Pelik
kan?
Sistem
ekstensif di mana kambing bebas meragut sesuka hati sepanjang masa
menghasilkan output yang rendah. Sumber bukan main banyak, kerja
senang tetapi hasil mengecewakan. Kadar kelahiran rendah, mortaliti
terlalu tinggi, kenaikan berat badan tidak memuaskan, susu tak cukup
cukup, dan macam macam penyakit.
Manakala
sistem semi intensif (gembala sepenuh masa) dan sistem intensif
(makan tanggung) menghasilkan output yang tinggi walau pun sumber
terhad - masa gembala yang terhad atau jumlah makanan yang terhad
diberi kepada kambing.
Mmm,
tak pelik kalau kita merujuk kepada Alquran. Tuhan dah cakap kan,
kita kena tundukkan dulu binatang yang kita nak ternak, baru dia jadi
jinak, baru dia perform sebagai ternakan. Dan ada dua cara utama
bagaimana kita menundukkan kambing kita - gembala dan tongkatnya
(sila perhatikan yang aku tak cakap gembala sahaja, tetapi gembala
dan tongkatnya), atau pemberian makanan (rumput, dedak, susu, garam)
secara konsisten - sistem intensif lah.
Baru
baru ini sahaja sains membuat penemuan yang 'validate' atau
mengesahkan apa yang Tuhan telah sebut dalam kitab suci kita, yakni
kewujudan domestication genes in selected species. Dan
domestication genes membolehkan kita menundukkan haiwan
sebagai ternakan menurut kemahuan kita. Tak kisahlah untuk susu ke,
daging ke, bulu ke, apa apa sekali pun janji kita kita kena tundukkan
dulu, aktifkan dulu domestication genes ni.
Dengan
gembala dan tongkatnya, atau beri makanan secara konsisten.
Dua
dua kaedah ini pasti berhasil meninggikan output.
Adakah
kadar kelahiran akan meningkat? Yes.
Adakah
kadar kenaikan berat akan meningkat? Yes.
Adakah
mortaliti akan menurun? Yes.
Adakah
penyakit berkurangan? Yes.
Bukan
aku seronok seronok cakap yes. Tapi Tuhan sendiri dah kata kan?
Sememangnya haiwan yang telah diselitkan domestication genes akan
memiliki prestasi lebih baik bila ada campurtangan manusia. Jauh
lebih baik daripada yang dibiarkan feral, tidak bertuan, cari makan
sendiri sekali pun sumber makanan luas terbentang.
Maka
ambillah pengajaran, tundukkan dulu ternakan kita. Jadikan dia
sebagai betul betul ternakan, barulah expect hasil yang memuaskan.
Jangan buat sistem ekstensif, pilihlah samada semi intensif atau pun
intensif. Guarantee berhasil, output lebih baik.
Now,
itu satu bab, intro err... sambungan yang semalam. Aku nak bawa tuan
tuan yang dihormati sekalian kepada suatu konsep yang terhasil bila
Tuhan suruh kita tundukkan ternakan kita.Perkataan tunduk itu memberi
makna :
Master
- servant relationship.
Tuhan
suruh kita jadi master manakala ternakan kita jadi servant. Kena
faham baik baik ni, nak ternakan berprestasi tinggi - kena tundukkan
- kita kena jadi master. Kambing mesti kenal siapa tuan, siapa
servant, mana hirarki dia bila tuannya ada bersama dia.
Jangan jadi servant - master relationship. Terbalik pula. Memang boleh jadi. Binatang peliharaan. Binatang kesayangan. Pet.
Kita
jadi servant, binatang tu pulak jadi master. Ye lah kita basuhkan
berak dia, belai belai dia, mandikan dia bersyampu bagai, kasi makan
special special - kan jadi master dia? Semua pet macam tu lah. Dia
tuan, kita hamba haha.
Bila
master - servant relationship terbalik jadi servant - master, memang
confirm jadi high input. Ada yang sampai ke tahap extremely high
input. So beware tuan tuan pembiak kambing.
Bila
kita nak membiak ternakan, pastikan master-servant relationship
terpelihara. Dan sistem gembala dengan tongkat berjaya memelihara
keseimbangan ni. Ia memastikan hubungan kita dengan ternakan tak
terbabas jadi servant-master. Dah terbukti ribuan tahun. Ternakan low
input kepada high output.
Manakala
pemberian makanan secara konsisten, walaupun menundukkan ternakan,
tapi dalam masa yang sama, kita boleh dan senang terbabas. Apalagi
kita guna botol susu dan selalu belai belai. Takut bertukar daripada
ternakan jadi pet. Terus jadi high input.
High
input high output takpe lagi kan? Kalau very high input tapi output
macam tu juga? Demam kita dibuatnya wehh..
Maka
tuan tuan pembiak yang dimuliakan, bila kita nak berjaya sebagai
pembiak, kita jadikan alquran dan sunnah sebagai landasan. Dan bahan
renungan. Maka kita nampak dengan mata hati. Sains pun ketinggalan
jauh dalam bab mencari sebab musabab ayat Tuhan dan sunnah Nabi ni.
Cerita dah ribu ribu tahun dulu, baru sekarang sains terkial kial
tahu dan mengesahkan. Oklah tuan tuan..
Master-servant..
Learn
to be the master..
Gunalah
tongkat gembala..
Marilah
kita bersama sama memburu rahsia tongkat gembala!
Salam.
maklumat yang sangat berguna kepada penternak yang hendak berjaya
ReplyDeleteterima kasih. sama sama kita kongsi ilmu.
DeleteSalam, Alwi, sekarang ni aku cuba cara baru. Ibu kambing bersama anak2nya yang baru lahir aku campur ramai2 satu partition besar. Setakat ni ok. Tapi dari sudut pandangan ko macam mana? Tq
ReplyDeleteas long as the kids are adequately fed, then it is fine.
Deleteaku buat cara gini..ini idea pekerja aku gak..
Deletebila anak dan ibu masuk kumpulan besar, anak tu sebenarnya bleh kluar sebab depa tu kecik..
jadi senang bagi dedak..rumput ka..bila kita buka tong palet, semua anak kecik serbu kluar..
cuma agak yang baru join dia tak reti lagi..kena ajar skit la..atau dia tengok kawan kawan dia pakat serbu, dia dalam dua tiga hari pandai la..
cara nurternak ni boleh juga.. anak ada access to ad libitum feeding, tapi tikus malam malam mesti rosakkan dedak lebih lebih tu kan?
DeleteJd la macam pkcik aku.kmbing pg makan ikut suke.mmg btul ssh nk biak.
ReplyDeletememang susah nak biak kalau kambing tak masuk master - servant relationship. Betul betul..
Deletealangkah indahnya kalo dapat lepak bawah pokok, tengok kambing meragut, tengok anak loncat-loncat, yang jantan berlaga. rasa tenang, lebih tenang dari tengok ikan dalam air. hehehe
ReplyDeleteItu kalau kambing dah kenyang makan. Kalau kelaparan, mak aih kelam kabut hahaha.. not really a pretty sight hehe
DeleteSalam tuan Alwi,
ReplyDeleteinfo yang amat bagus.
sorry to say this. manusia pun sama.
didik anak, last jadi mat rempit, bohsia, bohjan, hisap dadah..
sebab kita bukan didik..kita 'bela' je, bagi makan, minum tapi tak ajar budaya/adab/ajaran ugama..sekali sekala kena rotan juga anak kita..
serupa juga purpose kita bela (baca 'didik') binatang, supaya hasilnya tinggi..kita buang taik dia, bagi makan, minum supaya dia sihat..kalau tak sihat, kita bagi ubat..kalau tak perform jugak, kita sembelih je ..
sy dah start rotan kambing sy.
DeleteAlwi, mcm mana cara nak 'didik' kambing?
Boleh share secara terperinci tak?
Jadi macam cikgu disiplin. Cikgu lelaki. Hehehe
Deletealwi. dah patut bukak kelas ke buat buku ke pasal kambing la. kadang2 aku rasa tulisan hang ni out of the box. terima kasih ye kongsi ilmu2 macam ni
ReplyDelete