"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, January 19, 2015

MEH TENGOK BALIK HUKUM QURBAN KEPADA HAIWAN IMPORT YANG TIDAK DIKETAHUI UMURNYA

Confuse aku.

"Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum Qurban dan Aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha’, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan qurban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua. Manakala bagi unta disyaratkan umurnya memasuki enam tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga tahun. Bagi biri-biri pula hendaklah memasuki umur dua tahun."

Dalam perenggan yang sama wujud pertentangan. Menimbulkan kekeliruan buat aku.

Anak kambing muda umur genap setahun dan masuk tahun yang kedua - boleh dijadikan qurban. Dalam masa yang sama kambing memasuki umur tiga tahun (atau genap dua tahun dan masuk tahun ketiga) pun boleh dijadikan qurban.

Aiseyman... apa beza anak kambing muda dengan kambing yang membolehkan takrifan umur untuk qurban berbeza?

Musykil aku dibuatnya.

Ada sapa sapa yang memiliki kefahaman lebih mendalam?

3 comments:

  1. Fatwa2 ni biar tafsir ngan jelas,nanti orang keliru.Guna bahasa yg mudah difahami.Ambo pun bingung bab umur kambing utk aqiqah qurban ni.

    ReplyDelete
  2. Menurut kitab matalaul badrain (oleh almarhum Muhammad bin ismail daud fathani)-untuk kambing-2 tahun masuk kpd tahun yg ke 3.
    Untuk kibash/biri2-1 tahun atau bersalin 2 gigi hadapan.-Tuan Sablee.

    ReplyDelete
  3. Ana selalu tengok gigi hadapan (Bawah).Untuk kambing-kena ada 2 pasang gigi.Until biri2-kena ada 1 pasang gigi.-Tuan Sablee.

    ReplyDelete