"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, January 20, 2013

JANGAN BELI KAMBING EKSTENSIF!!!


Ini adalah untuk mereka yang nak membiak kambing pedaging. Always keep in mind this statement.

Menurut takrifan aku yang berbeza dari buku buku ternakan, sistem ekstensif adalah ladang kambing di mana kambing dibiar bebas meragut dari pagi sampai pagi balik. Tanpa gembala. Maknanya 24 jam buka pintu kandang, suka hatilah kambing tu nak balik ke idak. Tuan punya kandang akan check bila dah lewat petang, kalau tak cukup bilangan kambing, baru kelam kabut cari. Biasanya tak guna makanan tambahan - takde dedak, takde rumput extra.

Sistem ekstensif adalah sistem super low input, betul betul cincai, betul betul kampung style.

Dan outputnya rendah, tidak boleh mencapai tahap high output, high performance.

Manakala sistem semi intensif adalah sistem kambing dilepaskan meragut dengan gembala sepenuh masa. Digembala dari mula lepas hingga balik ke kandang. Sebaik baiknya gembala dengan tongkat. Maknanya masa ragutan adalah terhad, bergantung kepada keupayaan si gembala.

Dan sistem semi intensif adalah sistem low input, dan high output. It represent the highest chances of success for any breeding program.

Bagi sistem intensif, kambing dikurung dalam kandang, diberi makan sepenuhnya. Tiada gembala diperlukan. Sistem yang popular sekarang ini. High input, and high output. High chance of success for any breeding program, kalau larat cari rumput dan tinggi ilmu bab nutrition kambing.

Eh awi, ko ni biar betul? Nampak macam ko ni anti sistem intensif dari awal blog sampai sekarang? Bukan ke ko ni staunch traditionalist?

Tuan tuan,

Untuk mereka yang nak betul betul membiak kambing pedaging, yang nak buat full time, yang nak betul betul menjadi usahawan, yang nak expect reasonable income, yang nak high output dan yang nak extract high performance dari kambingnya - maka ada dua sistem yang aku cenderung, no.. yang aku sokong - sistem semi intensif dan sistem intensif.

Semi and fully intensive represent higher chance of success in breeding effort, and semi intensive has the highest chances of success.

Aku langsung tidak recommend sistem super low input, dan ianya berbeza dari amalan aku, yakni low input husbandry. Hati hati tuan tuan, jangan salah faham apa yang aku cuba sampaikan. Aku buat low input husbandry, aku tak buat super low input husbandry. Aku tidak obses menurunkan kos. Aku bukan 24 jam asyik fikir bagaimana nak merendahkan kos.

Yang aku selalu fikir adalah bagaimana meningkatkan kualiti dan kecekapan. Aku tak kisah sangat kalau kos aku naik, selagi aku tidak masuk zon hukum pulangan berkurangan.

Ini kepercayaan aku. Dan aku nak sampaikan, pasal aku nampak banyak confusion.

Tuan tuan pembiak,

Ada satu benda kita mesti tahu, pasal ianya disebut dalam alquran. Tuhan suruh kita perhatikan bagaimana dia memudahkan kita mendapat manfaat daripada haiwan ternakan bila Dia menundukkan haiwan tersebut untuk kita.

MENUNDUK. Kena baca ayat tersebut berulang kali, fikir dalam dalam, kena tenggelam, kena lemaskan diri dalam makna ayat tersebut. Barulah terbuka hijab, baru datang enlightenment, baru datang 'eureka moment', baru kita bermandikan cahaya kefahaman. Barulah kita nampak kehebatan dan kebesaran Tuhan. Kita memandang dengan mata hati, bukan lagi kita memandang dengan mata kasar.

Baiklah, bila Tuhan kata Dia tundukkan, dan berdasarkan ilmu genetik baru baru ini yang menemui kewujudan domestication genes dalam haiwan haiwan tertentu - ternakan akan tunduk bila ada campurtangan manusia. Lebih banyak campur tangan, lebih tunduk ia. Dan ia diwariskan kepada keturunannya.

Tuhan dah selitkan domestication genes dalam haiwan haiwan tertentu yang memudahkan manusia menunduk dan mendapat manfaat daripada haiwan tersebut. Syarat domestication genes untuk diaktifkan, mestilah ada campur tangan manusia.

Ada sesiapa yang dah mula nampak? dan implikasinya?

Ok. Kita teruskan. Untuk establish penundukan, ada dua cara utama campurtangan - makanan(rumput, dedak, susu) ATAU gembala dan tongkatnya. Kedua dua cara ini akan berhasil mengaktifkan domestication genes, baru kambing tu jadi jinak, baru kambing tu tunduk kat kita, baru lah kambing tu perform.

PERFORM! PERFORM! PERFORM!

Tak tunduk, tak perform.
Tunduk, baru perform.

Nampak tak ni? Pasal tu aku tidak menyokong sistem ekstensif kerana ketiadaan gembala atau ketiadaan makanan tambahan menyebabkan tiada elemen penundukan. Tuhan dah katakan, ternakan-ditundukkan. Makanya kalau kita tak tundukkan, tak jadilah ternakan namanya.

Jadi liarlah dia, jadi feral. Jadi tak bertuan, gagal mengenal tuannya, gagal untuk perform sebagaimana yang kita mahu.

Kambing yang tidak masuk master - servant relationship, akan gagal berfungsi sebagai ternakan. Dia akan berfungsi sebagai kambing, tetapi akan menghampakan kita kalau nak dijadikan ternakan. Tertonggeng tonggeng kita dibuatnya, memang boleh menangis. Massively disappointing. Get it?

Degil tak makan saman, bila makan tak nak bersama kumpulan, terpisah pisah, kejap lari sana lari sini, langsung tak takut tuannya. Mampuih kita..

Maka tuan tuan pembiak, sebaik baiknya untuk program pembiakan, jangan beli kambing untuk dijadikan induk dari ladang ladang yang mengamalkan sistem ekstensif. Menangis kita dibuatnya nanti. Jangan terpedaya dengan super low input yang diamalkan, kena tengok dalam dalam sikit. Jangan terpedaya dengan harga murah murah yang ditawarkan kerana sistem super low input memang mampu jual kambing murah murah.

Sebagai pembiak kambing yang nak berjaya, kita nak kambing yang akan perform. Untuk itu kambing tersebut mestilah yang dah disekolahkan, yang dah tunduk, yang dah faham siapa master siapa servant. Dan gembala beserta tongkatnya adalah cara yang terbukti berkesan selama ribuan tahun, dari kali pertama kambing ditundukkan semasa Qabil dan Habil, merentas zaman para anbiya', hinggalah sekarang.

Gembala beserta tongkatnya akan berjaya maintain equilibrium master - servant relationship sampai bila bila, kerana ia telah pun dinyatakan oleh Tuhan. Dan Tuhan itu Maha Benar.

*Tuhan tidak selitkan domestication genes dalam kebanyakan haiwan yang diciptakannya, hanyalah haiwan haiwan tertentu yang sangat sedikit bilangan spesisnya. Sebab itu banyak percubaan manusia untuk menundukkan hidupan liar (membiakkan) macam panda sangat sukar. Banyak haiwan liar susah nak tunduk kepada manusia, and they will underperform kalau di bawah jagaan manusia. Tetapi bila dibiarkan ke habitat dan cara asalnya, haiwan liar ini akan perform, breed, macam biasa.

*Ternakan mesti ditundukkan. WAJIB ditundukkan, baru akan perform untuk kita. Kambing dan lembu sebenarnya underperform dalam keadaan liar, tetapi akan high performance bila ada campurtangan manusia.

Alquran. Kita mesti gali kehebatan dan keajaiban ayat ayat Tuhan, dan keunggulan sunnah rasulullah. Kita mesti tegakkan kembali panji kebenaran yang ditinggalkan Rasullulah. Terlalu lama kita biarkan panji kebenaran itu bersalut dengan kepalsuan demi kepalsuan.

Telah tiba masanya...

7 comments:

  1. Terima kasih Alwi!

    Walaupun tiada statement kata post ini untuk aku, tapi, aku cukup gembira, sekurang - kurangnya rakan-2 ternak lain tidak mengulangi lagi KESILAPAN besar ini.

    Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rilek rilek..

      Takpe kita buat silap awal awal masa tengah kecik lagi. Senang nak betulkan.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Wrmbth, Itu dia. Betullah apa yang disangka selama ini. Hehe, jawapan kenapa tuan lama kambing aku jual kambing sebab anak seekor setiap kelahiran.

    Tuan lama lepas tak mengembala. Setelah jatuh ketangan aku, kambing2 tu majoriti beranak kembar.

    Jauhari juga mengenal manikam. Wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhari juga mengenal manikam? Kurang fahamlah..

      Delete
    2. aku biasa tengok cina bela jamnapari secara intensif..beranak kalau tak tiga ekor, mesti dua ekor..

      cuma, aku lihat, pekerja dia memang ramai..dari Indonesia, bangla..cina ada sorang dua saja..ubat pun banyak

      harga anak memang mahal..baka la katakan

      high input, high output

      aku biasa tanya, dulu bela boer, ok ka..depa stop bela boer, kata tak untung..aku tak plak tanya apsal..aku agak kes tak beranak banyak la kot

      cuma aku tak berani beli dari ladang depa ni..memang nampak elok, dengar cerita, kalau kita bela, tentu mati atau jadi tak elok..

      Delete
  3. walaupun pahit utk ditelan tp itulah realitinya..aku pun kna ubah style mntrnak lpas ni kne ada gembala.mmg bila pikir kos upah pkerja utk gembala bleh tngkatkn kos operasi tp bila fikir blik pulangan n ROI rsa berbalui dgn apa yg dibelnjakan..InsyaAllah dlm proses mngupah n mncari pengembala lpas ni..:-)

    ReplyDelete