar balik input yang kita keluarkan dengan outputnya yang lebih baik berbanding kambing tak bertompok. Dan lebih mudah keturunannya muncul bertompok tompok.

Ok. Salam hormat!

Monday, February 25, 2013

SIKIT LAGI USAIN !!!


dan Super Goat...

Usain Bolt adalah manusia terpantas dunia buat masa ini. Rekod 100m dalam 9.58 saat (top speed 45km/j) membuatkan dia tergolong antara manusia yang elit fizikalnya. Superhuman.

A near perfect sprinter, but not yet a perfect sprinter

Tapi berdasarkan kajian kajian oleh Human Performance Unit dari beberapa universiti Barat, secara teorinya, otot badan kita mampu memecut kepada 65km/j. Err.. teori lah, sebabnya banyak kekangan perlu diambilkira. Contohnya bagi kebanyakan manusia, pecutan paling laju boleh dibuat ialah 43km/j. Sebabnya atas 43km/j, tendon quadriceps akan terkoyak dari lutut.

Selain itu, berdasarkan kajian Alun Williams dari Manchester Metropolitan University yang diterbitkan dalam Journal of Physiology, beliau mengatakan ada 23 gen yang mempengaruhi potensi fizikal atlit pecut. Contohnya gen yang mengawal oxygen intake, muscle endurance, muscle contraction, dan lain lain.

Didapati Usain Bolt ada 21 gen atlit pecut.

Sikit lagi nak dapatkan 23.

Kalau ada semua 23 gen ini, maka Usain Bolt mampu benar benar menjadi jaguh pecut terhebat dalam sejarah manusia. A true blue absolute sprinter.

Kebarangkalian satu individu untuk muncul dengan semua 23 gen dianggarkan 1 dalam 1212 trillion. Omakkk kauu.... jenuh nak menunggu macam ni. Memang kena buat genetic engineering, baru menurun kebarangkalian, baru mudah muncul super atlit.

Dan aku terfikir bagaimana situasinya dengan kambing. Ada tak kajian genetik yang telah merungkai apa dan berapa banyak gen yang mempengaruhi potensi kambing pedaging? Dari segi kecekapan penukaran makanan, kecenderungan fat distribution dan sebagainya?

Kalau berdasarkan pemerhatian mata kasar para pembiak memanglah ada banyak kajian, pasal kita pembiak banyak buat fieldwork dan eksperimen. Cross sana cross sini, cuba macam macam teknik. Tapi kajian genetik ini menerobos masuk ke dalam, sains di sebalik semua itu. Rasanya belum ada kan?

Maybe in progress. Sebab ilmu genetik ni dikira baru. Genome sequencing pun tak banyak buat, baru berapa ekor kambing yang dah dibaca kandungan genetiknya kan? hmmm... kalau lebih banyak usaha kita curahkan untuk ilmu genetik, pasti kita dapat kenalpasti apa dan berapa banyak gen yang mengawal potensi kambing pedaging.

Ini bakal merevolusi dunia penternakan. Memudahkan kita memilih benar benar sifat pedaging terbaik. Lebih tepat daripada penggunaan darah keturunan, tak yah dah sibuk sibuk fullblood certificate. Sangat menjimatkan masa kita. Sekarang ni banyak sangat guessing game, dok teka teka berdasarkan mata kasar. Jadi boleh berlaku banyak kesilapan dalam meneka neka.

Senang cerita, bagi aku, ilmu genetik ni memudahkan kebarangkalian muncul super meat goat. Kalau dulu 1 dalam 1 billion, maka ilmu genetik ni memungkinkan 1 dalam 100 juta. Haaa kan baik punya cerita.

Dulu kita menunggu setiap 100 tahun muncul seekor kambing luar biasa. Kali ni kita boleh pendekkan masa menunggu. Mungkin 25 tahun sekali, muncul seekor kambing luar biasa. Mungkin juga dua tiga ekor sekali muncul.

Super Goat.

How exciting...

Sunday, February 24, 2013

THE TROUBLE OF PROCESSED VITAMINS


Kita rasa selamat dan sihat apabila kita menelan suplemen vitamin setiap hari. Kita juga rasa yakin bilamana dedak kambing yang kita beli, atau garam jilat, atau rumusan makanan kambing kita ditambah vitamin sintetik dalam dos yang tinggi. Kita semua sanggup keluarkan belanja yang lebih tinggi untuk rasa selamat membeli 'tambah nilai', baik untuk makanan kita sendiri atau pun makanan ternakan.

Kita disarankan mengambil vitamin secara jangka panjang untuk sifat antioksidannya yang boleh memanjangkan umur dan meningkatkan prestasi kesihatan. Tak kisahlah samada vitamin sintetik atau vitamin yang sumbernya organik (macam minyak hati ikan). Itu kita katakan vitamin diproses.

Kita tertipu.

Tertimbus dalam kepalsuan yang direka reka syarikat farma, syarikat jualan langsung (cosway, amway, zhulian, shaklee blah blah blah...), dan entah apa entiti bisnes lagi. Semuanya bergabung dan dengan licik memperdaya secara halus demi mengaut keuntungan lumayan.

Masing masing mengisytihar rumusannya terbaik, mengandungi segala spektrum vitamin dalam bentuk organik yang mudah diserap badan. Kononnya formulasi mereka lebih baik daripada makanan segar yang diciptakan Tuhan. Mereka isytihar produk mereka lebih pekat, lebih mantap, lebih high performing daripada sayur mayur, ayam, ikan, kerang, udang, daging, susu, bijiran, dan apa apa yang dicipta Tuhan.

Berani mereka katakan mereka lebih pandai dari Tuhan!

Karut sekarut karutnya.

Sebagai contoh, para penyelidik dari Institut Karolinska di Sweden telah menjalankan kajian ke atas 31,000 sukarelawan berumur 45 ke 79 tahun. Semua sukarelawan ini diberi pelbagai jenis vitamin pada pelbagai tahap dos. Kajian dibuat jangka panjang.

Salah satu penemuan mengejutkan (salah satu ye, dan ada banyak lagi) ialah didapati mereka yang kerap mengambil suplemen vitmin C, atau vitamin E, atau kedua duanya sekali - lebih mudah mendapat katarak (penyakit mata yang membolehkan kebutaan).

Tu diaaa.. kita dok ingat hari hari telan vitamin mahal mahal, susah nak dapat sakit. Rupanya meningkatkan risiko penyakit. Berapa banyak antara kita yang dah kena tipu?

Para penyelidik itu juga mendapati mereka yang berumur 65 tahun ke atas lebih berisiko sekali ganda mendapat katarak apabila mengambil suplemen tersebut setiap hari. Dan yang anehnya, mereka yang tidak mengambil suplemen, tapi cuma makan makanan segar didapati tiada risiko katarak.

Haa... makanan segar yang Tuhan jadikan untuk kita sememangnya dah seimbang, bukan setakat nisbah vitamin aje, tapi ntah segala macam chemical yang kita sendiri pun tak tahu. Terbukti memelihara kesihatan dan membiakkan umat manusia semenjak Nabi Adam.

Kita pula dok memandai kata vitamin ciptaan kita yang mencecah juta juta IU lebih baik dari yang diciptakan Tuhan. Bengong sungguh. Orang dulu dulu tak dak pun pil pil vitamin ni, tak yah keluar duit pun nak sihat. Apasal kita sekarang dihujani iklan iklan yang mengatakan kalau nak sihat, kena beli suplemen itu ini, kena beli alat senaman gini gitu, kena keluarkan duit banyak banyak baru boleh sihat?

Kesihatan boleh dibeli ke? Kesihatan hanya untuk orang berduit sahaja ke?

Kalau tengok cara hidup Rasul, kita akan tahu sepasti pastinya bahawa kesihatan tidak boleh dibeli. Kesihatan diperoleh dengan disiplin, dan makan makanan sesegar mungkin.

Ok. Balik kepada cerita keburukan vitamin diproses. Untuk kambing pula.

Aku tiada suplemen vitamin untuk kambing aku. Dan aku tidak menggunakan garam jilat bervitamin. Aku juga tidak menambah tepung vitamin ke dalam dedak kambing aku.

Aku cuma ada Hematofos. Dan ianya digunakan very sparingly. Hanya ketika kambing sakit, nampak betul betul anemik tak larat. Aku cuma gunakan untuk jangka pendek. Takde program pemberian vitamin berjadual atau jangka panjang.

Tak perlu sebenarnya. Sebab foraj segar dan mikrob dalam perut kambing dah cukup menghasilkan vitamin. Melainkan ketika kambing sakit. Masa ni baru kita guna vitamin. Dos tinggi pun takpe. Barulah kena pada tempatnya.

Atau pun mereka yang bela kambing susu. Dok perah hari hari. Macam tu takpelah guna vitamin dos tinggi. Sapa sapa yang bela kambing pedaging jenis semi intensif tak yah langsung suplemen vitamin ni. Mengarut sungguh la. Tapi cara intensif mungkin berbaloilah. Pasal kambing tak cukup cahaya matahari, foraj segar pun terhad.

Apa apa pun, makanan rumusan Tuhan adalah yang terbaik dalam dunia baik bagi manusia mahu pun binatang ternakan. Rumusan manusia semuanya downgrade kualiti dan bersifat jangka pendek. Jangan sekali kali kita berani isytihar rumusan ciptaan kita adalah yang terbaik dalam dunia walau nampak seimbang, hebat serba serbi, kerana banyak lagi yang kita belum tahu.

Ilmu kita tak akan setanding dengan ilmu Tuhan.

Salam. 

JAM BADAN : PENGHAPUS LEMAK...dan PENGGANDA LEMAK


Post kali ni mungkin berguna kepada mereka yang membuat penggemukan, atau pun mereka yang obses dengan kenaikan berat badan kambing.

Profesor Carl Johnson dari University Vanderbilt, Nashville melaporkan dalam jurnal Cell bahawasanya jam badan (body clock/biological clock) mengawal metabolisme badan. Si profesor ni mengkaji hubungan insulin dengan jam badan. Insulin ni kan mengawal penukaran gula yang kita makan kepada tenaga yang boleh diguna badan.

Didapati insulin tidak dikeluarkan secara tetap sepanjang masa tetapi menurut jam badan. Apabila jam badan mengisyaratkan waktu siang dah sampai puncak (tengah hari), maka metabolisme badan pun memuncak, pengeluaran insulin juga memuncak.

Waktu tengah hari inilah segalanya menjadi cekap. Sangat cekap.

Apa yang kita makan termasuklah makanan bergula tinggi atau berkarbohidrat tinggi atau berlemak tinggi, kebanyakannya ditukar kepada tenaga yang segera diguna badan. Dan lemak dalam badan juga lebih mudah 'dibakar' ketika ini. Badan susah sikit nak simpan makanan berlebihan sebagai lemak dalam badan.

Susah nak gemuk kalau kuat makan tengahari. Wujud kesan penghapus (fat burner effect).

Berlawanan apabila malam menjelang di mana jam badan dah mula mengisyaratkan kepada badan untuk merendahkan metabolisme. Semua sistem jadi slow termasuklah pengeluaran insulin. Dah kurang cekap dalam bab menukar gula kepada tenaga. Jadi apa yang kita makan ketika malam mudah ditukar kepada lemak.

Senang nak gemuk kalau kuat makan malam. Wujud kesan pengganda (fat multiplier effect).

Dan ini menyebabkan aku terfikir, barangkali ada baiknya dalam situasi penggemukan, kita bagi kambing kita makan dedak sebelah malam. Mungkin lebih cepat gemuk. Mungkin lebih cepat naik berat badan.

Menurut kajian profesor tu lagi, ketika jam badan haru biru (contohnya ketika penukaran shift kerja bagi pak guard atau pekerja kilang, atau jet setting traveller) maka badan lebih lebih lebih senang mengumpul lemak. Fat multiplier effect menjadi lebih dramatik berbanding kuat makan malam.

Dan ini juga membuatkan aku terfikir, barangkali boleh buat dalam situasi penggemukan, 2 minggu malam bergelap, 2 minggu malam terang benderang. Bagi kelam kabut jam badan kambing kita, bagi kacau bilau metabolisme badan, bagi lebih pantas kenaikan berat.

Amaran : Aku sama sekali tak rekemen praktis ini untuk pembiakan. Penggemukan mungkin boleh guna bagi sesiapa yang nak fine tuning dia punya praktis, atau yang nak kejar extra edge ketika penggemukan.

Aku sendiri? Tak berminat nak buat walau pun ada kelebihan bagi dedak sebelah malam, walau ada kelebihan bagi makanan ketika jam badan haru biru. Pasalnya aku bukan kejar berat hidup. Aku kejar fat distribution yang kena pada tempatnya.

Yaa aku nak daging kambing aku lebih sedap. Jadi aku nak lemak dalam daging. Aku tak nak lemak luar daging. Makan dedak sebelah malam ketika jam badan dah slow, ketika metabolisme badan dah slow, atau ketika kambing stress akibat jam badan haru biru, hanya memudahkan pengumpulan lemak di luar daging.

Berat hidup memanglah cepat naik, tapi lemak luar daging yang banyak. Jadi kurang berkualitilah daging yang dihasilkan.

Terpulanglah kepada kita para penternak kambing sekalian. Nak pilih mana satu.

Salam.

Monday, February 18, 2013

THE TUBEWELL


Cerita ringan sikit. Pasal otak aku kali ni dalam situasi ekstensif - very low input, very low output. Ok, ladang aku cuacanya enam bulan kering enam bulan hujan. Musim hujan memang kuantiti air melampau lampau. Kena musim kering habih lesap semua surface water.

Ladang aku takde air paip. Jadi bekalan air untuk keperluan ladang kena guna pump. Kena tarik air dari tanah. Biasanya aku guna telaga lama yang dalamnya 8 kaki je. Diameter 2.5 kaki kot. Masa musim hujan, memang penuh air telaga. Pam lama mana pun, sekejap je dah penuh balik air.

Kalau musim hujan. Datang musim kering, kelam kabut dibuatnya bila air susut tinggal sekaki je. Dan aku dah lalu pengalaman pahit ini.

Jadi aku buat tubewell sebagai backup source. Bukan satu tapi dua tubewell. Tubewell pertama aku upah satu apek ni buat. Dia charge aku $1400. Diameter 2 inci, dan menurut kata apek ni, panjang tubewell yang dia buat 30 kaki. Dan dia berjanji kat aku, pemasangan dia siap dengan waranti. Kalau air takde, panggil je dia. Dia akan dalamkan tubewell tu tanpa sebarang cas tambahan.

Tapi bila menjengah musim kering, tubewell yang sepatutnya ada air, kering. Lagi cepat kering berbanding telaga lama. Bila aku check balik tubewell yang dibuat apek ni, rupanya cuma 7 kaki dalam. Hantu raya punya apek. Sedap betul dia kelentong aku.

Aku bayar $1400 untuk tubewell yang cuma 7 kaki dalam? Tak masuk akal. Memang manis masin masam pedas masak tiga rasa masak stim limau mulut si apek ni. Geram betul aku.

Oleh kerana tubewell pertama gagal berfungsi sepertimana yang aku harapkan, aku pun cadang nak buat tubewell lain. Tapi aku tak kenal sapa sapa kontraktor yang boleh buat.

Mujurlah ada satu orang Mardi ni menghulurkan pertolongan. En Yunus kat Mardi Kuala Kangsar. Dia ada kenal satu kawan yang boleh buat tubewell. Namanya Azlan, dulu kerja kat Jabatan Geologi. Sekarang kerjanya memang buat tubewell satu Malaysia.

Aku pun upah dia. Untuk tubewell diameter 2 inci. Walau pun metod sama - guna manual labor, dan tanah digerudi dengan water jet, tapi nampak saintifik sikit kaedahnya berbanding kaedah apek yang cincai tangkap muat je. Ada guna chemical khas, dan ada guna batu aggregat. Kedalaman yang dicapai adalah kedalaman maksimum yang mampu dibuat oleh manual labor, iaitu 100 kaki.

Air ada, walau pun musim kering. Itu yang penting. Laju atau slow tak kisah sangat janji air ada. Perit sungguh rasanya bila air takde. Itu bagi aku yang duduk ladang. Dan aku memang kasihan orang yang duduk kat flat tinggi tinggi bila bekalan air putus lama lama.

Jadi bagi tubewell yang kontraktor melayu ni buat, dia charge aku $1800. Oklah tu. $1800 untuk dalam 100 kaki. Bukannya $1400 untuk 7 kaki.

Di sini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada En Yunus dari Mardi Kuala Kangsar yang telah membantu. Dah pencen rasanya. Tak tau buat projek apa pula sekarang ni. Terima kasih sekali lagi kepada En Yunus!

Anyway, tubewell 100 kaki ni aku cuma guna masa musim kering. Aku tak guna sepanjang tahun. Kos lebih tinggi berbanding guna telaga lama. Bila telaga lama dah banyak susut airnya, baru aku guna tubewell.

Sekarang terpaksa guna tubewell walau musim hujan. Sebabnya telaga lama dicemari tannin yang terlalu banyak. Kebun sebelah tebang sawit lama. Jadi dilonggok longgokkan sisa sisa sawit yang dah hancur tu. Dekat pula dengan telaga lama aku ni. Habis tercemar jadi merah pahit airnya. Lama juga nak tunggu air ni pulih balik. Kena banyak bersabar.

Tubewell kedua sedalam 100 kaki. Tubewell pertama tak nak tunjuk. Sakit hati eh!

Telaga lama yang tercemar airnya sekarang. Banyak sangat tannin. Jadi pahit airnya.

Longgokan sisa sawit kebun sebelah. Bawah zink karat tu telaga lama.

*Terima kasih diucapkan kepada saiful wahid dari grik yang datang melawat ladang aku. Siap bawak tetamu dari India. Berkenaan pertanyaannya samada kambing intensif sesuai atau tidak dimasukkan ke dalam sistem semi intensif - kalau boleh cari semi intensif juga sebagai ladang punca. Saves valuable time in adaptation period. Very valuable time. Performance boleh maintain.

Kalau intensif kepada semi intensif - performance akan jatuh ketara buat sementara waktu (sementara ke? aku perhatikan lama sangat weh!). Semakin ketara apabila semakin intensif kambingnya. Apalagi dah bergenerasi. Adaptation period too long, kita pula yang tak tahan. Boleh adapt dengan semi tapi tu lah ambik masa panjang.

Kena tengok betul betul.

Asalnya low input, kita boleh buat low input.
Asalnya high input, kita kena buat high input juga.
Asalnya high input, kita nak buat low input - kena bersedia untuk pening dulu (ada juga yang sampai tahap migrain), baru nampak hasil.

*Dan satu tip lagi, kalau nak buat pembiakan pedaging low input, jangan guna baka yang telinga panjang berpintal pintal melayut layut. Telinga panjang ok lagi.

Salam!

Saturday, February 16, 2013

GETTING FAT IS EASY!


Getting fit is a much different story.

Ada penternak dan feedmaker yang overconfident dengan feed formulation yang dia hasilkan. Ada yang isytihar formulasi dia adalah yang terbaik untuk kambing, pasalnya bila kambing makan dedak formula dia ni, kambing cepat jadi gemuk gemuk bulat berkilat.

Hanya kerana nampak kambing cepat naik berat badan dalam tiga empat bulan, atau susu banyak bertambah, terus isytiharkan formulasi makanan dia ampuh lagi berdaya saing. Sesuai untuk pembiakan jangka panjang. Padahal ada yang langsung tak buat lab test pun. Pehhh.

Perangkap.

Yang memusnahkan penternak yang nak jadi pembiak.

Bahaya bila hasil jangka pendek dijadikan landasan utama program jangka panjang(lebih empat tahun).

Tuan tuan, sebenarnya senang sangat nak gemukkan kambing kita. Jaaaauhhh lebih senang berbanding membiakkan kambing kita. Contohnya dedak kering yang biasa kita guna tu. Tak kisahlah jenis energy concentrate atau protein concentrate. Baik dedak jenama baru atau jenama berpuluh tahun. Baik murah atau mahal. Baik yang buat lab test setiap 6 bulan, atau yang buat tiap tiap bulan. Baik yang ada exhaustive nutrient analysis, atau pun yang basic analysis je.

Semuanya lari nisbah omega 3 : omega 6, melainkan yang guna flaxseed.

Lari tunggang langgang. Terbalik semuanya. Omega 6 pula lagi tinggi dari omega 3. Dan kajian menunjukkan nisbah omega 3:6 yang tidak seimbang mempercepatkan kadar obesiti. Perasan tak, sekarang banyak orang obes dalam planet bumi ni, dan situasi obesiti sebegini tidak pernah terjadi dalam sejarah manusia semenjak turunnya Nabi Adam?

(Sesiapa nak tahu lebih lanjut pasal omega 3:6 boleh rujuk post lama aku kat sebelah, takpun google aje).

Yaa, nenek moyang kita zaman dahulukala, sumber utama makanan mereka ialah makanan segar. Segar bugar. Masih terpelihara nisbah omega 3:6 yang sesuai. Sebab tu kekuatan dan kelasakan mereka menjadi legendary.

Orang sekarang banyak sangat makanan diproses, dan semua makanan diproses lari nisbah omega 3:6. Itu pasal lah banyak sangat kes obesiti dan masalah kesihatan.

Sama juga bagi ruminan. Makanan yang paling sesuai nisbah omega 3:6 adalah foraj segar (rumput dan dedaun). Dan omega 3 paling tinggi dalam tumbuhan adalah pada pucuknya.

Maka kambing yang dapat lepas bebas meragut memiliki peluang lebih cerah untuk mendapat kuantiti omega 3 yang lebih tinggi. Ini memperbaiki nisbah omega 3:6. Justeru kesihatannya terpelihara. Fit. Lasak. Susah nak obes.

Obesiti kan terbukti menurunkan kesuburan. Turun jatuh breeding vitality. Nampak dari luar memang sedaplah, lemak berlipat lipat bulu berkilat kilat, tapi bila sampai masa mengawan, kondem. Kondem habih!

Kita nak membiak, jadi kita nak kambing kita kuat mengawan, breeding vitality tinggi, barulah berhasil usaha pembiakan kita. Fitness kambing kita adalah prioriti bagi seorang pembiak. Untuk itu, foraj segar (yang betul nisbah omega 3:6, penuh vitamin dan enzim hidup) mesti dijadikan makanan utama (primary).

Kalau nak gemukkan kambing, tunggulah bila kita masukkan dalam fasa penggemukan. Masa tu gunalah apa apa formulasi pun, yang sememangnya lari nisbah omega 3:6, kita jadikan makanan utama. Foraj segar jadi makanan sekunder sebagai sumber roughage. Atau pun tak guna foraj segar langsung, guna silaj dan hay sebagai makanan sekunder. Sahih kambing kita cepat gemuk, cepat obes.

Senang sangat gemukkan kambing. Jadi kalau ada penternak atau feedmaker yang claim makanan rumusan dia terbaik dalam dunia ini, sangat sesuai dijadikan makanan utama untuk program pembiakan jangka panjang (watch my words!!)- ketahuilah itu adalah kepalsuan yang mahu dijadikan kebenaran.

Diorang ni (feedmaker) sebenarnya buat makanan penggemuk. Ada pelbagai peringkat kesan penggemukan. Ada yang cepat gemuk, ada yang lambat gemuk. Ada yang tumpu pada susu, ada yang tumpu pada pedaging. Ada yang buat untuk pelbagai peringkat umur. Macam macam. Myriad. Tapi semuanya makanan penggemuk. Makanan jangka pendek.

Makanan pembiak, makanan jangka panjang, makanan terbaik untuk ruminan adalah makanan yang rumusannya milik Tuhan. Rumput segar. Dedaun segar. Sahih terang benderang ruminan boleh membiak. Keturunan demi keturunan.

Fresh forage is still, and will always be, the best!

*Itu baru omega 3:6. Belum lagi enzim dan vitamin. Seorang very professional feedmaker yang dah berpuluh tahun pengalaman, cerita kat aku, dedak ni kalau boleh, beli yang betul betul freshly made, dan bila beli hari ni, kalau boleh habiskan hari ni juga. Pasalnya vitamin yang ada cepat sangat degrade, walau pun ditambah tepung vitamin sintetik. Dan dia pun mengaku - fresh forage is still the best.

*Juga belum masuk cerita masalah penyerapan unsur zink dalam soya basah. Soya basah ada phytate yang tinggi, dan ini menghalang penyerapan zink ke dalam sistem badan. Hasilnya kandungan zink dalam darah jadi rendah. Zink rendah memperlahankan metabolisme badan (senang gemuk weh!). Tapi dalam masa yang sama, zink rendah menurunkan kualiti sperma dan libido. Maka kambing yang makan soya basah jadi cepat betul gemuk tapi ada masalah kesuburan.

Jadi tuan tuan penternak, kena pandai bezakan siapa pembiak, siapa penggemuk. Tujuan lain lain, dan metod dan kepercayaan antara keduanya sangat berbeza. Seorang pembiak tulen yang dah lebih empat tahun operasi pembiakannya, tanpa pertukaran signifikan sistem, kambing, dan makanan dalam masa empat tahun tersebut, dan prestasi pembiakan kambing memuaskan - maknanya apa yang dia buat betul lah, jadi nasihat dia kita lebih percaya.

Salam hormat!

*Kepada bro zaki dari ladang Nurternak di Kedah yang melawat ladang aku itu hari, terima kasih diucapkan. Juga kepada Hj Rahim dan isteri dari Berkat Jaya Farm di Sg Buloh yang datang melawat. Terima kasih. Nanti besok ada masa aku melawat ladang tuan tuan!

Friday, February 15, 2013

BILA ARB DATANG...


Kepada sesiapa yang nak tahu amende sebenarnya ARB, boleh rujuk blog link kat sebelah. ARB sekarang ada 1000 lebih ekor kambing boer. Kat Kluang Johor. Ladang pembiak. Nukleus.

ARB buat official visit ke ladang aku semalam. Yang datang ialah current chief, Dr Johari, dan pengurus ladang, Hj Jamsuri. Dr Johari dan Hj Jamsuri pertama kali sampai ladang aku. Dr Khusairy yang merupakan ketua ARB sebelum ini dah sampai tiga empat kali ladang aku, tapi bukan official visit, dan bukan atas kapasiti sebagai ketua ARB.

Kiri: Dr Johari, Ketua ARB           Kanan: Hj Jamsuri, Pengurus Ladang ARB

Gambar atas takde pemandangan kandang. Gambar ni baru proper sikit, nampak kandang kambing dan kuda. Yang pakai baju purple tu tak tahu sape. Penyibuk betul!

Aku dah bagitau awal awal kat Dr Johari yang ladang aku ialah ladang 'hardcore'. It's bare minimum, no fancy infra, kurang mesra pelawat, taik kambing taik kuda taik kucing segala macam taik bersepah sepah.

Tak macam ladang ladang multiplier sebelum ini - bersih berkilat kilat memancar mancar, suci dari debu. Ladang aku hanya sesuai kepada penternak kambing tegar tegar, yang dah biasa cium bau taik binatang, atau pegawai pegawai yang biasa turun naik kandang senget benget.

Ok, ARB datang untuk berbincang mengenai upgrading genetik kambing aku menggunakan darah boer. Bantuan pejantan dan kepakaran teknikal akan diberikan. Long term project. 3 + 3 tahun.

Ini bukan multiplier. Aku tak berminat dengan skim multiplier. Aku lebih percaya dengan prestasi induk betina aku sekarang yang terbukti lasak dan produktif.Jadi aku tak mahu 250 induk boer. Lebih baik macam ini. Upgrade. Bagi ada bentuk boer yang uniform dalam kawanan kambing aku.

Bentuk. Shape. Warna tak kisah. Sebat aje kaler apa pun.

Bentuk yang rendah, dan berisi. Bahasa lain - gemuk pendek.

Tuan tuan pembiak kambing, true meat breed mesti pendek. Rendah. Tak boleh tinggi. Kaki pendek, centre of gravity rendah, baru boleh banyak daging melekat pada rangka.

Bagi pembiak baka susu yang mengejar potensi jumlah pengeluaran susu (watch my words!!), dia akan prefer rangka yang semakin meninggi, berlawanan dengan rangka untuk pedaging tulen. Kerana semakin tinggi rangka badan kambing, semakin banyak ruang untuk kantung susu yang lebih besar dan puting yang panjang.

Puting yang panjang memudahkan pemerahan susu, dan kantung susu yang lebih besar, of course, menambah kuantiti susu. Jadi bagi pembiak baka susu, ciri kambing yang mendatangkan kelebihan ialah rangka tinggi. Tetapi rangka tinggi menyebabkan daging kurang.

Jamnapari tulen sebenarnya kambing susu. Aku memang pelik banget kalau ada penternak yang kata jamnapari sesuai dijadikan pedaging. Salah ciri dah tu sebenarnya. Sama macam nubian tulen, atau saanen tulen, atau shami tulen.

Tetapi jangan risau, kita jangan pening, remember - mixed blood still rules! Buat masa inilah...

Anyway, upgrading aku tak akan sampai ke tahap pureblood. Aaaa... pasalnya apa yang aku nampak kalau kita betul betul kejar ciri spesifik sesuatu baka, samada pedaging tulen atau susu tulen, input kita semakin meninggi dan meninggi. (Reasoning aku akan cerita dalam post mendatang - tak tahulah bila).

Aku buat low input husbandry. Kalau semakin ramai pembiak yang mencapai status 'advanced', yang betul betul faham konsep low input high input, low output high output - baru aku bergerak ke arah pureblood atau pun, fullblood, di mana besar kemungkinan menjadi high input husbandry (tak kisahlah boer ke, kacang ke - marah pula orang ARB ngan aku ni karang, diorang dok baca ni).

Realitinya industri kita masih peringkat tunas. Belum kembang mekar. Objektif kita melahirkan semakin ramai basic breeder. Advanced breeder? Akan sampai masanya bila basic breeders dah banyak. Dan cara terbaik melahirkan banyak basic breeder ialah menggalakkan mereka memilih low input husbandry.

Bila dah survive, masa tu kita ada option.

High input ----> Incredible output

Bukan lagi high input - high output.

Salam!

*Aku rasa ramai yang tak faham post kali ni. Sorry!!

*Aku tak kata aku nak bela boer. Jangan salah faham. 

*Terima kasih kepada pasangan suami isteri, Shukri dan Raha dari petaling jaya yang datang melawat. Memang nampak bersemangat. Kuat memburu ilmu. Good luck to the both of you!!

*Terima kasih juga kepada orang terengganu yang telah 'mengebas' kambing aku. Pergi balik ada kot 1200km. Pengsan adik aku yang jadi drebar lori haha!

Monday, February 11, 2013

I LIKE FAST TRACK SILAGE!


For feedlotting or fattening phase anyway..

Guys..., aku belum habis cerita post sebelum ini. Jumping to absolute conclusion is a bit immature. Rujuk penghujung post sebelum ni, kan aku ada mention 'Aplikasi silaj biarlah kena pada tempatnya. It should be UPGRADE. It should not be DOWNGRADE. Melainkan bagi mereka yang nak buat emergency feed, atau setakat short term feeding.'

Short term feeding.

Ok, bila aku melawat ladang kambing pak faisal, dan aku melihat bagaimana silaj dilakukan mengikut teknik beliau - observation pertama aku ialah betapa cepatnya silaj boleh guna terhasil. Hanya dalam empat hari diperam, silaj sudah boleh bagi makan kat kambing.

Biasa silaj ni tiga minggu, paling cepat aku dengar dua minggu. Tapi pak faisal dapat buat dalam empat hari sahaja.

The speed is incredible, blindingly fast in terms of silage making.

Dan andaian awal aku ialah ini sebenarnya mungkin bukan silaj, tapi pengeringan yang inovatif. Pengeringan yang tidak memakan masa, tidak memerlukan solar, tidak memerlukan ruang yang luas. It is not full fledge or mature silage, but closely resemble hay.

Maybe a hybrid between hay and silage. Somewhere between hay and silage.

Now, fast track silage sepertimana yang dibuat pak faisal, I believe, maybe is better than full fledge silage. Maybe better than hay. Kenapa pula?

Sebabnya dalam empat hari, masih ada lagi saki baki enzim hidup, vitamin hidup, hormon hidup dalam silage tersebut. For full fledge/mature silage and mature hay, nearly all the vitamins and enzymes were already dead or miniscule in amount.

Dan ramai di antara kita yang tidak tahu bahawasanya foraj kering (dedaun atau rumput) -hay- sebenarnya lebih cepat meningkatkan berat badan ruminan berbanding foraj segar. Yaaa tuan tuan, foraj kering lebih tinggi kandungan dry matter bagi berat yang serupa dengan foraj segar. Jadi energy density atau energy level lebih tinggi. So ruminan yang makan foraj kering lebih cepat naik berat badan. Lebih cepat gemuk tapi tak sesihat dan selasak ruminan yang makan foraj segar.

Foraj kering memiliki kualiti penggemukan yang baik manakala foraj segar memiliki kualiti pembiakan terbaik yang tidak dapat ditandingi oleh mana mana rumusan tangan manusia.

Tuan tuan pembiak kambing.., ruminan yang makan rumput segar dapat menyimpan stok vitamin, enzim dan hormon dalam badan dia. Ada reserve yang sangat tinggi especially untuk fat soluble vitamin macam ADEK. Reserve yang tinggi ini membolehkan ruminan bertahan hidup beberapa bulan walau pun tidak mendapat sumber makanan segar yang mengandungi enzim dan vitamin hidup.

Dan fakta fisiologi mamalia ini membolehkan kita memanipulasi keadaan ternakan kita terutamanya masa fasa penggemukan atau fidlot (short term feeding). Maknanya kita boleh guna makanan yang kurang segar, atau tidak segar buat jangkamasa pendek, khas untuk mempercepatkan kenaikan berat badan, at the expense of breeding vitality.

Dan pembiak pedaging yang bijak tahu penggemukan perlu dilakukan sebelum pedaging dijual. Dalam tempoh tiga bulan sudah cukup. (Really, tak rugi buat penggemukan, kalau caranya betul, untung kita lebih besar!). Dan penggemukan paling pantas kalau kita buat fidlot - aku buat penggemukan tapi aku tak buat style fidlot. Tuan tuan nak buat, buatlah. Takde masalah.

Ok, dalam fasa penggemukan (bukan long term breeding ye...) untuk kambing, aku perhatikan konsep pemakanan basah + kering memiliki prestasi yang lebih baik daripada basah + basah, atau kering + kering. Contoh makanan jenis basah ialah foraj segar, atau soya basah, atau pucuk barli (fodder solution anyone?), atau barli bru. Contoh makanan kering ialah konsentrat atau pelet atau dedak yang biasa kita beli tu, atau foraj kering, atau silage, atau fast track silage.

Basah + basah = underperforming growth rate promoter (foraj segar + soya basah, foraj segar + barli bru, dsb). Berat naik cepat juga, tapi tak secepat basah + kering.

Basah + kering = good performing growth rate promoter (foraj segar + dedak, soya basah + silage, pucuk barli + jerami padi, dsb)

Dan anehnya, aku rasa fast track silage sepertimana yang dibuat pak faisal ada very promising potential bila sampai bab menggemukkan kambing kita secara intensif, cara fidlot. Soya basah + fast track silage (or hybrid silage, or hybrid hay, or whatever it is), hmmm.... that combination can possibly be a real winner in terms of cost per unit of live weight gained... maybe..

Remember tuan tuan, aku percaya dengan teknologi silaj. Dan aplikasi silaj yang betul. Untuk jangkamasa panjang macam program pembiakan, maka foraj segar adalah yang terbaik. Tetapi untuk jangkamasa pendek macam penggemukan, silaj + EM especially fast track silage boleh diaplikasi tanpa masalah.

We might have a winner here...

*Tuan tuan, bila baca blog aku, memang kena perhati betul betul perkataan yang aku gunakan. Jangan baca laju sangat, nanti takut terbabas, jadi salah faham. Good luck!

Saturday, February 9, 2013

SILAGE : THE ARGUMENT CONTINUES, INDEFINITELY..


Watch my words! Watch my words! Always scan carefully my wording.

Permintaan mr serial kidnapper yang minta aku buat post pasal pembinaan kandang terpaksa aku tangguhkan. I just get stuck. My brain suddenly goes kaput, ekzos tak keluar asap, yeah the piston got jammed. So sorry man to disappoint you.

Ok, pak faisal ks pernah kata kat aku madah si pujangga Voltaire "Agree to disagree". Ada lagi kot perkataannya tapi ini je yang aku ingat. Maknanya kita bersetuju untuk berbeza pandangan. Dan sifat ini menggalakkan pemikiran kritis yang sangat sangat membantu scientific output sesebuah budaya.

Aku percaya dengan teknologi silaj.

Jangan ada orang salah faham pula. Maknanya aku menyokong teknologi silaj. Aku tak menentang, aku tak skeptikal, aku tak ragu ragu dengan teknologi silaj dan aplikasinya dalam makanan ternakan.

Cumanya aku nampak banyak kekeliruan dan salah aplikasi teknologi silaj. Banyak penternak yang terlepas pandang hakikat sebenar silaj sepertimana ramai yang terlepas pandang pasal rumput napier.

Ok teknologi silaj asalnya dicipta di kawasan yang banyak sisa pertanian. Macam sawah padi yang banyak jerami padi selepas padi dituai. Jerami padi ni poor quality roughage. Fiber terlalu tinggi, sukar dicernakan walau pun oleh ruminan yang berperut empat. Actually very poor quality, jauh berbeza dengan foraj segar.

Now jerami padi ni banyak kuantitinya. Sayanglah kalau dibakar begitu sahaja. Maka teknologi silaj + EM membantu dalam utilisasi sisa padi ni. Takdelah terbuang begitu sahaja. Silaj + EM ni membantu memecahkan fiber dalam jerami, membuatkan jerami padi lebih mudah dicerna. Increasing digestibility.

Silaj + EM upgrade jerami padi daripada very poor quality roughage kepada poor quality roughage, atau poor quality roughage kepada average quality roughage.

Tapi masih tak boleh lawan foraj segar dari segi kualiti.

Tuan tuan pembiak kambing, foraj segar adalah prime quality roughage. Makanan asasi ruminan daripada saat ia diciptakan sampailah hari kiamat. Telah terbukti dalam membiakkan keturunan ruminan ribuan tahun.

Foraj segar (dedaun dan rumput hijau) mengandungi enzim hidup, vitamin hidup, hormon hidup, dan tenaga hidup (life force) yang mampu menghidupkan ruminan dan membiakkannya. Bukan setakat menggemukkan.

Enzim vitamin hormon tenaga hidup ini akan degrade cepat dan finally destroyed sebaik sahaja foraj sahaja ini terlerai dari akarnya. Apalagi bila disimpan lama lama. Pasti dan pasti enzim hidup dan vitamin hidup akan termusnah bila diperam. Walau pun dicampur EM. Walau dicampur juga vitamin sintetik.

Aplikasi silaj daripada foraj segar (rumput dan dedaun) adalah quality downgrade, bukannya quality upgrade. Daripada prime quality roughage kepada high quality roughage atau biasanya average quality roughage.

Pembuatan silaj terbaik (yang paling teliti) daripada foraj segar hanya mampu mencapai taraf high quality. Dan pembuatan silaj oleh kebanyakan penternak hanya dapat taraf average quality.

It doesnt make sense! Kenapa nak tambah input kita hanya untuk downgrade kualiti makanan ternakan kita?. Ni dah salah tempat. Dah salah aplikasi. Dan ramai yang terlepas pandang.

Tuan tuan boleh rujuk banyak kajian mengenai nutritional value dalam silage. Kebanyakannya akan merumuskan energy, protein, fat at the same level before silaging atau pada tahap yang rendah sedikit, tetapi tahap aktiviti enzim dan vitamin didapati berkurang drastik.

Dan seorang penyelidik silaj dari sebuah institusi penyelidikan telah memberitahu aku akan hakikat ini. Tapi yang peliknya hakikat ini tidak pula diberitahu kepada orang ramai yang menghadiri kursus pembuatan silaj. Hakikat yang tersembunyi bahawa silaj foraj terbaik hanya mampu menyamai kualiti foraj segar, dan kebanyakan silaj foraj hanya downgrade kualiti. Terlepas pandang lagi ke?

Tuan tuan pembiak kambing yang dimuliakan,

Sekali lagi jangan salah faham apa yang aku cuba sampaikan. Perhatikan betul betul sumber apa yang kita gunakan untuk silaj kita. Bagi aku :

Silaj + EM untuk jerami padi? Its awesome!!! Terbaik!!!
Silaj + EM untuk batang jagung? Its fine.
Silaj + EM untuk pelepah sawit? Its ok.
Silaj + EM untuk rumput segar? Wait a minute... its a downgrade man!
Silaj + EM untuk dedaun segar? Why on Earth we want to do that!!!

Aplikasi silaj biarlah kena pada tempatnya. It should be UPGRADE. It should not be DOWNGRADE. Melainkan bagi mereka yang nak buat emergency feed, atau setakat short term feeding.

ROUGHAGE:

PRIME QUALITY---> HIGH QUALITY---> AVERAGE QUALITY---> POOR QUALITY---> VERY POOR QUALITY.

Mana satu yang kita pilih?