"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, August 31, 2012

OVERSTRETCHED


1921.

Britain adalah empayar terbesar dunia, menguasai satu perempat tanah di bumi. Tentera lautnya adalah terkuat dan termaju di dunia. Tetapi yang memeningkan British adalah jajahannya yang berterabur merata rata di segenap ceruk dunia dan tentera daratnya yang tak sekuat mana.

Field Marshal Sir Henry Wilson, Chief of Imperial General Staff : “ Our small army is much too scattered... in no single theatre are we strong enough – not in Ireland, nor England, nor on the Rhine, nor in Constantinople, nor Batoum, nor Egypt, nor Palestine, nor Mesopotamia, nor India”.

Mempertahankan jajahan takluknya yang sebegitu luas adalah mustahil, apalagi menyerang negara lain. Britain terpaksa bergantung kepada diplomasi (lebih tepat, tipu daya) berbanding kekuatan ketenteraan.

1932.

Bilamana empayar Jepun semakin kuat dan menjadi ancaman kepada Soviet dan negara negara Eropah yang memiliki jajahan di Asia – ketua turus angkatan tentera British berkata pada bulan februari 1932 : “the whole of our territory in the Far East as well as the coastline of India and the Dominions and our vast trade and shipping, lies open”.

Overstretched.

Britain nampak kuat bilamana dia memiliki jajahan yang sebegitu luas dalam sejarah manusia, tapi sebenarnya dia lemah. Terlalu banyak komitmen. Dan bila perang dunia ke 2 meletus, pakatan Allies – Britain, Perancis, Soviet Union memerlukan bantuan Amerika untuk menyelamatkan mereka daripada serangan pakatan Axis – Jerman, Itali dan Jepun.

Amerika adalah pemenang sebenar perang dunia ke 2, menjadi kuasa dunia dan polis dunia selepas perang tersebut.

Persoalan aku, yang membuatkan aku tertanya tanya sempena Hari Merdeka ni, apa yang sebenarnya terjadi bilamana Tunku Abdul Rahman pergi ke London untuk urusan kemerdekaan Tanah Melayu?

British sangat lemah selepas perang dunia ke 2. Banyak jajahannya bila dapat menghidu kelemahan British ni, berderet deret mengisytiharkan kemerdekaan termasuk Tanah Melayu. Tapikan takkan semudah itu British nak bagi, takkan mudah dia surrender lordship dia ke atas kita ni?

Orang di tampuk kuasa mana mahu lepaskan kuasa sebegitu mudah, ye tak? 

Anyway, cerita sebenar aku ialah 'overstretched'. Yaa aku rasa aku dah overstretch sekarang ni. Seorang pekerja tak mampu menjaga dengan sempurna 350 ekor kambing. Dari segi teori nampak bolehlah, tapi penat oo. Boleh jaga, tapi tak sempurna, kurang detail.

Sekarang ni pekerja aku main job dia jadi gembala kambing. Side job – cari rumput untuk anak kambing. Bersihkan tahi kambing tu dah kira upah lain. Merawat kambing dia tak buat, aku yang buat. Total work hour – 6 ke 7 jam sehari.

Hmm tak sampai 8 jam pun. Ada kandang kambing aku pergi, pekerja kerja dari 7 pagi sampai 11 malam. 14 jam sehari. Gaji 700 – 800. Kena rawat kambing, kena perah susu, bagi susu botol kat anak kambing. Betul betul perah tenaga kuli. Rasa macam slave labor plak.

Kat kandang aku takde buat macam tu. Takde nak bagi susu botol anak anak kambing ni. Jadi takdelah teruk sangat kerja. Biasanya pekerja aku start 9.30 pagi, dan habih kerja 4.30 petang. Takdelah sampai ke tengah malam kerja.

Maknanya sistem semi intensif dengan 350 ekor kambing boleh lagi guna seorang pekerja sekiranya aku bantu. Aku punya main job – rawatan kambing, bagi makan kepada anak kambing dan kambing sakit yang tak boleh ikut meragut, dan bagi makan kambing kambing jantan yang dah cerai susu di kandang jantan. Total work hour – 2 jam.

Dan memandangkan aku takde bekalan air paip, aku guna tubewell, dan sekarang musim kering, aku habiskan masa pam air ke tangki rumah aku, rumah pekerja aku, kandang kambing – tambah lagi 1 jam setengah.

Kalau betul betul nak perah, nak guna seorang je pekerja, boleh gak tapi aku tak suka. Aku lagi suka dia fokus pada tugas gembala kambing.

Dan kalau aku tengah rajin, betul betul on the mood, aku akan kerja dari 6 pagi sampai 7 malam. Lagi lama dari pekerja aku. Pasang tag telinga, potong kuku anak kambing yang tak reti reti turun kandang, mesin rumput yang dah memanjang keliling kandang, update rekod ternakan bla bla bla.

Sebenarnya majikan lagi lama kerja dari pekerja, betul tak?

Anyway yang betul betul buat aku rasa overstretch sekarang ni adalah kedatangan orang ke ladang aku. Selalu orang datang, hampir setiap hari. Walau pun ladang aku takde papan tanda, walau pun aku tak guna iklan memberitahu orang lain kewujudan aku. Itulah dulu masa start bela kambing, selalu mengharapkan orang datang ke kandang, la ni bila dah banyak visitor, jadual kerja plak lari, susah nak buat.

Aiii memang dilema. Pasal tu aku rasa nak kena engage lagi seorang pekerja.

Menurut buku panduan imigresen, ladang kambing yang buat semi intensif hanya boleh ambil seorang pekerja sekiranya kambing 300 – 500 ekor. Tak boleh ikut sebenarnya ni.

Bayangkan kambing 300 ekor. Bila lepas bukan semua ikut meragut. Nuun berderet deret anak kambing kecik kecik kena tinggal kat kandang. Kalau pekerja sorang tu dah jadi gembala, mana dia tahu apa yang terjadi kat kandang masa dia tengah gembala? Takkan nak biarkan kandang tak berjaga, takde orang?

Kalau kita selalu ada kat kandang takpalah, masalahnya kita ni banyak komitmen, kena beli dedaklah, kenduri kahwinlah, anak beranak nak shoppinglah peh macam macam hal. Lebih selamat tambah pekerja seorang lagi.

Mengelakkan overstretch.

7 comments:

  1. Terinagt game red alert 2 . Soviet lawan allience. mEMang best pakai prism tank lawan apocalypse tank. Semoga sukses tuan. Bole jadi guideline orang lain insyaallah. Pencen kubur sampai lepas mati.

    Perghh.. Memang bersinar2 kubur orang buat baik ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku addicted juga dengan red alert punya series. Masa bujang dululah. Dah kahwin, dah ada anak, memang takde masa nak main.

      Delete
    2. Aku dah gantung joystick. Retire. Kira pencen macam ko la. Sekarang ganti main bela kambing. Lagi syok, Real time strategy jugak tu

      Delete
  2. Tuan Alwi dah popular skarang.Sebab tu ramai pelawat dtg ke kandang.Tapi tak ada lagi yang pecahkan rekod aku sebagai Pelawat terawal sampai ye tuan.haha..kalau aku tak ada kerja aku apply dah kerja di kandang Tuan Alwi,gaji pun lumayan.Jauh dari hiruk pikuk kota..cuma dekat dengan jirat Cina jela.Seram jugak tu.hehe..Tuan gajikan jela bini Pengembala sekarang tu,laki bini keje senang tak ada nak bergaduh tak puas hati ape nanti.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang appoint bini dia ganti tugas aku masa aku takde. Laki bini memang stabil, reliable, boleh la diharap buat kerja.

      Delete
  3. Wah. Aku suka main red alert.

    Best. Suka game strategi.

    Jaga kambing pun kena byk strategi.

    Selain itu.. Age of empire. Pun sama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha aku suka red alert, age of empire, civilization - semuanya genre strategi. Tak sangka pula ko pun sama.

      Delete