"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, May 12, 2015

COFFEE WITH OBLONG BURGER : THE INSPIRATION

Di belakang Oblong Burger (selepas ini Oblong) ialah seorang wanita yang bertubuh kecil, tapi bateri tenaganya melebihi ultra alkaline, mungkin setaraf.... reaktor nuklear.

Orait. Baru baru ni aku pi kilang Oblong di Napoh, utara Kedah. Perjumpaan kali kedua geng kambing selepas kali pertama di ladang aku. Masa kali pertama tu, sibuk nak melayan Komuniti Penternak Kambing Temerloh, tak sempat nak berdialog lebih mendalam. 

Jadi kali kedua ni buat kat kilang Oblong, bertaaruf secara lebih santai, dan bermesyuarat dengan agenda agenda yang khusus. Aku tak akan cerita secara detail apa agenda mesyuarat, cuma objektifnya adalah untuk menguatkan pergerakan pembiak menggunakan genetik tempatan dalam usaha menceraikan diri dari kebergantungan kepada golongan kafir bagi upacara qurban dan aqiqah.

Ya, menguatkan. To strengthten. 

Ok. Balik kepada cerita Oblong. Aku percaya Oblong adalah salah satu dari tiga major player dalam industri makanan sejuk beku. Ada Ramly, ada Oblong, ada Saudi. Yang lain lain tu small players.

Dan Oblong menumpukan pada kualiti dimana 90% kandungannya adalah daging, manakala pesaing pesaingnya, kandungan daging boleh jatuh serendah 30%. Fokus pada kualiti ini adalah satu sebab untuk 'rapid rise' Oblong dalam industri walau pun modal awalnya ciput. Yep dalam masa singkat Oblong boleh memecahkan 'stranglehold' pemain pemain utama industri. Semuanya berpaksikan pada kualiti.

Dan besar tak besar Oblong ni, cukai GST dia aje lebih $800,000. Pandai pandailah agak agak revenue dan profit. Tapi sebelum jadi besar ke tahap ini, kebangkitan Oblong boleh dijadikan inspirasi dan semangat buat kita semua. 

Yaaa... semua usahawan akan melalui saat saat sukar dan 'tunnel of darkness' sebelum menuai hasil kejayaan. Begitu juga dengan Oblong. Mari kita kenal dulu siapa tauke Oblong.

Aku kata dah, tauke Oblong ni kecik comey je orangnya. Yang bertudung hitam baju hitam tu. Nampak je kecik, tapi bateri tenaga badan dia sama macam yang digunapakai Terminator T 800 Arnold Schwarzenegger. Iridium nuclear energy cell. Tak berenti kerja. Tak boleh tak kerja. Kerja kerja kerja....

Aku panggil dia Kak Ta.

Yang lelaki baju hitam kurus kurus sikit sebelah dia tu business partner. Aku panggil Pak Usop. Yang ni pun klasifikasi bateri tenaga sama macam Kak Ta. Iridium nuclear energy cell. Kerja memanjang....

Oh dan yang lain lain tu..... hmmmm semuanya penternak dan pembiak kambing, yang sama kepercayaan dengan aku, dan berkongsi hasrat yang sama. As to who are them..... slowly, maybe pretty soon, we will come to know them.

Dan kepada geng geng kambing yang tak dapat datang (setiap negeri ada geng pembiak), don't worry, our next meeting will be held in your place. Bergilir. Yeahh we'll come to you ! :)

Orait. Balik kepada Kak Ta. Sebenarnya awal awal bisnes ni, Kak Ta buat dengan suami dia (kini allahyarham). Belakang rumah. Guna tangan. Yep manual. Dan Kak Ta sebenarnya bini kedua. 

Madunya.... lumpuh. Anak empat. Dan Kak Ta menjaga madunya bagaikan keluarga sendiri. 

Hmmm... starting a business while caring for a disabled with four kids - thats no small task. Its Herculean. Its high pressure. Its ...exhaustive.

Dan walau pun ianya sangat sukar lagi berat, Kak Ta beranikan mencuba. Dibantu dan didorong suami yang penyayang (dan semasa Kak Ta bercerita sifat arwah suaminya - ia membuatkan aku kembali merenung peranan aku sebagai seorang suami), Kak Ta rasa susah senang senantiasa dikongsi bersama, dan beban yang berat tersebut menjadi ringan.

Yaa Kak Ta rasa sangat selamat bersama suaminya. Dan ..... menjadi sangat bergantung kepadanya. Highly dependant. Totally dependant.

Tetapi kebergantungan disebut diuji Tuhan apabila suaminya terlibat dalam kemalangan maut jalan raya di Johor semasa sedang sibuk berusaha mengembangkan perniagaan. Kebergantungan tersebut dihilangkan secara mendadak.

Pada masa kehilangan besar ini, Kak Ta telah pun ada satu anak, dan mengandung lima bulan. Dan Kak Ta menjaga madunya yang lumpuh, dan anak anak madunya. 

Dan dalam akaun cuma ada..... belas belas ribu. 

Adakah Kak Ta 'breakdown' menangis berpanjangan mengenangkan nasib diri? Tidak sama sekali. 

Hari kedua setelah suaminya pergi menghadap Tuhan, Kak Ta telah mula berhempas pulas bekerja demi anak anak. Oblong tetap diteruskan walau dalam kepayahan, walau dalam keadaan trauma, walau dalam keadaan mengalir air mata.

Ketika ini bisnes Oblong masih dikira kecil. Pemprosesan pun masih manual. Belum ada automated machine assembly. Lori pun belum ada. Semua delivery ke pelbagai negeri adalah melalui bas ekspres. Yep, bas ekspres. Satu shipment yang biasanya bernilai $10,000 pun ikut bas ekspres. (Aku takat ambik dan hantar kambing tiga empat ekor pun dah  bising nak hiluxlah nak lorilah chetttt.... tak patut tak patut).

Dan adalah biasa bagi Oblong ketika dalam proses pengembangan, untuk 'direject' permohonan pinjamannya atas alasan bisnes terlalu kecil. Biasa. Lazim. Walau pun berpotensi.

Disinilah peranan Pak Usop sebagai pegawai agensi kerajaan yang prihatin, tuntas memberikan pertolongan kepada Oblong. Hingga sanggup mendahulukan wang sendiri demi melihat program pengembangan bisnes anak anak buahnya berjaya (bukan Oblong aje yang dia selia weh!)

Pak Usop ni aku boleh describe dia sebagai 'problem solver'. Kalau agensi kerajaan ada projek projek yang tersangkut dan perlu disiapkan segera - Pak Usop is the man to go to. Yep, this guy is driven. Amazing determination. Sanggup berada di tapak projek hari hari, korban masa dengan keluarga, korban masa cuti. Janji projek siap.

Boleh tak kita kerja empat tahun berterusan tanpa ambil satu hari cuti? Haaa... ini tahap Pak Usop. Absolutely driven.

Kini Oblong bukan sahaja ada bisnes makanan sejuk beku, tapi juga minuman RO, udang, dan .... kambing. Yep Oblong juga pembiak kambing. Pasai tu dia jadi tuan rumah meeting geng kambing hari ni. 

Orait kita tengok gambar gambar yang aku ambil sempena perjumpaan kali ni.


Hygienic meat processing area. Mesin mesin ni semuanya order dari Jerman. Yang ada corong tu kalau tak silap aku $1.2 juta seketul. 



Pre meeting. Dok tunggu abe imran House of Goats yang tak sampai sampai, maka keputusan sebulat suara dicapai untuk mencekik dulu. 



Lunch yang disediakan khas untuk geng kambing. Yang bersalad tu paling special - oblong marinade dalam special sauce yang dimasak oleh special chef Oblong.



Oh la la tasty .... lauk pertama yang habis, dan refilled.


Mesyuarat agung pergerakan memartabatkan genetik tropik (aku ada gambar lain yang lebih jelas tapi aku tak nak agenda mesyuarat tersebar. Pasalnya agenda tulis atas meja. Terang benderang semua boleh nampak). Jadi aku pilih gambar selfie Pak Usop untuk kali ni. 



Special chef Oblong memberi ceramah khas kepada bakal bakal chef. By the way, kepada sapa sapa yang berminat untuk berniaga kiosk, boleh contact Oblong untuk keterangan lanjut (modal minimum, promosi jangan risau - semuanya datang dalam pakej termasuk latihan memasak). 



Coffee with Oblong. Kopi disediakan khas atas permintaan aku. Mengada ngada aku ni. Tapi..... thanks for the extra attention dear Kak Ta dan Pak Usop! (Aku dah pikir tajuk blog ni sebelum datang ke sini lagi - it's coffee. It has to be coffee so the title will not derail. :) :) :)



Minum petang adalah pulut beserta mempelam harumanis. Aku makan dua pinggan sampai jem jeng kreng perut aku. Nasib baik tandas tandas Oblong semuanya gred A buahaha..



Assembly untuk RO drinking water. Sebahagian je ni. Ada panjang berjela lagi assembly nya. Kilang Oblong terletak dalam kawasan seluas 22 ekar. Ada banyak ruang untuk expansion. Oh ya sebelum aku terlupa. Oblong juga adalah antara sponsor MAHA baru baru ni.

Yep. Sponsor.


Kandang kambing yang ada dalam kawasan kilang. Hmmm... bela kambing dalam kilang. Nice. Oblong ada lagi ladang kambing di lokasi lain. 






Aku seorang je yang datang perjumpaan ni dengan bawak anak bini. Yang lain datang bujang. Dan baby tu anak ketiga aku. Namanya Qurratul Ain. Aku ingatkan Mohd Faisal Basri dari blog Gembala Kambing nak datang (pasai dia yang pilihkan nama anak aku ni), rupanya dia ada hal pula. Takpa lain kali kut. Buat tempat dia plak lepas ni kikiki..

Ok. Terima kasih kepada Kak Ta dan Pak Usop yang sudi menjadi tuan rumah kepada perjumpaan geng kambing. I will certainly remember your very warm welcome and generous hospitality to all of us. 

Dan aku akan ingat kisah Kak Ta yang berhempas pulas sebelum sampai ke tahap ini. Ianya menjadi inspirasi buat aku sebab apa yang alami sebenarnya tidak seberat apa yang Kak Ta alami. Aku belum pernah kehilangan dahan tempat bergantung. And I know I will dread when the moment come.

Kepada semua rakan rakan pembiak, yang berhasrat membebaskan diri dari kebergantungan, dimana sahaja tuan puan berada, pada gunung ganang lembah jelapang sawit getah padang rumput - mari kita semua bergerak bersama sama untuk membebaskan diri!

Mari kita percaya yang kita mampu membebaskan diri dari kebergantungan!
Mari kita berjuang untuk kebebasan!
Mari kita membiak demi kebebasan!

Lets believe we can achieve freedom!
Lets fight for that freedom!
Lets breed for freedom!

Terima kasih semua!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)










4 comments:

  1. Salam n SANSAW.
    Oblong tu kena pakai daging kambing.
    penternak baru boleh kembang.tq dari SPPHR.

    ReplyDelete
  2. Tumpang gembira dan bangga. Semoga fokus pada persefahaman dan titik persamaan

    Dan pembiak semakin maju menongkah arus

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM, SAYA PAK LAH DARI KAYWAN GOATFARM AMAT BERMINAT UNTUK JOIN KUMPULAN WHATSAPP GENG KAMBING YG TUAN PELUPORI. ITU PUN KALAU TAK KEBERATAN. NO. WHATSAPP SAYA IALAH 019 4180048. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete