Aneh.
Salah
satu cabang bawah dia ialah complexity theory. Dan post ini aku
tujukan kepada pakar pakar pembiakan yang bertaraf doktor falsafah.
Untuk dinilai dan dibuat model penilaian yang sesuai. Barangkali
logaritma yang digunakan lebih kompleks daripada logaritma untuk
expected progeny differences. Biar hangpa doktor doktor pakar ni yang
pening. Lagi pun hangpa ni dah biasa serabut serabut kepala.
Ok
ceritanya macam ini. Cerita ikan sardin untuk dijadikan renungan.
Dalam tahun 1930an tangkapan ikan sardin di California, Amerika
Syarikat mencecah 500,000 tan setiap tahun. Tetapi 1950an dan 60an
menyaksikan kejatuhan dramatik tangkapan ikan sardin, cuma 5,000 tan
setiap tahun.
Daripada
500,000 tan per tahun kepada 5,000 tan per tahun.
Total
collapse. Malapetaka.
Pakar
pakar ikan semuanya terlopong. Sebab sebab yang diutarakan ialah
overfishing, dan perubahan persekitaran (corak angin, suhu permukaan
laut). Tetapi tiada siapa yang dapat membuktikan dengan tepat sebab
sebenarnya.
Jadi
untuk mengelakkan malapetaka berulang, maka kerajaan negeri
California mula mengawas dan merekod data data tangkapan dan
pembiakan ikan sardin. Selama 50 tahun. (Observe and record,
extensively and very long term - bila kita nak buat macam ni? South
Africa lebih 30 tahun nak bangunkan baka boer. Banyak pemerhatian
dibuat dan data dikumpulkan. Kita pun kenalah lalu jalan yang serupa,
ramai ramai observe dan simpan rekod, baru boleh bergerak ke arah
penambahbaikan industri).
George
Sugihara, seorang mathematician dan theoretical ecologist telah
mengkaji data data yang terkumpul selama 50 tahun tersebut.
Kesimpulannya sangat mengejutkan. Dia mengatakan berdasarkan teori
kompleksiti, kejatuhan dramatik populasi sardin bukan disebabkan
overfishing. Bukan juga disebabkan perubahan cuaca.
Get
this straight. Perhatikan betul betul.
Overfishing?
Bukan
Perubahan
cuaca? Bukan
Tetapi
ianya disebabkan oleh amalan nelayan melepaskan ikan sardin yang
kecil, dan cuma menangkap atau membawa pulang ikan sardin yang besar.
Pulak
dah.. Bukan ke selama ini kita dinasihatkan bila memancing, cuma
tangkap yang besar besar? Yang kecik kecik disuruh kita lepaskan
kembali ke dalam air? Beri peluang ia membesar? Kan nampak logik?
Tetapi
menurut Sugihara, amalan tersebut (tangkap yang tua, lepaskan yang
kecik) boleh membawa kepada population boom and population bust.
Boleh meledak dan boleh jatuh mendadak walau sumber makanan untuk
ikan sardin mencukupi.
Sebaliknya
Sugihara menyarankan agar nelayan nelayan tangkap sardin yang belum
cukup matang dan melepaskan sardin matang kembali ke dalam laut.
Katanya ini membenarkan populasi sardin yang stabil. Salah satu
sebabnya ikan sardin yang matang (tua) ada lemak badan yang mencukupi
jika ada sebarang krisis makanan, jadi membolehkan ia terus membiak
menghasilkan anak anak sardin.
Bayangkan
sebuah akuarium besar yang cuma mengandungi seekor ikan besar. Bila
kita tak bagi cukup makanan, ikan besar itu akan kurus dan kurus. Dia
susah nak mati. Jadi populasi stabil. Sekarang cuba bayangkan
akuarium besar tu ada beribu ribu ekor ikan kecik kecik. Kalau
makanan tak cukup, berderet deret akan mati. Kadang kadang makanan
cukup pun boleh banyak juga yang mati atas pelbagai sebab. Jadi
populasi tak stabil.
Yang
penting di sini bagi Sugihara, untuk menghasilkan populasi yang
stabil dan sentiasa produktif, sardin tua perlu dibiarkan hidup.
Jangan dikorbankan.
Kalau
yang muda muda dibiarkan, populasi sardin samada boleh explode
(meletup keluar) atau implode (meletup kedalam). Boom or collapse.
Dan itu tak stabil.
Dan
cerita sardin ini membawa aku kepada kambing. Berdasarkan pengalaman
aku, ada kemungkinan benar teori complexity sugihara ni. Masa aku
mula mula bela kambing dulu, aku terbeli betina betina tua terlebih
matang. Kurus dan sakit. Tapi sekejap je nak repair dan pulih
kembali. Dan masa itu kadar kelahiran aku tak tinggi. Biasa je. Tapi
stabil lah.
Dan
bila kambing mula beranak pinak, maknanya banyak induk muda muda yang
masuk production. Dan kadar kelahiran kambing aku pun naik dan terus
naik. Bila makin banyak yang masuk tempoh puncak, lagi boom, lagi
tinggi kadar kelahiran.
Malangnya,
sampai suatu ketika, 2012, kadar kelahiran yang tinggi ini tidak
seiring dengan keupayaan aku untuk menerimanya. It collapse. Banyak
mati. Jadi kita kena seimbang sebenarnya. Kena ada 'core' yang dah
tua, 'season', betul betul matang. It help to stabilise the
population and thus our harvest. Kalau banyak sangat yang muda muda,
nanti dia boom boom, kita pula yang collapse jatuh terduduk.
Melainkan
kita ada kapasiti. Kandang kita cukup ruang, makanan pun cukup, dan
pengurusan pun bagus. Barulah kita bersedia menerima population
explosion.
Well,
itu lah pandangan aku berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku
untuk 2012. Pasal tu aku kurangkan bilangan induk, dan banyak jual
yang muda muda dara dara. Biar diorang boom boom kat kandang
penternak lain yang masih kosong. Takpa. Tak jadi masalah.
Kalau
boom boom kat ladang aku, takut infra dan carrying capacity kawasan
ragut aku tak cukup, jadi masalah banyak mati pula. Langsung tak
efisien.
By
the way, I can be completely wrong on this. Pasal tu aku minta doktor
doktor pakar pakar pembiakan kambing ni buat kajian lanjut. Khas di
bawah zon cuaca kita. Boleh pakai ke idak chaos theory ni di tempat
kita?
Salam.
Assalamualaikum wt.
ReplyDeleteAlwi, selalu ada gambar, mana semua gambar tu? Kasi masuk la dalam post.
Sy suka tgk gambar-sambil-baca-post.
Oh? Next post ada gambar.
DeleteAku setuju!
ReplyDeleteSebab ko dah perhati, aku belum. Jadi aku setujulah!
Salam.
I can be completely wrong..
Deleteden heran sbnarnya,bila msa la ko gi mndpatkn mklumat ttg kajian2 ni sbnrnya.den baca journal cket pun mcm nk pitam.hehe..Chaos Theory ni lbih kpd kseimbangan antra tua dan muda laa.den rasa Alex Ferguson gna teori nila sbb tu pmain veteran Man united mcm Paul Scholes dan Ryan Giggs ttp dikekalkn dlm skuad dia.hehe..
ReplyDeleteagak2 brapa peratus induk tua dan muda dlm kndg prof?
Ye lah kot. Pasal tu MU mantap lagi. Chelsea yang bengong, sibuk nak tendang keluar semua yang tua tua padahal peak performer.
Deletepercentage induk tua dan muda? Haa boleh buat post juga tu, nanti nanti..
Yang muda dikasihi. Yg tua disayangi. Itukan dah nama kehidupan. Tuhan cipta dah cukup sempurna.
ReplyDeleteKita jer tukang perosak.
Yang tua tua adalah sumber kebijaksanaan. They passed the wisdom, so society is much more stable
ReplyDelete