"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, December 4, 2013

CERITA SIKIT SUPPLY JAGUNG DUNIA

Harga Jagung Jatuh, Tapi Harga Dedak Naik


Baru baru ini China reject jagung 200,000 tan dari Amerika. Pasal ada kesan varieti baru gen yang telah dimodifikasi. 

Sebenarnya dah lama pun China import jagung GM (genetically modified) dari US. Lebih 90% jagung China, US yang bekalkan. Dah bersepah jagung GM dalam pasaran dunia, dan China adalah pengimport terbesar jagung dunia. Kalau jagung untuk ternakan, memang dah hampir 100% GM punya.

Yang China reject baru ni ialah varieti terbaru jagung GM. Syarikat Syngenta yang keluarkan benih. MIR 162 atau nama brand Agrisure Viptera. Jenis tahan lasak kepada parasit. 

Tapi yang peliknya China pula reject. Jepun, Korea Selatan, Russia, dan Kesatuan Eropah rilek aje import besar besaran varieti terbaru ni. Selama ini aku ingatkan China tak berapa nak jaga piawaian kualiti makanan rakyatnya.

Apa pun, sebenarnya ada lebihan jagung dalam dunia. Pengeluaran melebihi permintaan. Harga jagung dunia telah pun jatuh lebih 40% bagi tahun 2013 ni.

Yang herannya, harga dedak tak turun turun. Makin naik ada. Aku musykil betullah.

Ni masalah kalau kita push kepada commercial. Semua syarikat besar yang control. Jadi senang nak buat kartel, senang nak fix price. Itulah yang terjadi kepada kebanyakan pengeluaran makanan dan komoditi dunia. Dah lama dah pun situasi pengeluaran makanan melebihi permintaan penduduk dunia, malah mencukupi untuk 1/5 penduduk dunia yang masih kebuluran. Tapi tu lah, harga boleh dimanipulasi. 

Nasib baik kambing takde mana mana syarikat besar lagi yang berupaya komersialkan. Semuanya gagal bila nak buat super massive breeding operation. Jadi kebebasan kita masih terpelihara. Takde sapa boleh set harga kambing sesuka hati. 

Kambing pedaging tetap 1 dinar. Dulu, kini, dan selamanya.

Salam!

*Other post today : http://alwigoatfarm.blogspot.com/2013/12/hajar-valley-agro-park.html

No comments:

Post a Comment