"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, May 3, 2015

THE ALL NEW GEMBALA SUIT!

Masa aku mengurat dan mengayat sebelum berkahwin dengan bini, aku kerja opis. Pakai tali leher. Bini aku ingat dia akan berkahwin dengan lelaki yang kerja opis pakai smart smart pakai tie. Salah satu impian dia ialah memakaikan tali leher ke baju suami setiap pagi. 

Malangnya aku buat keputusan mengejut untuk terjun ke bidang pertanian. Bela kambing. Pakaian aku bertukar kepada pakaian kebun. Baju lusuh seluar pun lusuh. Berpeluh sakan. Berkeringat. Berbau hamis. 

Semua tali leher yang aku ada hilang. Kemeja pun sama. Lesap. Seluar slack pun sama. Hilang ntah ke mana.

Dan dah lebih 10 tahun aku hidup ke sana ke sini tanpa bertali leher. Tanpa baju 'tight in' masuk ke dalam. Tanpa wangian. Tanpa gel rambut. 

Ya lelaki impian bini aku tidak lagi wujud. Hanya .... khayalan semata mata. Mungkin tidak tertunai.

Tetapi sepertimana aku buat keputusan mengejut untuk bela kambing, aku juga buat keputusan mengejut beberapa hari sudah untuk pakai hensem sikit semasa masuk ke ladang. Yep, aku pakai tie. Baju aku masuk ke dalam. Gaya nak pegi opis korporat. Cumanya kali ini bukan opis korporat tapi opis kandang. 

Dan buat pertama kalinya semenjak berkahwin,  aku biarkan bini aku memakaikan tali leher dan kemaskini kan pakaian aku pada mana mana yang patut.

Ini result nya. Aku harap aku dapat gembirakan bini aku. I love you!



Smart memang smart tapi tak boleh lari dari peluh... 

Corporate man at work. Farm work...


Kambing kambing trauma dan berhalusinasi apabila melihat suit baru tuannya kihkihkih...


Yeahh the all new gembala suittt!!!

Thanks!

9 comments:

  1. Kempen nak dapatkan anak lelaki ni,Bro!!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. Dah pakai baju korporat,kenapa x pakai kot sekali?......hàhaha.....jgn marah.-Sablee

    ReplyDelete
  3. Salam n SANSAW.saya xnak pakai tali leher.Banyak ada dlm simpanan.Kalau datang melawat Saya besok .saya bagi percuma sbg hadiah.Kalau semua breeder di Msia menghidupkan budaya begini maka banyak anak-anak kambing yg lahir mempunyai IQ yg tinggi.tq dariSPPHR.

    ReplyDelete
  4. sekali sekala hehe ..gomen pasti suka....kot sut aku dah berabok dalam almari..

    ReplyDelete
  5. BOSS, BELUM LENGKAP, HEAD GEAR MESTI ADA, SEKURANG2NYA TOPENG ULTRAMAN.

    ReplyDelete
  6. antara pos yg paling lawak.....haaa...haaa...aku harap kambing2 kau tak mengigau malam sbb dia ingat jumpa alien pakai tie....anyway tak salah gembirakan hati isteri2....esok tie merah pulak yaaa.

    ReplyDelete
  7. Memang nampak segak mengembala dalam kemeja.

    Nanti masa sambut anak kambing lahir.. Jangan lupa pakai kot doktor.. Ambil labcoat budak sekolah je.

    Haha. Memang hormat tuan. Sayang isteri


    ReplyDelete
  8. Kah kah kah! Sepanjang aku baca blog, inilah kali pertama aku terdetik nak komen. Tak pernah dibuat orang gembala kambing pakai kot. Aku ketawa macam orang gila kat rumah sorang2 ni.

    Ni takde lain mesti penyakit orang umur 40. Macam tebiat nak kahwin satu lagi pun ada jugak. Kah kah kah

    ReplyDelete