Post
kali ini barangkali tidak akan menjadi post yang paling popular,
tetapi akan menjadi post paling penting yang pernah aku tulis.
Mungkin aku akan hilang banyak kawan selepas ini, dan memiliki lebih
ramai musuh musuh, tetapi aku tetap akan menyampaikan apa yang telah
lama aku simpan.
Menternak
kambing memang sunnah para nabi. Tetapi ramai yang tidak tahu
bahawasanya semua nabi adalah pembiak kambing. Takde yang jadi
importer. Dan semua nabi membiak kambing dengan cara mengembala. Dan
semua nabi mengembala dengan tongkat.
Adakah
tuan tuan nampak dengan jelas?
Para
anbiya' adalah penternak kambing.
Dan
mereka adalah pembiak kambing.
Sesungguhnya
mereka membiak dengan cara mengembala.
Dan
mereka mengembala dengan membawa tongkat gembala.
Banyak
antara rakan penternak aku, dan pegawai veterinar tidak percaya aku
boleh survive sebagai pembiak dengan 100 induk kambing sahaja. Mereka
tak percaya aku boleh hidup dengan kambing 300 ekor sahaja. Apalagi
nak percaya dengan income level yang aku nyatakan dalam post sebelum
ini.
Mustahil,
impossible.
Dah
la membiak 100 peratus, takde buat trading dan importing, tak
mengharap susu dan tinja, takde downstream processing (contohnya
daging beku atau masak masak untuk aqiqah dan korban), takde bantuan
khas kerajaan.
Income
aku betul betul dari livestock breeding sahaja. Jalan penternakan
yang paling sukar dan nampak mustahil.
Tetapi
tuan tuan pembiak yang dimuliakan,
Sesungguhnya
mereka yang tidak percaya dengan aku semuanya tidak betul betul
mengikut sunnah para nabi. Mereka tidak mengembala sepenuh hati, dan
kalau mereka mengembala mereka tidak membawa tongkat.
Mereka
tahu menternak kambing itu sunnah, tetapi mereka mengambil sunnah itu
separuh separuh. Mereka tidak memahami sepenuhnya konsep dan cara
hidup para nabi sebagai pembiak kambing. Mereka tidak berhenti
sekejap dan tidak mengambil masa untuk merenung sedalam dalamnya cara
nabi nabi bila menternak kambing.
Tuan
tuan,
Jalan
nabi adalah jalan yang lurus.
Jalan
nabi adalah jalan yang pasti dan pasti beroleh kejayaan.
Jalan
nabi adalah jalan yang dijanjikan Tuhan akan berakhir dengan
kemenangan.
Dan
janji Tuhan, janji nabi adalah janji yang benar sebenar benarnya.
Kenapa
kita tak nampak nampak? Kenapa kita teragak agak? Kenapa kita percaya
separuh hati sahaja? Kenapa kita tidak yakin sepenuhnya pada
junjungan kita sendiri?
Dan
ada kalangan kita yang berani mengatakan cara nabi dengan gembala dan
tongkatnya adalah cara lapuk, cara yang ketinggalan, cara yang tidak
nampak gah, cara yang tidak nampak komersilnya, cara yang tidak
mengkagumkan, cara yang memalukan untuk diketengahkan ke peringkat
lebih tinggi, cara yang tidak layak diikuti.
Dan
kenyataan ini datangnya daripada mereka mereka yang mengaku dirinya
Islam, yang mengaku dirinya di belakang bendera para nabi.
Sebab
itu kita gagal dan gagal. Berterusan gagal.
Kita
tidak mahu melangkah menurut langkah Nabi. Kita cuma mengikut derap
langkah yang pertama, kemudian kita lari keluar dari barisan,
berterabur mengikut jalan masing masing. Kita ingat kita boleh, rupa
rupanya jalan yang kita pilih berpusing pusing memeningkan kepala.
Tuan
tuan sekalian,
Dalam
kitab suci kita, telah disebut perkataan pengembala dan tongkat
gembala. Bila ianya disebut dalam kalam Allah, maka ianya pastilah
benda yang besar, benda yang sangat besar maknanya. Alangkah baiknya
kalau kita mengambil masa untuk berfikir sebentar dan merenung
sedalam dalamnya.
Pasti
banyak rahsia yang akan terbongkar, akan terbuka hijab, dan akan
tenggelam kita dalam keseronokan 'enlightenment', bilamana kita
dapat meresapi ke dalam jiwa kita akan hikmah hikmah, yang tersurat
dan yang tersirat dari ayat ayam kalam Allah.
Tatkala
ramai penternak dan pegawai riuh rendah hingar bingar terperangkap
dalam kotak kekeliruan, sibuk mencari dan mereka reka jalan keluar
dari kotak tersebut, alkisah sang gembala dan tongkatnya telah
berjaya menemui tali kebenaran dan memanjat keluar dari kotak
kekeliruan yang penuh dengan kebisingan itu.
Sang
gembala dan tongkatnya memanjat keluar senyap senyap.
Dan
bilamana sang gembala dan tongkatnya melihat hiruk pikuk dalam kotak
kekeliruan di bawahnya, maka sang gembala dan tongkatnya berbisik
dalam hati “Alangkah baiknya sekiranya saudara saudaraku dapat diam
sebentar, duduk berteleku dan melihat dinding kotak itu. Nabi telah
pun menghulurkan tali kebenaran pada dinding itu. Cuma tinggal
dipegang kejap kejap kuat kuat diikuti. Pasti akan berhasil menemui
jalan keluar.”
Dan
sang gembala dan tongkatnya sedang melalui pengembaraan baru yang
menakjubkan, setelah bebas dari kotak penjara kekeliruan.
“Jalan
Nabi adalah jalan kebenaran yang akan menuju kemenangan!”
Setakat
mana yakin kita?
salam prof.. mendalam maknanya artikel ni. cara yang para Nabi tunjuk ada hikmahnya, ada tersurat dan tersiratnya. terserah kepada diri kita untuk menilai. jika kita ikut jalan Nabi, kita mengikut jalan yang benar, straight to the finishing line.
ReplyDeleteReady, get set... Go!!
DeleteAssalamu'alaikum Wrmbth, aku setuju part mengembala. Semua nabi adalah penggembala kambing. Bahagian pembiak tu takdela. Haha
ReplyDeleteIkut apa yang tahu setakat ni, Nabi Ibrahim betul2 pengembala dan pembiak. Nabi lain tak disebut dengan jelas. Mungkin aku kena teruskan membaca dan bertanya ahli2 sejarah islam.
Dengan tongkat gembala kambing aku, dah banyak kambing degil kena Hikmat Tongkat Kambing :)
Hari ini 21 jan 2013 jam 15 petang di Radio IKIM fm slot IBRAH oleh ustaz shaari, mengatakan dengan jelas jawapannya. Semua nabi adalah penggembala kambing. Penggembala tak sama dengan penternak.
DeleteItulah apa yang diterangkannya.
Pengembala memang tak sama penternak, ingat lagi hadis yang ko mention dulu? Nabi kata pengembala kambing, nabi tak kata penternak kambing.
DeleteCuma dalam ayat artikel ko ni ada satu ayat sebut nabi adalah pembiak kambing. Takut orang salah faham pula. Banyak salah faham dah. Blog ko ni ramai orang baca, takut2 ramai yang salah faham. :)
Deletegembala dapat bentuk kita jadi sabar.fuh.yeke?slalu hilang sabar.trpaksa guna kekerasan.kat situ boleh bljar membentuk akhlak kambing bg dgr ckp.ade sebab ke smua nabi dlahirkan mengembala kambing bukan lembu?
ReplyDeleteNabi pun ada guna kekerasan bila memimpin ummah. Baginda training masa kecik lagi, masa jadi gembala kambing. Dah start belajar bila nak berlembut, bila nak guna kekerasan.
DeleteAssalamualaikum wt.
ReplyDeleteAku tak dapat nafikan bersetuju dgn sunnah gembala dari segi prinsip, konsep, praktikalnya dan memang terbaik utk cara biak kambing.
Setelah 3 bulan menggunakan kaedah seperti yang diamalkan oleh Alwi (tapi mungkin tidak sepenuhnya masa kerana komitmen lain), saya pasrah dan menukar kepada sistem intensif semula. Saya cukup berpuas hati dgn hasil daripada sistem yang diamalkan oleh Alwi.
Namun, selepas kematian 8 ekor dalam masa 3 minggu digigit anjing, saya mengambil tindakan drastik beberapa hari lepas utk menukar kaedah kpd fully intensif.
Ya. Saya juga setuju punca masalah saya adalah salah kerana memilih kambing kampung yang tidak bertuan dan degil (suka merayau sendirian semasa meragut-jadi punca utama serangan anjing).
Saya juga setuju, gembala tidak sepenuhnya masa turut menjadi punca.
Seperti yang saya sebut sebelum ini, kekangan lain turut memberikan faktor kpd tindakan saya. Dengan jumlah induk kurang 30 ekor skrg, sy rasa keadah intensif buat masa ini adalah terbaik.
Insya Allah, jika projek MyRigiAgroFarm berjalan dengan lancar, limitation yang ada di sini diatasi, saya akan kembali semula kepada sunnah para Nabi dan apa yang Alwi telah lakukan kerana bagi saya itu masih yang terbaik.
Kontranya juga, mungkin Alwi cukup yakin dengan sistem yang telah dijalankan, namun bagi saya, tidak semua penternak di Msia ini boleh melakukan apa yang Alwi lakukan. Banyak kekangan. Seperti keluasan tanah, tahap isu anjing, kes curi, sumber makanan, isu tuan kambing bukan sepenuh masa dan sebagainya.
Jadi, meniru kaedah Alwi secara membabi buta secara takliq juga bagi saya bukan juga bijak.
Sesuaikan dengan keadaan semasa.
Sama seperti juga kita melihat skop sunnah, apa yang wajib, sunat, kifayah.. aka priority, kepentingan.
Thanks for your comments in my blog and also answered my inquiry.
Salam.
Very good comments, TQ!
DeleteAku minat, aku ingin, aku yakin dan aku sudah bertekad....
ReplyDeleteCuma ilmu belum cukup, kewangan masih blum benar2 mampu ditambah lagi dgn kekangan waktu dlm mnjalani khidupan rat racing di ibukota ni yg mmbuat aku tak upaya mnjadi seorang pengembala dan pembiak kambing...
Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba mu ini, Amin.
TQ owner blog yg berkongsi satu artikel hebat mnjadi pengajaran berguna buat aku!
"Saya dan Keluarga saya serta siapa sahaja yang terkesan dengan ilmu dan apa sahaja yang saya ambil dari tuan, kami pulangkan ilmu tuan dan segala kepunyaan tuan dulu, kini dan selama lamanya"
ReplyDelete