Aku belum
tutup buku 2012. Belum audit sepenuhnya. Tapi ada pengajaran yang
boleh dijadikan renungan bersama. Baiklah, untuk tahun 2012 aku
mendapat 315 kelahiran atau anak kambing. Lebih sikitlah dari 2011 di
mana aku dapat 238 ekor anak kambing. Jadi potential income lebih
besarlah untuk 2012.
Malangnya
bagi 2012 aku boom dan collapse. Dalam tahun yang sama. Aneh.
Mortaliti atau kadar kematian kambing aku untuk 2012 ialah 34%
(unaudited). Separuh pertama 2012 adalah dimana sebahagian besar
kematian ni berlaku. Disebabkan infra kandang aku tak cukup.
Petak
beranak tak cukup baanyaakk.. adehhh..
Adalah
dinasihatkan tuan tuan pembiak kambing kacukan kampung sekalian, kita peruntukkan petak
beranak pada 1/3 jumlah induk. Maknanya kalau ada 90 induk buat 30
petak beranak seafdalnya. Lebih petak beranak pun takpa, pasalnya
banyak fadilat petak beranak ni. Segregation really is very important
in determining kids survivability.
Dan aku
cuma ada 24 petak beranak untuk menerima 226 anak kambing. Way too
much under capacity. Oktober 2012 baru aku dapat kapasiti 48 petak
beranak, dan menerima kehadiran anak kambing selanjutnya.
Itu
cerita petak beranak. Satu lagi sebab ialah aku buat selective
deworming without adequate observation. Bila buat selective
deworming, kadar kematian memang akan meningkat kalau tak observe
betul betul. Dan aku memang tak cukup observe. Banyak sangat kambing
yang aku terlepas pandang, especially budak budak kambing yang sedang
membesar. So jadikan pengajaran.
Berdasarkan
kadar kematian yang agak tinggi, sepatutnya income aku biasa biasa je
untuk 2012 (tak rugi ye) Mmmm.... tidak. In fact 2012 adalah tahun di
mana revenue dan income aku paling tinggi. Improvement sebanyak 233%
berbanding 2011.
Yeah
kidding rate yang tinggi salah satu faktor yang menyelamatkan usaha
pembiakan aku. Kalau kidding rate rendah, mortaliti pula tinggi
memang aku dah habih tergolek. Total collapse.
Dan aku
juga perasan satu benda atau pattern. Berdasarkan rekod aliran tunai
keluar masuk aku, 2012 adalah tahun di mana aku paling konsisten
dalam bersedekah. Dan paling banyak. Maka benarlah janji Tuhan. Dia
memang guarantee kalau kita bersedekah, nescaya dia tambah. Tambah
dan tambah.
Lagi
banyak kita bagi, lagi banyak Dia tambah. Dan boleh jadi dari sumber
yang tidak disangka sangka. Sampai sekarang aku garu kepala, patutnya
income normal je untuk 2012, pasalnya mortaliti anak kambing aku agak
tinggi, hasil dari kurangnya kapasiti infra, tapi macam mana pula
boleh terlebih lebih?
Sahih dah
- sedekah adalah investment terbaik yang kita boleh buat. Pedulikan
stock market, emas atau ntah apa apa jenis pelaburan ciptaan manusia
yang wujud. Baik kita bersedekah, dan konsisten.
Give,
give and keep giving.
Return is
guaranteed.
By God
Himself.
Salam!
Sedekah Sedekah dan Sedekah
ReplyDeleteKambing ni emas yang membesar, gold that grows, provided we know the how.
DeleteIlmu, amal dan niat yang betul.
DeleteKurang satu usaha tak jadi.
assalamualaikum prof..
ReplyDeletebang bang boom..mortality den pun skitar 30% utk 2012,den amik risiko bt selective deworming pd awal pntrnakan prof,sbb nak develop genetik resistance dri awal lg.boleh ka prof.hehe..brkenaan profit 2012 tu ada kmungkinan x dsbabkn knaikan hrga jualan kmbg dri rm18 ke rm20 per kilo dan nisbah jntan melebihi betina?den mnunggu rekod kndang prof utk 2012..hehe
Boleh buat selective deworm dari awal, tapi kena bersabarlah dengan loss of potential profit.
DeletePasture based system in the tropics usually have mortality rate at 20% to 30%. Could be lowered of course, with a bit higher input. But since local blood has very high kidding rate, it can offset the mortality. We are still very much profitable. Don't worry too much on that.
yes, part of the reason my profit higher - harga jualan kambing naik. Can be significant bila ratusan ekor dijual.