"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, August 29, 2012

MADU TERNAK VS MADU LIAR


Dalam post : Egypt the short lesson, aku ada cerita pasal sifat madu yang tak akan basi, tak akan rosak buat selama lamanya, tanpa perlu sebarang teknologi pengawetan. Dan aku ada beli madu kat supermarket, yang beri kesan sampingan kepada aku.

Sekarang aku tahu kenapa.

Madu yang dijual di supermarket dan pasaraya bukan madu tiruan. Ianya adalah madu asli, ori gak, cuma asal madu tersebut adalah dari lebah yang diternak. Dan madu supermarket ni masih jauh lebih baik dan meyakinkan daripada yang dijual di kaki lima atau salesman yang dok pusing kedai kedai makan.

Sekurang kurangnya ia adalah 100% madu, tanpa campuran gula tebu atau gula batu, walau pun daripada lebah yang diternak.

Tapi ada perbezaan yang besar bagaikan langit dan bumi antara madu dari lebah liar dengan madu yang diternak. Perbezaan yang tak nampak dengan mata kasar melainkan dikaji secara mendalam.

Tobias Oloffson dan Alejandra Vasquez, penyelidik Jabatan Perubatan Mikrobiologi di Universiti Lund, Sweden mendapati lebah liar dan madunya ada sekumpulan bakteria asid laktik yang unik (ada lain sikit daripada yang dalam yoghurt atau produk susu difermentasikan). Bakteria ni hidup dalam perut lebah liar, makan nektar (manisan bunga) yang dikumpul oleh sang lebah, menukarkan sebahagian nektar kepada madu dan merembeskan asid laktik unik sebagai bahan buangan.

Bakteria unik ini melindungi nektar dan madu, dan sang lebah beserta larvanya. Bakteria unik ini adalah komponen maha penting bagi sistem imun lebah.

Dan bakteria unik ini tidak wujud atau wujud sedikit sangat dalam lebah madu yang diternak. Dang!

Tuan tuan, lebah madu yang diternak sekarang diberi makanan sintetik. Mereka tak perlu terbang jauh mencari bunga (nektar) macam lebah liar. Jadi dalam masa yang singkat lebah madu yang diternak ini dapat mengeluarkan madu dalam kuantiti yang banyak berbanding saudara liarnya.

(Macam cerita kambing liar dan kambing fidlot – serupa).

Dan lebah madu yang diternak ini diberi antibiotik 3 atau 4 kali setahun demi menjaga survivalnya – antibiotik ni memang sangat berkesan dalam mengembangkan populasi lebah madu dengan drastik, sebab itu ia digunakan. Serupa juga macam umat manusia – teknologi medicine (antibiotik) dan sanitasi berjaya melonjakkan umat manusia kepada 7 billion dalam masa singkat.

Malangnya makanan sintetik dan antibiotik membunuh bakteria unik ini. Dalam semua botol madu lebah ternak yang dijual di supermarket – bakteria asid laktik ini tak wujud. Padanlah bila aku makan, macam takde apa apa pun. Side effects lagi ada. Health effects melayang ntah ke mana.

Nampaknya kena cari madu liar jugak ni.

Kono jadi spiderman berani panjat pokok tualang!

Salam.

11 comments:

  1. madu di tngan kananku,racun di tngan kiriku(lagu singkong dan keju).haha..mcm tu ye beza madu dri lebah liar dgn lebah ternak.skrg mmg byk org ternak lebah kelulut..di integrasikan dgn tanaman yang berbunga.lebih2 tak tahula pulak..prof tak nak ternak lebah kelulut ke?tmbah source of income tu..hehe

    ReplyDelete
  2. Lebah kelulut ni lebih kepada pendebungaan kan? Bukan apa, lebah lebah ni takut langgar masuk kandang kambing, habih kambing aku.

    ReplyDelete
  3. lebah diternak untuk madunya..selain itu mmg agen pendebungaan semulajadi prof..btul tu btnye di attack kmbing tu,ok lg..kalu di attack tuan kambing lagi naye..haha

    ReplyDelete
  4. baru2ni aku ade tengok rancangan Madu Tiga dlm tv1, katanya madu liar dan ternak sama jee, kita je memandai kata tak sama, diorg buat ujikaji bertahun2 maa..

    ReplyDelete
  5. Btil tu...
    Madu liar dan madu lebah ternak sama je kuqlitasnya...

    ReplyDelete
  6. Lebah ternak pun hidup meliar gak

    ReplyDelete
  7. betul tu..aku sokong.mane ade madu ternak makan dedak

    ReplyDelete
  8. ada maklumat tak betul dlm artikel nni

    ReplyDelete
  9. ada maklumat tak betul dlm artikel nni

    ReplyDelete
  10. Ya aku pun ada tgk rancangan tu....madu liar ngan madu ternak sama khasiatnya....bezanya cuma panjat pokok dgn tak je....

    ReplyDelete
  11. Madu ternak pun ada banyak kaedah.. kalau lebah ternak cari nektar dari pokok bunga tertentu mesti beza kalau nektar dari bebunga hutan.. mesti berbeza dari lebah yang diberi nektar/sirap/gula mcm setgh tgh penternak buat.

    ReplyDelete