Dalam bab production
kambing, atau pembiakan kambing, di mana aku tengok banyak yang
gagal, sebenarnya jalan paling pasti nak berjaya ialah dengan
mengikut sunnah para nabi sebagai gembala kambing. Barulah kita dapat
membebaskan diri kita daripada kepalsuan yang melilit dan mendakap
kita sekuat kuatnya. Baru kita dapat bergerak ke hadapan.
Tetapi sebelum mengecap
kejayaan, kita pasti diuji. Tuhan dah kata "Apakah mereka fikir
mereka beriman sedangkan mereka belum diuji?". Maka kita kenalah
mengetahui hakikat yang kita akan diuji, keyakinan kita akan
digoncang sekuat kuatnya bilamana kita mengatakan kita beriman kepada
Tuhan dan RasulNya.
Masing masing akan lain
lain ujiannya. Ada yang diuji kekurangan harta, kekurangan jiwa,
kekurangan sokongan, kekurangan kesihatan - pendek kata pasti dan
pasti kita akan diuji, dan ujian akan datang dalam pelbagai bentuk.
Manakala untuk bab
marketing atau pemasaran kambing, tip terbaik aku boleh bagi ialah
istiqamah dalam bersedekah. Satu tip ni sahaja dah lebih baik dari
rangkuman semua teknik teknik pemasaran yang kita belajar kat sekolah
dan universiti. Jangan tunggu tunggu, buat sekarang. Lebih baik
istiqamah sedekah sebelum buat bisnes lagi. Tinggi sikit chance
bisnes kita nak berjaya bila konsisten dalam bab bersedekah ni.
Satu lagi yang aku nak
sentuh ialah individual overambition made public. Ambitious takpe,
cita cita angan angan tinggi melangit takpe hatta nampak tak logik
sekalipun, tapi lebih baik jangan beritahu orang. Keep it to
ourselves. Sebabnya aku selalu perhatikan personal overambition made
public usually falls flat. Ujian yang datang akan bertimpa timpa
berderet deret.
Kalau collective
overambition - contoh untuk industri atau masyarakat, dan kita kecoh
kecoh satu dunia tahu - takpe lagi. Yang macam ni susah sikit nak
jatuh berdebuk, pasalnya tujuan kita untuk kepentingan dan kebaikan
ramai. So takpe, bagi collective overambition, boleh bising kuat
kuat.
Ok balik kepada
consistency dalam bersedekah. Kita juga akan diuji bab ini. Tuhan
memang guarantee dia akan tambah dan tambah rezeki bila kita
bersedekah pada jalanNya, tapi ada masanya dia akan menguji setakat
mana utuhnya kepercayaan kita kepadaNya. Sepertimana yang terjadi kat
aku.
Adapun pada suatu hari
jumaat yang indah beberapa tahun yang sudah, aku pergilah masjid nak
solat Jumaat. Biasanya aku akan buat certain amount of contribution
kepada mana mana masjid yang aku pergi Jumaat. Tapi nak dibuat
cerita, hari jumaat tersebut memang aku tengah sengkek betul. Sengkek
sesengkek sengkeknya.
Aku bukak beg duit
aku,"alamak, kalau aku bersedekah ni, habih aku tinggal seposen
je. Macam mana pula anak bini aku nak makan besok ni? Nak sedekah ke
tak ni?"
Begitulah hati dan
perasaan aku ketika itu. Berperang antara yakin dengan tak yakin.
Berpuluh puluh kali fikir. Langsung aku tak tahu hujung pangkal
khutbah, tak dengar apakebende khatib dok cerita. Huh, memang tak
khusyuk.
Tapi last last aku
sedekah juga. Aku tak tahulah nak kata ikhlas ke tidak, pasal banyak
sangat fikir balik sana balik sini. Tuan tuan pun suka hatilah nak
kata aku ikhlas atau tak ikhlas. Yang penting aku bagi juga.
Dan bila balik rumah,
memang saspen. Dalam hati, malam ni janganlah bini tanya nak makan
apa besok. Duit takdak nak beli lauk ni. Aku tidur pun tak lena,
risau semacam.
Tetapi awal pagi
berikutnya, pagi pagi betul, aku dapat satu panggilan telepon dari
seseorang. Katanya dia nak beli kambing aku hari tu juga. Bukan sekor
dua, tapi belas belas ekor nak buat bela. Total amount lebih rm9,000.
Out of the blue.
Oklah tu kan? Aku sedekah
sikit je, itupun berpuluh puluh kali fikir, tapi bila Tuhan bagi, Dia
bagi berdebuk. Senang senang je. Dan mungkin ada antara tuan pembaca
sekalian yang kata rm9,000 tu sikit je, apa nak heran. Tetapi aku
memang betul betul sengkek masa tu, dan jumlah rm9,000 tu memang aku
bersyukur sangatlah.
Peristiwa itu telah
'rejuvenate', atau 'recharge' atau menyegarkan iman aku. Meyakinkan
aku untuk terus konsisten dalam bersedekah.
Tuhan sememangnya akan
menguji kita, pasti dan pasti. Iman dan keyakinan yang kita sangka
selama ini ampuh rupanya mudah sangat bergoyang, tetapi ketahuilah
ujian tersebut hanya sementara.
Ujian kepada para daei,
alim ulama, dan para nabi adalah lebih besar, lebih lama dan jauh
lebih dahsyat berbanding ujian yang Tuhan kenakan kepada kita.
Kita baru tahap lesen L je, diorang punya test lesen, fuh! tahap kapal terbang kapal selam kapal angkasa ke bulan!
Oklah tuan tuan, salam
hormat!
Boleh bagi contoh personal overambitious tu tak? kurang jelas
ReplyDelete"bagaimana kamu kata telah beriman, sedangkan kamu belum diuji".. bila ujian datang (panggilan untuk berperang), golongan munafik ini mencari 1001 alasan utk mengelak.
ReplyDeleteIt is good advise.
Tq. Keep it up Bro Alwi. Good job!
Maybe personal ambitious tu maksud Prof Alwi...citer gegar2 tp usaha xde kemana last2 lingkup...agaknyala kot..
ReplyDeleteni aku setuju 100% tuan...rezeki tu Allah yang bagi..
ReplyDelete