"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, January 8, 2013

BERANIKAN DIRI KITA!

Aku biak kambing sahaja. Takdak ayam, lembu, atau ikan. 
Gembala.

Takde integrasi. Tak bergantung pada susu. Tak mengharap pada tinja.

Aku pure livestock breeder. Trading takde, import pun takde.

Rumput pun aku tak tanam. Mesin chopper pun takdak. 

Memang cara kampung. Unimpressive. Low tech. Low input. 

Aku survive. Dan bukan setakat survive, aku juga makmur. Alhamdulillah.

Siapa kata breeding tak boleh buat? Kenapa kata usaha pembiakan mustahil berjaya? Adakah memerlukan modal juta juta baru kata ada chance untuk berjaya?

Kita kena berani, berani untuk terjun, berani untuk melawan arus, berani menghadapi saat saat lemas.

Akan ada yang lemas, tapi akan ada juga yang dapat memijak seberang.

Dan yang lemas tak akan mati, belum game over. Boleh bangkit dan berusaha sekali lagi.

Yang penting kena percaya pada kemampuan diri sendiri. Tak percaya diri sendiri, jangan terjun ke dalam usaha perniagaan. Duduklah kat opis elok elok. Kerja dengan orang lain. Bawah boss. Bawah big boss. 

Dan big boss percaya pada kemampuan diri sendiri. Self belief. Visionary. 

Big boss berani terjun, berani melawan arus, berani untuk lemas, berani untuk gagal.

Berani. Maka beranikanlah diri kita.

Walau kita kecil seperti semut sekali pun.

Dunia milik orang yang berani. 










15 comments:

  1. Dare to fail..den yakin dgn bidang pntrnakan ni ada masa depan yang cerah prof.dan mlas nak layan sgt dgn knyataan yg brtjuan mlemahkan motivasi.yg pnting tau fokus dan matlmat pntrnkan dan berusaha sebaik mgkin mncapai matlamat itu..dah set masa 2 tahun(or mgkin kurang) utk mnjadi full time breeder,balik kmpung bela kambing.hehe..mengembala bersama kuda smbil baca nota ilmu pntrnkan..perghh..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I would say 5 years is the norm for any new business to stabilize. Organic growth. Slow climb but the return will be much more stable.

      Rapid climbing has much greater risk to slip. Hard landing.

      Go slow.

      This is contrarian advice. You may ignore.

      Delete
  2. Keadaan kita tak sama. Insyaallah, semua mungkin

    ReplyDelete
  3. Kita hanya punya cangkul tanpa kabota
    membanting keringt tanpa petrol
    berjelaga terik siang
    Namun hala kita ttp sama
    Menyambung generasi ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghh...mmg hbat kata2 bro hafiszal..:-)

      Delete
    2. Macam Sasterawan Negara bro hafiszal kita ni. Cayalah!

      Delete
    3. Mane ade.dulu msa sek kn ade subjek ajar puisi.takde plk subjek bela membela ni.ptt ade kn.hehe

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam Alwi.

    Aku set target 2 tahun utk full time.

    Doakan kami.

    Teruskan Usaha.

    Tahun 2013 ; Tahun Kejayaan.

    ReplyDelete
  6. Good luck semua... moga kita terus tabahkan hati.. tambahkan ilmu..teruskan usaha untuk berjaya lagi.. yakinlah.. siapa yang berusaha dia pasti akan mendapat hasilnya... banyakkan berdoa juga

    ReplyDelete
  7. Kata-kata yg menaikkan semangat dari Otai-Otai sekelian..
    semoga semua mencapai apa yg di hajati..

    ReplyDelete
  8. Kata-kata yg menaikkan semangat dari Otai-Otai sekelian..
    semoga semua mencapai apa yg di hajati..

    ReplyDelete
  9. Remarkable issues here. I'm very happy to peer your post. Thanks a lot and I am looking forward to contact you. Will you please drop me a e-mail?

    my web-site; new cellulite treatment

    ReplyDelete
  10. rosacea specialist Cave Junction

    Take a look at my web site - Cranford rosacea specialist

    ReplyDelete