"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, December 25, 2013

KENAPA AKU TAK GUNA MOLASSES

Segala kehebatan  kepada Pemilik Rahsia tenaga gelap,  jirim gelap, dan jirim terang alam semesta. Segala kebesaran  kepada Pemilik multi semesta dan sangkakala yang diam menunggu sejak sekian lama.  Dan segala keagungan kepada Pemilik Seluruh Alam yang memberi kemampuan kepada seorang pembiak kambing dalam lapisan pertama alam semesta untuk menulis buah fikirannya.
_______________________________
Isolation mode.

Aku langsung tak peduli. Langsung tak buka emel, facebook, dan blog.

I simply lost interest.

Ni nak warm up balik. Bukan senang nak maintain jadi blogger. Willpower kena tinggi. Disiplin kena tinggi. Kena hari hari paksa diri untuk menulis. Padan muka aku. Sapa suruh jadi blogger. Crazy idiot..
_______________________________
Ada sesetengah pelawat yang perasan aku tak guna molasses (sisa gula tebu dari kilang pemproses gula) untuk kambing. Ada penternak yang syok betul hari hari tambah molasses ke dalam air minum kambing. Kena pula ketika proses penggemukan kambing. Ada juga yang buat garam jilat dalam bentuk blok molasses. Tapi aku tak buat semua tu.

Aku cuma bekalkan air kosong dan garam jilat biasa untuk kambing.

Dan aku berpuas hati dengan prestasi sedia ada.

Aku fikir kalau guna molasses – akan ada serious side effect. Jangka panjang. Jangka pendek takde masalah.

Ada kemungkinan sangat besar penggunaan molasses jangka panjang akan memendekkan umur kambing. Atau memendekkan tempoh breeding vitality kambing. Dengan cara merosakkan organ pankreas yang merembeskan hormon insulin (insulin yang menghadamkan gula dalam makanan). Dan kambing boleh menunjukkan simptom simptom diabetes. Atau pun confirm diabetes.

Sebenarnya gula putih yang kita dok telan hari hari ni dikira baru wujud dalam ketamadunan. Baru 200 tahun dulu diperkenalkan. Sebelum itu nenek moyang kita kalau nak rasa manis cuma ada dua benda boleh buat - makan buah atau makan madu.

Dan dari segi biologinya, kita dan kambing, dan juga mamalia lain, adalah tidak bersedia untuk hadamkan makanan tinggi gula.

Langsung tak bersedia. Poorly equipped. Very ill equipped.

Pankreas kita kecik!!!

Sistem penghadaman kita (manusia adalah monogastrik) lebih adaptasi kepada diet tinggi protein dan lemak. Ruminan pula adaptasi kepada diet tinggi serabut. Begitulah seadanya semenjak spesis kita tercipta di muka bumi ini semenjak ribuan tahun yang sudah.

Kebenarannya : Nenek moyang kita TIDAK PERNAH menghadapi situasi TERLEBIH GULA dalam makanan harian. Sebab payah sangat nak jumpa makanan tinggi gula ringkas. Bukan hari hari jumpa buah masak. Bukan hari hari jumpa madu.

Yang banyaknya, hari hari makan daging. Kemudiannya bijiran yang tinggi karbohidrat (dan juga tinggi serabut yang memperlahankan kadar serapan gula). Kemudiannya sayur mayur. Payah nak makan manis.

Jadi sememangnya biologi manusia dan juga kambing, sangat tidak sedia untuk hadamkan makanan tinggi gula. Macam molasses.

Biaq pi lah tinggi vitamin, tinggi mineral sekali pun molassesnya. Hakikatnya - badan kita dan kambing TIDAK BERSEDIA.

Badan kita tahu bagi respon, atau bagi isyarat bila tahap tenaga (glukosa) dalam badan rendah. Ini dipanggil hypoglysemic reaction. Badan menggigil bagi isyarat kat kita kena makan cepat cepat. Energy level dah rendah.

Tetapi badan kita tak tahu nak buat apa bila tahap glukosa terlebih dalam badan. Hyperglysemic? Takdak reaksi!! Yang dia tahu teruskan pam insulin setinggi yang boleh untuk turunkan balik glukosa kepada keseimbangan.

Pankreas nenek moyang kita tak pernah overworked. Tetapi pankreas generasi kita hyper overworked.

Bila dah asyik kena perah - memang 'jam' lah jawabnya. Bank pun hari hari keluar duit habih juga simpanannya. Tu yang habih rosak pankreas. Gagal keluarkan insulin. Diabetes lah.

Bila kena diabetes, atau pun kalau tak kena diabetes, tapi kadar gula tinggi sangat dalam darah - kesuburan akan menurun, dan banyak organ organ lain underperforming. Tunggu masa nak gagal. Multiple organ failure. Sebagaimana yang biasa dilalui oleh pesakit diabetes.

Betullah kata Ungku Aziz. Gula itu racun. Elakkan makan. Dia sendiri pagi pagi sarapan roti wholemeal dengan full fat spread - mentega. Atau full fat cheese. Minum kopi pahit. Yeah.. and he does seem 'intellectually preserved'..

Pasal itu lah aku tak bagi molasses kat kambing. Aku nak preserve kambing punya breeding vitality. Dan aku juga nak preserve kambing punya intelektualiti :) :) :)

There is no need for molasses!!

Salam!

4 comments:

  1. Diet Prof Ungku Aziz adalah buat tempatan. betik dgn nenas. itu yg aku dengar. tengahari dia tidur sekejap. deep sleep. 5 minutes pun dah cukup but deep sleep.

    ada masa dia cari buat nenas dan betik tak jumpa.. mungkin kedai tu habis stok..

    so, skrang pergi supermarket, tengok buat betik ngan nenas murah..tapi, ramai beli buah mahal, btul tak..apel, oren 9 biji dah dekat 10 ringgit..

    so makanlah betik dan nenas

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah jadi buat plah..hehehe..dah 'bingong'

      Delete
  2. Eden memang tak ada beri molasses..cuma satu kali ajer dulu-dulu,..itu pun sebab penternak lembu orang India yang rekomenkan. Bila eden beri molasses,..kambing banyak cirit-birit. Langsung eden hentikan...sampai sekarang!!Dan eden tak pernah buek silaj...still prefer dedaun.

    ReplyDelete
  3. aii..lama sgguh mnyepi,ingt pi melancong ke Korea.hehe..entahla skrg ni pntrnak dh jd trlbih kreatif(which is bagus) tp kurg kena pd tmptnya,main blasah yo bg mkn yg bukan2 pd trnakan tnpa fikir kesan sma ada short-term or long-term..den pun bg jgak molasses ni kat lembu,tp ni utk tarik perhatian dia bg rapat dgn tuan dia..isi dlm botol mineral pncut2 jer kt mulut diorg,skdr utk jilat2.bg mnum xdelaa..utk kmbg n biri pun bg,tp bila diorg sakit teruk mcm xlalu nk mkan jd utk beri tenaga bagilah air molasses cket..hehe...

    ReplyDelete