"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, August 25, 2012

CERITA SIKIT LAGI PASAL DEDAK


Sebelum ni aku cerita bab penggemukan di mana aku guna dedak penggemuk 5180. Protein content dia taklah setinggi 5811. Lebih kurang 10% - 13% peratus berbanding 5811 punya protein content 14% - 16%. Walau pun protein level lagi rendah tapi bertepatanlah dengan keperluan peringkat penggemuk. 5180 ni lebih sikit karbohidrat dia dari sumber bijiran – jagung, barulah betul betul menggemukkan.

Dari segi nilai penggemukan, karbohidrat lebih bagus dan cepat berbanding protein dan lemak. Protein mahal, manakala lemak sebenarnya lambat menggemukkan. Sapa ntah yang cakap lemak cepat menggemukkan. Dietician? Nutritionist? Hampeh diorang ni. Cuba check dengan pakar lipids, baru kita tahu realitinya.

Anyway, aku guna dedak 5811 untuk anak kambing (kids) dan induk menyusukan (nursing). Sebenar benarnya aku dah banyak kali test macam macam dedak samada beli dah siap (completed mix), partial mix, mahu pun buat sendiri. Last last aku buat keputusan aku beli yang dah siap, established, proven walau pun mahal. Sebab?

5811 terbukti menambahkan susu dan sangat sesuai untuk anak kambing. Proven. Bukan aku seorang tapi pengalaman kawan kawan lain pun sama. Apalagi yang bela kambing susu. Pasal chief ingredient dia soybean meal. Bukan soybean hull ye, atau pun hampas soya basah. Lain bebenor tu.

Soybean meal ni aku pernah cerita dulu. Tergolong dalam high efficiency feed sama macam fishmeal. Cuma dari segi kos, soybean meal lebih affordable dan dari segi palatibility (rasa) – anak kambing paling suka berbanding fishmeal dan grain.

Dari segi antinutrien pun, dia kurang kandungan antinutrien berbanding hampas soya basah. Long term feeding ok sikitlah. Kuranglah side effects dan special effects. Dan dedak 5811 ni protein content dia 14 – 16%. Ok sangatlah tu. Tinggi lagi pun tak guna, membazir je kambing makan, banyak terbuang. Ruminan, bukannya monogastrik yang tinggi keperluan proteinnya.

Aku selalu perhatikan feedmaker yang baru menceburkan diri dalam industri pembuatan makanan ternakan ni biasanya akan cuba mengelak guna soybean meal atau fishmeal dalam feed mixture diorang kerana faktor kos. Tapi bila sampai kepada 'crunch time' – prestasi feed kepada induk menyusukan, semuanya fail. Last last masukkan juga soybean meal. Barulah ada 'kick' diorang punya feed ni.

Anyway tuan tuan bila sampai bab dedak ni, sebenarnya senang cerita kita sebagai pembiak kambing tak perlu pening kepala, tak perlu curahkan resource kita untuk membuat rangsum makanan ternakan kita. Lebih baik tumpu kepada usaha pembiakan kambing. Serahkan feed making kepada pihak lain. Outsource.

Bukan senang nak buat feed yang betul betul proper and certified ni. Kena ada input dari pelbagai pihak. Jangan syok sendiri je. Kena buat lab test. Repeated lab test. Pening sebenarnya. Baik curahkan masa, wang, dan tenaga kita kepada usaha pembiakan kambing dulu. Besok kalau kambing dah stabil, boleh pindah tumpuan kepada feed making.

So balik kepada 5811. Satu lagi benda yang buat aku suka guna 5811 walau pun mahal ialah bentuk pellet dia. Tak tahu nak panggil bentuk apa, aku sebut jelah batang mancis. Bentuk batang mancis adalah bentuk paling sesuai untuk pencernaan kambing terutamanya anak kambing. Bentuk lain kurang cekap samada bentuk cube atau pun serbuk.

Kos mempelletkan ke bentuk batang mancis adalah 3 sen sekilo. Tapi semua feedmaker takde yang buat melainkan pengilang 5811 ni. Heran betul aku. Kalaulah diorang buat, aku confirm beli dan buat trial run. Kalau ok bolehlah aku menjadi pelanggan tetap.

Satu lagi yang aku observe, anak kambing yang makan 5811 takde yang tercekik macam kena sawan berbuih buih mulut. Dedak lain ada aje kes macam tu tapi setakat hari ni 5811 takde memberikan aku kes sebegitu.

Kenaikan berat badan? Ya itu aku boleh confirm. Anak kambing cepat naik berat dan susu induk menyusukan memang bertambah.

Tapikan aku sebenarnya bukan rekemen guna 5811. Yang aku rekemen ialah guna dedak berasaskan soybean meal sebagai suplemen untuk anak kambing dan induk menyusukan. Aku sendiri tak guna 5811 untuk induk menyusukan (la ni), tapi banyak guna untuk anak kambing dan kambing sakit yang tak boleh ikut meragut.

La ni, bila kambing beranak memang aku takde bagi dedak walau pun beranak dua tiga. Memang harapkan 100% browse. Akan datang, possible aku akan guna supplementation 5811 untuk kambing beranak kembar macam dulu dulu aku buat. So input aku akan naik sikit tapi output pun confirm naik.

Jangan input asyik naik dan naik, output macam tu juga atau makin teruk. Bankrap kita dibuatnya.

Orait!

*Kamera aku rosak, so takdelah gambar baru nak post. Terpaksalah recycle gambar sedia ada. 

9 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth Tuan,

    Memang highly responsif blog ni. Menjawab dan mengupas soalan2 terjah daripada pembaca ni. Selamat hari raya aidilfitri. Taqabbalallhu minna wa minkum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya. Boleh la responsif sekarang. Sok baling ladang slow dah.

      Delete
  2. harga makanan makin hari mkin naik,harga kmbing kita pulak nak naik payah,org kata mahal.kambing Feral import murah so agak tertekan jugakla bagi yang buat sistem intensif mgkin tu sbabnya ramai buat trading/import kambing Feral Aussie.

    aku ingat kena juga cari sumber makanan alternatif lain untuk soya meal ni prof.sebab harga soya@barang makanan memang sentiasa naik.yang berasaskn sawit mcm PKE,PKC n PKP pun naik..mgkin penternak yg menggunakan sistem semi-intensif tak ada msalah tapi untuk intensif memang akan timbul masalah dari segi kos makanan.makin ramaila tutup kandang nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cukup research. Palm based feed belum dimajukan sepenuhnya.

      MARDI kena dipecahkan. Banyak sangat tanggungjawab dia nak buat research semua bidang.

      MPOB sekarang ada advanced research facility untuk makanan ternakan tapi underutilised.

      VRI sibuk sangat ngan penyakit.

      Kena buat Institut Penyelidikan Makanan Ternakan Negara, baru betul betul specialize, lagi cepat rate of research

      Delete
  3. Aku ni dah bertahun dalam trading. Tak untung sangat pun pakai feral. Untung kalau ko berjaya jual dalam tempoh yang sangat singkat, jangan simpan lama dalam kandang. Kalau promosi dan marketing dan kuat, memang alamatlah, seekor demi seekor akan tumbang mati. Ngeri2. Aku dah lalui semua tu.

    Aku juga ada kawan yang tutup kandang sebab kambing trading mati. Heat stress dan bermacam2 stress lagi. Hehe, hukum alam. Setelah banyak kandang aku masuk, memang yang masih bertahan sampai sekarang amalkan sistem semi intensif. Cara jalan tengah atau dalam islah wasatiyah dan bersederhana. Wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang paling untung jual feral dah tentu importer. Turun je kapal terbang kambing dah lepas. Takde tanggung risiko kematian.

      Yang banyak mati feral ni di tangan penternaklah. Semua penternak yang pernah beli feral ni memang lalui pengalaman ngeri. Memang buat nightmare, boleh terkencing malam akibat stress.

      Delete
  4. Salam...

    Bak-bak dedak lagi lah kurang pengetahuan setakat ni aku guna dedak keluaran felda..OK ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Aqil guna yang Felda Serting tu ke?berapa harga dia n jenis dedak tu..aku pun brcadang nak beli yang tu untuk penjantan..

      Delete
  5. Ya yg serting tu le,RM 32/50KG..aku pun tak tahu sangat jenis ni PKC/PKE..hehehe.
    tu pun member yg syorkan baru je pakai tu yg nak tanya tu setakat ni tak de nampak effeck sangat lagi,tu yg nak tanya kot ada rakan2 yg dah pernah guna sebelum ni.

    ReplyDelete