"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, May 18, 2015

PELAWAT - GENG KUTU!

Ada geng kambing. Ada juga geng kutu. Ini yang kita panggil simbiotik!

Saling memerlukan.
______________________

Baru baru ini aku dilawat oleh Jing Jing dan pasukannya. Dr Jing Jing. Dari Tropical Infectious Disease Research and Education Centre (TIDREC). Salah satu unit dalam Department of Medical Microbiology, Faculty of Medicine. Universiti Malaya.

Buat masa ini Dr Jing Jing sedang mengkaji hubungkait kutu dalam ternakan dengan manusia. Kutu ni sebenarnya bukan sahaja menjadi parasit darah, tapi dalam masa yang sama menjadi vektor/pembawa untuk lain lain penyakit darah. Dan ada kemungkinan kutu juga boleh menyebarkan penyakit darah ini kepada manusia. 

Sebenarnya di US, ancaman kutu kepada ternakan dan manusia adalah serius. Bukan sahaja banyak dana diperuntukkan kepada perkhidmatan veterinar dan universiti, tetapi juga tentera Amerika. Yep, tentera Amerika ada 'serious research' khas untuk si kecik ini. 

Kedatangan Dr Jing Jing membolehkan aku bertanya apa itu dan beza antara lice, ticks, fleas, dan mites. Haaaa......

Ektoparasit pada kambing ni ada macam macam spesis. Pening aku dibuatnya. Nasib baik ada Dr Jing Jing datang untuk menerangkan kepada aku. Orait, meh kita tengok sapa Dr Jing Jing ni.

Dr Jing Jing yang no tiga dari kiri. Muda lagi.

Sedang mencari kutu... atau tungau... atau sengkenit... atau hama... 

Flagging untuk menangkap kutu sekitar kandang

Flagging pada kawasan ragut. Aku bawa ke tempat yang biasa terserempak dengan babi berkeliaran. Biasanya populasi kutu tinggi pada sarang babi. 

Malangnya tiada kutu babi dijumpai pada kambing, kandang, mahu pun kawasan ragut.

Dan aku tidak menggunakan dewormer tiga serangkai secara mass. Hanya kepada kambing yang ada masalah kulit atau nampak tergaru garu.

Terakhir sekali aku bagi tiga serangkai pada kambing ialah 10 Feb 2015. Kepada kambing hitam dalam gambar di atas. B23 Zara. Dah lebih tiga bulan. Protective value tiga serangkai pun dah lupus. 

Dan aku tiada buat detick, atau mandi basmi kutu/hama semenjak hujung Januari.

Apa yang aku nak tekan kan ialah, dewormer tiga serangkai sebenarnya tidak patut dijadikan dewormer utama bagi kambing tropika, melainkan dimana populasi kutu babi/ parasit darah tinggi. Aku sangat hairan melihat kebanyakan penternak dan pembiak diajar untuk bergantung kepada tiga serangkai. 

Secara praktikalnya, dewormer tiga serangkai penting untuk negara negara seperti US, atau Australia, atau negara negara yang cuacanya panas kering dimana spesis kutunya lebih agresif berbanding kita di Malaysia. Kutu di negara kita belum mencapai tahap destruktif sepertimana di negara mereka.

Sepatutnya dewormer tiga serangkai dijadikan senjata simpanan. Last resort. 

Yep. Itu yang aku percaya. 

Osama the syrian guy is trying to be a legendary terrorist to all animals in my farm. Osama is really one kind of a visitor to my farm. ;) Anyway, he actually loves animal. Its just the way he express it, which is quite different from the others.

And this guy actually attempt hard to buy my horse, Diego...

Ada tiga ladang kambing yang Dr Jing Jing kutip sampel. Sampel ladang aku ialah yang paling kanan. Yang paling sikit. Daripada 300 ekor populasi kambing, yang ada ectoparasite cuma seekor. Itu pun bukan kutu babi (ticks) tapi lice.

Dan aku cuma buat selective deworm (penting!)

Sampel paling kiri yang paling banyak kutu babi. Bukan sahaja pada kambing, tapi dalam kandang, dan... kawasan sekitar kandang. Haaa kutu babi dah jadikan kandang kambing tersebut sebagai sarang. Pasalnya sejarah kawasan tu memang banyak babi. Banyakkkkk gila babiiii....

Jadi kepada mana mana penternak yang nak bukak kandang kambing, kena buat tinjauan dulu. Kalau dekat dengan hutan dekat dengan sarang babi hutan - jaga jaga dengan ancaman kutu babi. Jangan main main dengan kutu babi ni, boleh kurus kering sampai mati kambing kita dikerjakan. 

Dan aku pikir, mungkin, bilamana penternak di Brazil dan Argentina buka kandang/pastura baru - mereka bakar kawasan tersebut. Sebagai satu cara untuk membersihkan kawasan tersebut dari parasit. Well.. aku agak je...

Sampel lice tersebut dibawa ke makmal untuk dimikroskopkan. Alwifarm? yeah... whatever...

Boleh nampak lice itu melekat pada bulu kambing.

Ahaaa! Itu rupa close up lice tersebut. Dan Dr Jing Jing bawa khabar gembira bilamana dia mengesahkan jenis lice ini bukan menghisap darah, tapi makan kulit dan bulu. Ya mungkin boleh menyebabkan kegatalan dan menghilangkan sinar pada bulu kambing, tapi tidak menghisap darah. 

Very good! Excellent news then!

Terima kasih kepada Dr Jing Jing dan pasukannya!

Semoga geng kutu semakin maju!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!




1 comment:

  1. Salam n SANSAW.
    tq geng kutu.ectoparasit adalah satu faktor penyebab kepada kerugian ekonomi kpd penternak.penternak yg mempunyai lectron microscop difarm saja terhindar dr problem ini.Kalau kgbing tergolek mati kembong penternak nampak dgn mata kasar tapi MASALAH tick agak susah dikesan.jika tahupun sudah agak lambat(accute).Yang kedua ialah endoparasit.Saya jumpa cacing berbagai saiz dan rupa dr kumuhan kambing tapi dgn kekurangan alatan susah untuk mengenalpasti parasit ini.
    CAdangan kpd pehak berkaitan...
    Geng kutu misti berkawan dgn geng cacing(teamworks).pendapat saya cacing juga boleh jadi pembawa diseases kpd manusia terutama cacing penghisap darah.tq dr SPPHR.

    ReplyDelete