"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, January 26, 2013

PEMBIAK KENA JADI JUDGE DREDD!!


Judge Dredd = Judge + Jury + Executioner.

Barangkali tuan tuan boleh tengok filem hollywood Judge Dredd 3D yang Karl Urban berlakon tu. Dan boleh lebih faham apa yang aku cuba sampaikan. Mmmm... no. Not necessary. I just like the cool soundtracks and the perpetually unsmiling, super macho Dredd.

Sebenarnya tajuk yang lebih sesuai ialah pembiak mesti jadi predator. Dan aku tak merujuk kepada filem hollywood. Real predator. Pemangsa. Pembunuh.

Dalam situasi semulajadi, ekosistem seimbang bila ada pemangsa untuk mengawal populasi mangsa. Petanda ekosistem yang sihat adalah apabila wujudnya pemangsa. Without predator, something is really wrong. Really really wrong. It can lead to catastrophe of the entire ecosystem when the population of organism suddenly goes boom, and bust in another level of the food chain.

Itulah gunanya pemangsa, membantu mengawal kestabilan ekosistem. Takde pemangsa, memang habih runtuh kucar kacir alam semulajadi.

Tetapi dalam situasi penternakan yang baik (bagi kambing - sistem semi intensif atau intensif), risiko pemangsa (anjing, parasit, patogen) dikurangkan drastik. Dan ianya akan membawa kepada population boom. Kita sebagai pembiak memang cukup seronok tengok kambing menjadi jadi membiak tetapi realitinya kapasiti kandang kita terhad.

The boom will lead to overcapacity. Overcrowding.

That is dangerous.

Now, berdasarkan pengalaman aku, aku pernah cerita yang aku kena besarkan kandang atau buat kandang baru setiap dua tahun. Maknanya setiap dua tahun aku mengalami situasi overcapacity atau overcrowding. Setiap kali overcrowding berlaku, kambing aku akan stress dan banyak masalah kesihatan yang kadang kadang pelik, unexplainable. Mengundang kematian.

Contohnya 2012 (tahun sudahlah), di mana kapasiti aku patutnya lebih lebih 200 ekor aje, tapi terlajak jadi 350 ekor. Almost double. Kambing nampak macam ok, sihat dan bulat, tapi sebenarnya nak runtuh. Banyak mortaliti anak, serangan kutu dan hama, coccidiosis, bila mengandung gugur tanpa sebab - padahal sihat dan dah bagi ubat cacing dan makan cukup. Ini salah satu sebablah yang menerangkan mortaliti tinggi kambing aku tahun sudah, terutamanya di kalangan anak anak kambing.

Stress sangat, akibat kandang yang sesak. So bila mortaliti tinggi, ladang aku tak cekaplah, tak efisien, banyak membazir sumber. Dan ini menyebabkan aku bertukar menjadi Judge Dredd. Judge, jury, executioner. Banyak kambing aku jual sebab aku perlukan ruang untuk kambing membiak. To bring down the stress level.

Tuan tuan pembiak,

Semakin tinggi tahap overcrowding kita, semakin tinggi dan meluap luap daya daya (forces) yang nak mencantas populasi kambing kita. Kita tak mampu bertahan walau pun ada satu gudang besar ubat ubatan. Kita kena perhatikan alam ciptaan Tuhan, di mana titik keseimbangan sentiasa dicari cari. Tiada suatu makhluk pun termasuk single cell organism yang sangat pantas pembiakannya, mampu 'meledak' dan menguasai muka bumi.

Termasuklah kita manusia. Walaupun kita top predator, kita akan saling bunuh membunuh atas apa sebab sekali pun (agama, sumber, kuasa atau apa sahaja). Atau dilanda bala bencana (banjir, kebakaran, wabak penyakit dan sebagainya). Populasi kita, dan makhluk makhluk lain termasuk ternakan kita semuanya dikawal untuk bergerak ke arah titik keseimbangan.

Dan dalam usaha pembiakan kita, di mana tiada pemangsa, kita kena malah wajib jadi pemangsa. We have to kill, or decide which one to be killed by somebody else. We need room for growth. Breeding really needs space. It is absolutely necesssary.

Pastikan kita ada ruang yang cukup untuk kambing membiak. Barulah kambing kita seronok untuk membiak. Jadilah pemangsa. Atau Judge Dredd...

Salam!

*Overcrowding bukan sahaja akan membawa kepada ribut coccidia, tetapi pelbagai ribut penyakit penyakit lain, yang kadangkala jadi misteri dan sukar diterangkan. So watch out!

*Rawatan pencegahan coccidiosis berisiko menggugurkan kandungan secara tiba tiba, walau pun semua vet kata takde kesan sebegitu. Pengalaman aku dan rakan rakan pembiak lain membuktikan sebaliknya. Kena hati hati guna ubat cegah cocci ni.

*Instead of relying on medicines, it is really much much better just to sell the goats in handling overcrowding issues. We don't have the capacity to handle storm after storm of diseases - buat pening kepala pening poket je wehhh.. Just sell the goats to other breeders, let them happily breeds in their new home.

They will breed, they will, if they are happy and there is room for growth!

10 comments:

  1. salam tuan.Saya pernah mengalami keguguran kambing selepas memberi ubat cacing.. tuan ada cadangan ubat cacing yang sesuai utk kambing mengandung? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang cikgu guna jenis apa? Bahan aktif dia? Kekerapan dan dos per ekor?

      Delete
  2. cantik cantik kambing ko alwi..sekor tu ekor naik mencanak hehe.badan sihat gemuk

    tak perlu besar, cam gini ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul besar besar tak perlu.

      Realiti pasaran pedaging adalah saiz sederhana je.

      Delete
  3. Assalamua'laikum...

    Teringin saya nak tau rahsia tuan mencari customer. ssetengah busineesman yg saya kenal mengatakan yg kambing ni x menguntungkan sebb kena support makan tiap2 bulan dan kambing ni kita x mampu nak jual tiap2 bulan...

    boleh kongsi rahsia tuan??




    ReplyDelete
    Replies
    1. Give, give, and keep giving..

      The customer and sales will come walau pun jauh terperosok dari pandangan orang.

      That is for sales tip. As for production tips, which so so so many fails, despite the good demand, - just follow the sunnah exactly. Gembala bertongkat - guaranteed to produce results.

      Delete
  4. Judge Dredd lakonn Karl Urban xbest,xmacho n xsuper cool mcm Sylvester stallone.hehe..btul tu den amat skong 200% mslh overcrowding mmg boleh mnyebabkn pelbgai pnyakit skaligus mnybbkn prestasi kndg mrudum..den dh alami tahun lepas..jd tahun ni bljr dr pnglman,lepas siap kndg baru,barula cari induk biri..induk kmbg ckupla stakat 30ekor dlu..xlarat nk bt kndg baru nnti..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy telah mendengar nasihat Tuan Isal dan Tuan Alwi..

      kerana sy telah belajar byk masalah timbul.

      Dan sy tidak akan ulanginya.

      Go for Quality! rather than quantity.

      Delete
    2. den pun dpt pngkt Tuan ka.hehe..bak kata Tuan alwi bro Kembara "Kita akan Diuji"..bkan Uji Rashid ni tp ujian yg sbenarnya mmg agk pahit bila melaluinya tp bgus utk jdikn pngajaran n pngalaman..sad but true,tru blue sunnah..hehe

      Delete