"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, January 30, 2013

6 BULAN KOS $500???


Sebuah ladang kambing yang sangat mahsyur telah mendedahkan kos operasinya kepada aku. Pemilik ladang tersebut mengatakan kos untuk membesarkan seekor kambing kepada umur 6 bulan ialah $500.

Maknanya kos operasi per ekor per bulan ialah $83.

That is mind numbingly... astronomical... ballistic... number I have ever heard.
I am truly awestruck by the magnitude of the number.
Horrified actually.

If I ever reach that number on my farm, I will dropped dead in first month. Tak sempat nak tunggu jual kambing pun. Bayangkan $83x300 ekor = $24,000 sebulan operating cost. Omakkk kauuu..

Realitinya bagi sebuah ladang sistem intensif yang menyimpan rekod dengan teliti, paling rendah opex aku pernah dengar ialah $0.70 per ekor per hari atau $21 per ekor per bulan. Dan ladang tersebut adalah milik seorang akauntan ( ahhh accountants... they just love cost cutting - don't they?). Tapi aku tak pasti output dia macam mana, jangan kaput sudahlah (bila aku tanya si akauntan ni kadar pembiakan ladang macam mana, dia tukar topik pula).

Dan aku memang kagum dengan mana mana ladang intensif yang opexnya bawah $30 per ekor per bulan. That is impressive cost management. But then I have no affirmative output level except from nurternak.

Biasa aku dengar majoriti ladang intensif biasanya opex pada $30 ke $40 per ekor sebulan. Dan pada input sebegini, biasanya output ok. Growth rate quite impressive pada input level sebegini, tapi kadar pembiakan aku tak pasti pula. Patutnya lebih baiklah kan dari yang opex bawah $30 per ekor per bulan?

Now balik kepada cerita di atas. Kalau opex pada $40 per ekor per bulan dah kira output ok, macam mana pula $83 per ekor per bulan? Adakah high output, atau very high output?

Mmmm... aku rasa kan, dia ni dah jauh terbabas dalam zon hukum pulangan berkurangan. Aku tak fikir dia boleh dapat superbly impressive growth rate, dan aku juga tak nampak kadar pembiakan yang tinggi.

Dan aku tahu pada tahap input yang sangat tinggi macam ini, jualan sebagai pedaging adalah jalan yang salah. Input tinggi macam ni, sahih kena target market untuk baka. Haa... jual baka, sekor dah 2 - 3 ribu. Oklah. Boleh dah cover absurd input tadi, dapat juga lucrative profit.

That is great market positioning.

Tapi yang tak bestnya, bila kita beli kambing high input ni, kita kena maintain input level, baru boleh kekalkan prestasi dia macam di kandang asal. Banyak penternak aku tengok, beli kambing dari ladang absurdly high input ni, tapi buat cara input rendah. Memang sekejap aje terus 'out' kambingnya.

Dan ramai penternak yang beli kambing dia tak tahu hakikat extremely high input yang dia amalkan. Banyak dah yang tertonggeng garu kepala bila kambing yang dibeli tak menjadi...

So kita kena pastikan baik baik sumber kambing kita macam mana :

Asalnya low input, boleh buat low input juga, boleh dapat high output.
Asalnya high input, kena buat high input juga, baru dapat high output.
Asalnya super low input (ekstensif), jangan beli.
Asalnya super high input, jangan beli juga nak buat pedaging, melainkan pembakaan, atau saja saja nak show off.

Salam!

Tuesday, January 29, 2013

OVERAMBITIOUS EXPLAINED


Aku percaya, kita masing masing boleh memasang angan angan tinggi melangit sehingga ke tahap mustahil, cumanya :

Grand personal ambition should not be made public, because I always, and always see immediate failure.

And if we insist on going public, then insert collectivity, because this lessen the chance of failure.

Kisah benar, masa aku melawat ladang kambing seorang jutawan construction. Masa tu aku baru masuk tahun ke 5 operasi, dia pulak baru 3 bulan bela kambing. Ada dalam 100 lebih ekor, dan kandang mak aih besar mak datuk boleh muat 1200 ekor. Baru mula terus buat kandang 1200 ekor. Memang dasat poket dia ni. Bini dua, maybe tiga kot, aku pun dah lupa.

"Target aku nak capai 10,000 ekor, dan kalau kandang ni tak muat, aku nak tambah jadi 5 - 6 tingkat kandang ni." kata jutawan ni.

Now - that is grand personal ambition made public. Dan aku rasa tuan tuan tahu apa penghujung kisahnya. Yep, tahun berikutnya tutup kandang, jumlah maksimum kambing dia pernah capai - tak sampai 500 ekor.

"Target aku nak capai 10,000 ekor, dan aku nak ambil orang susah kerja ngan aku, dapatlah tambah sikit income diorang ni".

Aaahh - that is grand collective ambition made public. And that lessen the chance of failure.

Senang cerita, angan angan peribadi kita lebih baik simpan. Takpelah tinggi melangit pun. Just keep to ourselves.

Tuan tuan,

Aku fikir kalau ambition kita untuk jadi yang terbaik atau ter'best', contohnya pengeluar kambing no 1 dalam bla bla bla, atau pembiak kambing terbesar dalam malaysia, atau pengimport kambing terhebat ... takde masalah, cuma jangan uar uarkan heboh sana heboh sini. It can backfire. Hard.

Lagi pun ambition macam tu tidak mencipta nilai, tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Aku perhatikan mana mana entiti yang no 1 dalam bidang masing masing, semuanya tidak mengejar status no 1, dan tidak menyatakan mereka mahu menjadi no 1.

Tapi kalau bab nak berbuat kebajikan kepada masyarakat, takpe kita berlumba lumba nak jadi no 1 dan kita nyatakan terang benderang. Grand collective ambition made public adalah jauh lebih tinggi untuk berjaya berbanding grand personal ambition made public.

I always notice this phenomenon.

*by the way, aku rasa takde ladang kambing yang lebih 2,000 ekor sekarang dalam malaysia. mmm... ye takde. Projek nasional mahu pun projek negeri semuanya tengah scale down. Overambition is in downsizing mode right now...

KITA PASTI DIUJI


Dalam bab production kambing, atau pembiakan kambing, di mana aku tengok banyak yang gagal, sebenarnya jalan paling pasti nak berjaya ialah dengan mengikut sunnah para nabi sebagai gembala kambing. Barulah kita dapat membebaskan diri kita daripada kepalsuan yang melilit dan mendakap kita sekuat kuatnya. Baru kita dapat bergerak ke hadapan.

Tetapi sebelum mengecap kejayaan, kita pasti diuji. Tuhan dah kata "Apakah mereka fikir mereka beriman sedangkan mereka belum diuji?". Maka kita kenalah mengetahui hakikat yang kita akan diuji, keyakinan kita akan digoncang sekuat kuatnya bilamana kita mengatakan kita beriman kepada Tuhan dan RasulNya.

Masing masing akan lain lain ujiannya. Ada yang diuji kekurangan harta, kekurangan jiwa, kekurangan sokongan, kekurangan kesihatan - pendek kata pasti dan pasti kita akan diuji, dan ujian akan datang dalam pelbagai bentuk.

Manakala untuk bab marketing atau pemasaran kambing, tip terbaik aku boleh bagi ialah istiqamah dalam bersedekah. Satu tip ni sahaja dah lebih baik dari rangkuman semua teknik teknik pemasaran yang kita belajar kat sekolah dan universiti. Jangan tunggu tunggu, buat sekarang. Lebih baik istiqamah sedekah sebelum buat bisnes lagi. Tinggi sikit chance bisnes kita nak berjaya bila konsisten dalam bab bersedekah ni.

Satu lagi yang aku nak sentuh ialah individual overambition made public. Ambitious takpe, cita cita angan angan tinggi melangit takpe hatta nampak tak logik sekalipun, tapi lebih baik jangan beritahu orang. Keep it to ourselves. Sebabnya aku selalu perhatikan personal overambition made public usually falls flat. Ujian yang datang akan bertimpa timpa berderet deret.

Kalau collective overambition - contoh untuk industri atau masyarakat, dan kita kecoh kecoh satu dunia tahu - takpe lagi. Yang macam ni susah sikit nak jatuh berdebuk, pasalnya tujuan kita untuk kepentingan dan kebaikan ramai. So takpe, bagi collective overambition, boleh bising kuat kuat.

Ok balik kepada consistency dalam bersedekah. Kita juga akan diuji bab ini. Tuhan memang guarantee dia akan tambah dan tambah rezeki bila kita bersedekah pada jalanNya, tapi ada masanya dia akan menguji setakat mana utuhnya kepercayaan kita kepadaNya. Sepertimana yang terjadi kat aku.

Adapun pada suatu hari jumaat yang indah beberapa tahun yang sudah, aku pergilah masjid nak solat Jumaat. Biasanya aku akan buat certain amount of contribution kepada mana mana masjid yang aku pergi Jumaat. Tapi nak dibuat cerita, hari jumaat tersebut memang aku tengah sengkek betul. Sengkek sesengkek sengkeknya.

Aku bukak beg duit aku,"alamak, kalau aku bersedekah ni, habih aku tinggal seposen je. Macam mana pula anak bini aku nak makan besok ni? Nak sedekah ke tak ni?"

Begitulah hati dan perasaan aku ketika itu. Berperang antara yakin dengan tak yakin. Berpuluh puluh kali fikir. Langsung aku tak tahu hujung pangkal khutbah, tak dengar apakebende khatib dok cerita. Huh, memang tak khusyuk.

Tapi last last aku sedekah juga. Aku tak tahulah nak kata ikhlas ke tidak, pasal banyak sangat fikir balik sana balik sini. Tuan tuan pun suka hatilah nak kata aku ikhlas atau tak ikhlas. Yang penting aku bagi juga.

Dan bila balik rumah, memang saspen. Dalam hati, malam ni janganlah bini tanya nak makan apa besok. Duit takdak nak beli lauk ni. Aku tidur pun tak lena, risau semacam.

Tetapi awal pagi berikutnya, pagi pagi betul, aku dapat satu panggilan telepon dari seseorang. Katanya dia nak beli kambing aku hari tu juga. Bukan sekor dua, tapi belas belas ekor nak buat bela. Total amount lebih rm9,000. Out of the blue.

Oklah tu kan? Aku sedekah sikit je, itupun berpuluh puluh kali fikir, tapi bila Tuhan bagi, Dia bagi berdebuk. Senang senang je. Dan mungkin ada antara tuan pembaca sekalian yang kata rm9,000 tu sikit je, apa nak heran. Tetapi aku memang betul betul sengkek masa tu, dan jumlah rm9,000 tu memang aku bersyukur sangatlah.

Peristiwa itu telah 'rejuvenate', atau 'recharge' atau menyegarkan iman aku. Meyakinkan aku untuk terus konsisten dalam bersedekah.

Tuhan sememangnya akan menguji kita, pasti dan pasti. Iman dan keyakinan yang kita sangka selama ini ampuh rupanya mudah sangat bergoyang, tetapi ketahuilah ujian tersebut hanya sementara.

Ujian kepada para daei, alim ulama, dan para nabi adalah lebih besar, lebih lama dan jauh lebih dahsyat berbanding ujian yang Tuhan kenakan kepada kita.

Kita baru tahap lesen L je, diorang punya test lesen, fuh! tahap kapal terbang kapal selam kapal angkasa ke bulan!

Oklah tuan tuan, salam hormat!










Saturday, January 26, 2013

PEMBIAK KENA JADI JUDGE DREDD!!


Judge Dredd = Judge + Jury + Executioner.

Barangkali tuan tuan boleh tengok filem hollywood Judge Dredd 3D yang Karl Urban berlakon tu. Dan boleh lebih faham apa yang aku cuba sampaikan. Mmmm... no. Not necessary. I just like the cool soundtracks and the perpetually unsmiling, super macho Dredd.

Sebenarnya tajuk yang lebih sesuai ialah pembiak mesti jadi predator. Dan aku tak merujuk kepada filem hollywood. Real predator. Pemangsa. Pembunuh.

Dalam situasi semulajadi, ekosistem seimbang bila ada pemangsa untuk mengawal populasi mangsa. Petanda ekosistem yang sihat adalah apabila wujudnya pemangsa. Without predator, something is really wrong. Really really wrong. It can lead to catastrophe of the entire ecosystem when the population of organism suddenly goes boom, and bust in another level of the food chain.

Itulah gunanya pemangsa, membantu mengawal kestabilan ekosistem. Takde pemangsa, memang habih runtuh kucar kacir alam semulajadi.

Tetapi dalam situasi penternakan yang baik (bagi kambing - sistem semi intensif atau intensif), risiko pemangsa (anjing, parasit, patogen) dikurangkan drastik. Dan ianya akan membawa kepada population boom. Kita sebagai pembiak memang cukup seronok tengok kambing menjadi jadi membiak tetapi realitinya kapasiti kandang kita terhad.

The boom will lead to overcapacity. Overcrowding.

That is dangerous.

Now, berdasarkan pengalaman aku, aku pernah cerita yang aku kena besarkan kandang atau buat kandang baru setiap dua tahun. Maknanya setiap dua tahun aku mengalami situasi overcapacity atau overcrowding. Setiap kali overcrowding berlaku, kambing aku akan stress dan banyak masalah kesihatan yang kadang kadang pelik, unexplainable. Mengundang kematian.

Contohnya 2012 (tahun sudahlah), di mana kapasiti aku patutnya lebih lebih 200 ekor aje, tapi terlajak jadi 350 ekor. Almost double. Kambing nampak macam ok, sihat dan bulat, tapi sebenarnya nak runtuh. Banyak mortaliti anak, serangan kutu dan hama, coccidiosis, bila mengandung gugur tanpa sebab - padahal sihat dan dah bagi ubat cacing dan makan cukup. Ini salah satu sebablah yang menerangkan mortaliti tinggi kambing aku tahun sudah, terutamanya di kalangan anak anak kambing.

Stress sangat, akibat kandang yang sesak. So bila mortaliti tinggi, ladang aku tak cekaplah, tak efisien, banyak membazir sumber. Dan ini menyebabkan aku bertukar menjadi Judge Dredd. Judge, jury, executioner. Banyak kambing aku jual sebab aku perlukan ruang untuk kambing membiak. To bring down the stress level.

Tuan tuan pembiak,

Semakin tinggi tahap overcrowding kita, semakin tinggi dan meluap luap daya daya (forces) yang nak mencantas populasi kambing kita. Kita tak mampu bertahan walau pun ada satu gudang besar ubat ubatan. Kita kena perhatikan alam ciptaan Tuhan, di mana titik keseimbangan sentiasa dicari cari. Tiada suatu makhluk pun termasuk single cell organism yang sangat pantas pembiakannya, mampu 'meledak' dan menguasai muka bumi.

Termasuklah kita manusia. Walaupun kita top predator, kita akan saling bunuh membunuh atas apa sebab sekali pun (agama, sumber, kuasa atau apa sahaja). Atau dilanda bala bencana (banjir, kebakaran, wabak penyakit dan sebagainya). Populasi kita, dan makhluk makhluk lain termasuk ternakan kita semuanya dikawal untuk bergerak ke arah titik keseimbangan.

Dan dalam usaha pembiakan kita, di mana tiada pemangsa, kita kena malah wajib jadi pemangsa. We have to kill, or decide which one to be killed by somebody else. We need room for growth. Breeding really needs space. It is absolutely necesssary.

Pastikan kita ada ruang yang cukup untuk kambing membiak. Barulah kambing kita seronok untuk membiak. Jadilah pemangsa. Atau Judge Dredd...

Salam!

*Overcrowding bukan sahaja akan membawa kepada ribut coccidia, tetapi pelbagai ribut penyakit penyakit lain, yang kadangkala jadi misteri dan sukar diterangkan. So watch out!

*Rawatan pencegahan coccidiosis berisiko menggugurkan kandungan secara tiba tiba, walau pun semua vet kata takde kesan sebegitu. Pengalaman aku dan rakan rakan pembiak lain membuktikan sebaliknya. Kena hati hati guna ubat cegah cocci ni.

*Instead of relying on medicines, it is really much much better just to sell the goats in handling overcrowding issues. We don't have the capacity to handle storm after storm of diseases - buat pening kepala pening poket je wehhh.. Just sell the goats to other breeders, let them happily breeds in their new home.

They will breed, they will, if they are happy and there is room for growth!

Thursday, January 24, 2013

MASA MULA MULA DULU


Aku nak further refine tiga post sebelum ini, di mana aku berasa takjub dengan ayat ayat Tuhan. Bilamana aku melemaskan diri dalam makna kalam Allah, berkali kali membaca, termenung menung memikirkannya, maka aku mendapat insight atau enlightenment atau eureka moment, yang kemudiannya membawa kepada suatu lagi insight, dan berterusan membawa aku kepada insight demi insight.

Hanya dengan 1 perkataan daripada sebaris ayat kalamullah, begitu banyak insight kita boleh dapat. Kalau kita baca hari hari berkali kali, betul betul lemas?

Now I understand the incredible power of the words of God.

Ok, masa aku awal awal bela kambing, memang kefahaman dan sistem aku tunggang langgang, banyak sangat dipengaruhi kepalsuan yang aku sangkakan kebenaran. Aku diasak dengan kepalsuan demi kepalsuan bertalu talu, di brainwash untuk menerimanya sebagai kebenaran.

Maka performance ladang aku pun sememangnya tidak memuaskan hati. Kidding rate per year ladang aku untuk tiga tahun pertama ialah 1.63, 1.69, dan 1.49. Tahun ketiga paling rendah dalam rekod ladang aku sampai sekarang. Terburuk. Patutnya tahun ketiga dah mula stabil dan naik, ini menurun pula. Absolute worse performance.

Masa tu, aku tidak terfikir mengikut sunnah para nabi, mengembala dengan tongkat. Mula mula, aku buat sistem intensif, biasalah kan, kali pertama dapat kambing. Makan tanggunglah. Memang larat masa tu, pasal kambing tak banyak. Kemudian aku fikir aku ada kawasan ragut, makanan banyak, apa susah - biarlah dia cari makan sendiri, tak payah aku penat penat mengembala. Kalau nak ikut pun sekejap je, takat 1 ke 2 jam, lepas tu biar kambing tu makan sendiri.

Bila banyak diserang anjing liar, aku menggelabah. Tukar balik sistem intensif. Bila dah nampak ok, line macam clear, aku lepas balik meragut tanpa gembala. Datang lagi anjing, masuk balik sistem intensif. Memang flip flop aku masa tu. Dan bengongnya, tak terfikir lagi nak ikut sunnah para nabi.

Masa tu juga, aku masih was was dengan kehebatan darah sendiri. Excited sangat dengan darah asing, terbeliak ternganga nganga. Kagum. Tegak telinga ni bila riuh rendah orang cerita kehandalan darah asing ni. Tak nampak keunggulan darah tempatan yang dah mengalir ribuan tahun, sebaliknya khayal dibuai orkestra yang mengalun musik indah darah asing.

Tapi bila dah terhantuk kena 'hammer' kepala aku yang bengong ni, barulah aku mula nampak kepalsuan dan kekeliruan yang melilit aku selama ini. Maka bermulalah pengembaraan mencari kebenaran.

Aku mula ikut sunnah para anbiya' - mengembala sepenuh masa dari mula lepas sampai kambing balik, dan bertongkat. Dan aku mula percaya sepenuhnya kepada darah tempatan, darah unggul warisan nenek moyang. Cantuman dua keyakinan ini mengubah prestasi ladang aku. Dramatik.

Kidding rate per year aku melompat kepada 2.17, 2.33 dan 2.34. Dan ini melebihi figura textbook buku buku ternakan kambing.

Tuan tuan pembiak,

Gembala kambing ni sebenarnya mengurangkan jumlah masa kambing aku meragut. Kalau ikut logik akal, kurang makanlah berbanding masa aku biarkan kambing makan sesuka hati sepuas hati dia. Patutnya bila kurang makan, merosotlah prestasi dia kan?

Dan aku tiada genetik yang hebat hebat dalam kambing aku. In fact, semua induk asal aku kambing kampung tua tua tahap reject. Dan aku tiada infrastruktur canggih manggih. Dan aku takde sistem yang betul betul teratur dalam bab bela kambing ni. Sesiapa yang datang ladang aku pasti tahu betapa tunggang langgangnya kandang aku.

Dan aku bukanlah pakar penyakit mahupun pakar pembiak.

Tetapi hanya berpaksikan dua kepercayaan ini - gembala bertongkat, dan percaya darah sendiri - aku survive sebagai pembiak kambing - jalan paling sukar dalam penternakan. And prosper. Against all odds.

Unbelievable? Then do it.

See what happens, see what will emerge when we do just like what the prophets did..

Dan aku percaya, sudah ada dan akan ada, rakan rakan pembiak seangkatan yang jauh lebih berhasil daripada aku..

kerana lebih berdisiplin mengikut sunnah, lebih percaya dengan darah sendiri, dan memiliki ilmu serta sistem yang lebih baik daripada aku..

pasti ada..

Tuesday, January 22, 2013

MASTER-SERVANT OR SERVANT-MASTER?


Pelik kan?

Sistem ekstensif di mana kambing bebas meragut sesuka hati sepanjang masa menghasilkan output yang rendah. Sumber bukan main banyak, kerja senang tetapi hasil mengecewakan. Kadar kelahiran rendah, mortaliti terlalu tinggi, kenaikan berat badan tidak memuaskan, susu tak cukup cukup, dan macam macam penyakit.

Manakala sistem semi intensif (gembala sepenuh masa) dan sistem intensif (makan tanggung) menghasilkan output yang tinggi walau pun sumber terhad - masa gembala yang terhad atau jumlah makanan yang terhad diberi kepada kambing.

Mmm, tak pelik kalau kita merujuk kepada Alquran. Tuhan dah cakap kan, kita kena tundukkan dulu binatang yang kita nak ternak, baru dia jadi jinak, baru dia perform sebagai ternakan. Dan ada dua cara utama bagaimana kita menundukkan kambing kita - gembala dan tongkatnya (sila perhatikan yang aku tak cakap gembala sahaja, tetapi gembala dan tongkatnya), atau pemberian makanan (rumput, dedak, susu, garam) secara konsisten - sistem intensif lah.

Baru baru ini sahaja sains membuat penemuan yang 'validate' atau mengesahkan apa yang Tuhan telah sebut dalam kitab suci kita, yakni kewujudan domestication genes in selected species. Dan domestication genes membolehkan kita menundukkan haiwan sebagai ternakan menurut kemahuan kita. Tak kisahlah untuk susu ke, daging ke, bulu ke, apa apa sekali pun janji kita kita kena tundukkan dulu, aktifkan dulu domestication genes ni.

Dengan gembala dan tongkatnya, atau beri makanan secara konsisten.

Dua dua kaedah ini pasti berhasil meninggikan output.

Adakah kadar kelahiran akan meningkat? Yes.
Adakah kadar kenaikan berat akan meningkat? Yes.
Adakah mortaliti akan menurun? Yes.
Adakah penyakit berkurangan? Yes.

Bukan aku seronok seronok cakap yes. Tapi Tuhan sendiri dah kata kan? Sememangnya haiwan yang telah diselitkan domestication genes akan memiliki prestasi lebih baik bila ada campurtangan manusia. Jauh lebih baik daripada yang dibiarkan feral, tidak bertuan, cari makan sendiri sekali pun sumber makanan luas terbentang.

Maka ambillah pengajaran, tundukkan dulu ternakan kita. Jadikan dia sebagai betul betul ternakan, barulah expect hasil yang memuaskan. Jangan buat sistem ekstensif, pilihlah samada semi intensif atau pun intensif. Guarantee berhasil, output lebih baik.

Now, itu satu bab, intro err... sambungan yang semalam. Aku nak bawa tuan tuan yang dihormati sekalian kepada suatu konsep yang terhasil bila Tuhan suruh kita tundukkan ternakan kita.Perkataan tunduk itu memberi makna :

Master - servant relationship.

Tuhan suruh kita jadi master manakala ternakan kita jadi servant. Kena faham baik baik ni, nak ternakan berprestasi tinggi - kena tundukkan - kita kena jadi master. Kambing mesti kenal siapa tuan, siapa servant, mana hirarki dia bila tuannya ada bersama dia.

Jangan jadi servant - master relationship. Terbalik pula. Memang boleh jadi. Binatang peliharaan. Binatang kesayangan. Pet.

Kita jadi servant, binatang tu pulak jadi master. Ye lah kita basuhkan berak dia, belai belai dia, mandikan dia bersyampu bagai, kasi makan special special - kan jadi master dia? Semua pet macam tu lah. Dia tuan, kita hamba haha.

Bila master - servant relationship terbalik jadi servant - master, memang confirm jadi high input. Ada yang sampai ke tahap extremely high input. So beware tuan tuan pembiak kambing.

Bila kita nak membiak ternakan, pastikan master-servant relationship terpelihara. Dan sistem gembala dengan tongkat berjaya memelihara keseimbangan ni. Ia memastikan hubungan kita dengan ternakan tak terbabas jadi servant-master. Dah terbukti ribuan tahun. Ternakan low input kepada high output.

Manakala pemberian makanan secara konsisten, walaupun menundukkan ternakan, tapi dalam masa yang sama, kita boleh dan senang terbabas. Apalagi kita guna botol susu dan selalu belai belai. Takut bertukar daripada ternakan jadi pet. Terus jadi high input.

High input high output takpe lagi kan? Kalau very high input tapi output macam tu juga? Demam kita dibuatnya wehh..

Maka tuan tuan pembiak yang dimuliakan, bila kita nak berjaya sebagai pembiak, kita jadikan alquran dan sunnah sebagai landasan. Dan bahan renungan. Maka kita nampak dengan mata hati. Sains pun ketinggalan jauh dalam bab mencari sebab musabab ayat Tuhan dan sunnah Nabi ni. Cerita dah ribu ribu tahun dulu, baru sekarang sains terkial kial tahu dan mengesahkan. Oklah tuan tuan..

Master-servant..

Learn to be the master..

Gunalah tongkat gembala..

Marilah kita bersama sama memburu rahsia tongkat gembala!

Salam.

Sunday, January 20, 2013

JANGAN BELI KAMBING EKSTENSIF!!!


Ini adalah untuk mereka yang nak membiak kambing pedaging. Always keep in mind this statement.

Menurut takrifan aku yang berbeza dari buku buku ternakan, sistem ekstensif adalah ladang kambing di mana kambing dibiar bebas meragut dari pagi sampai pagi balik. Tanpa gembala. Maknanya 24 jam buka pintu kandang, suka hatilah kambing tu nak balik ke idak. Tuan punya kandang akan check bila dah lewat petang, kalau tak cukup bilangan kambing, baru kelam kabut cari. Biasanya tak guna makanan tambahan - takde dedak, takde rumput extra.

Sistem ekstensif adalah sistem super low input, betul betul cincai, betul betul kampung style.

Dan outputnya rendah, tidak boleh mencapai tahap high output, high performance.

Manakala sistem semi intensif adalah sistem kambing dilepaskan meragut dengan gembala sepenuh masa. Digembala dari mula lepas hingga balik ke kandang. Sebaik baiknya gembala dengan tongkat. Maknanya masa ragutan adalah terhad, bergantung kepada keupayaan si gembala.

Dan sistem semi intensif adalah sistem low input, dan high output. It represent the highest chances of success for any breeding program.

Bagi sistem intensif, kambing dikurung dalam kandang, diberi makan sepenuhnya. Tiada gembala diperlukan. Sistem yang popular sekarang ini. High input, and high output. High chance of success for any breeding program, kalau larat cari rumput dan tinggi ilmu bab nutrition kambing.

Eh awi, ko ni biar betul? Nampak macam ko ni anti sistem intensif dari awal blog sampai sekarang? Bukan ke ko ni staunch traditionalist?

Tuan tuan,

Untuk mereka yang nak betul betul membiak kambing pedaging, yang nak buat full time, yang nak betul betul menjadi usahawan, yang nak expect reasonable income, yang nak high output dan yang nak extract high performance dari kambingnya - maka ada dua sistem yang aku cenderung, no.. yang aku sokong - sistem semi intensif dan sistem intensif.

Semi and fully intensive represent higher chance of success in breeding effort, and semi intensive has the highest chances of success.

Aku langsung tidak recommend sistem super low input, dan ianya berbeza dari amalan aku, yakni low input husbandry. Hati hati tuan tuan, jangan salah faham apa yang aku cuba sampaikan. Aku buat low input husbandry, aku tak buat super low input husbandry. Aku tidak obses menurunkan kos. Aku bukan 24 jam asyik fikir bagaimana nak merendahkan kos.

Yang aku selalu fikir adalah bagaimana meningkatkan kualiti dan kecekapan. Aku tak kisah sangat kalau kos aku naik, selagi aku tidak masuk zon hukum pulangan berkurangan.

Ini kepercayaan aku. Dan aku nak sampaikan, pasal aku nampak banyak confusion.

Tuan tuan pembiak,

Ada satu benda kita mesti tahu, pasal ianya disebut dalam alquran. Tuhan suruh kita perhatikan bagaimana dia memudahkan kita mendapat manfaat daripada haiwan ternakan bila Dia menundukkan haiwan tersebut untuk kita.

MENUNDUK. Kena baca ayat tersebut berulang kali, fikir dalam dalam, kena tenggelam, kena lemaskan diri dalam makna ayat tersebut. Barulah terbuka hijab, baru datang enlightenment, baru datang 'eureka moment', baru kita bermandikan cahaya kefahaman. Barulah kita nampak kehebatan dan kebesaran Tuhan. Kita memandang dengan mata hati, bukan lagi kita memandang dengan mata kasar.

Baiklah, bila Tuhan kata Dia tundukkan, dan berdasarkan ilmu genetik baru baru ini yang menemui kewujudan domestication genes dalam haiwan haiwan tertentu - ternakan akan tunduk bila ada campurtangan manusia. Lebih banyak campur tangan, lebih tunduk ia. Dan ia diwariskan kepada keturunannya.

Tuhan dah selitkan domestication genes dalam haiwan haiwan tertentu yang memudahkan manusia menunduk dan mendapat manfaat daripada haiwan tersebut. Syarat domestication genes untuk diaktifkan, mestilah ada campur tangan manusia.

Ada sesiapa yang dah mula nampak? dan implikasinya?

Ok. Kita teruskan. Untuk establish penundukan, ada dua cara utama campurtangan - makanan(rumput, dedak, susu) ATAU gembala dan tongkatnya. Kedua dua cara ini akan berhasil mengaktifkan domestication genes, baru kambing tu jadi jinak, baru kambing tu tunduk kat kita, baru lah kambing tu perform.

PERFORM! PERFORM! PERFORM!

Tak tunduk, tak perform.
Tunduk, baru perform.

Nampak tak ni? Pasal tu aku tidak menyokong sistem ekstensif kerana ketiadaan gembala atau ketiadaan makanan tambahan menyebabkan tiada elemen penundukan. Tuhan dah katakan, ternakan-ditundukkan. Makanya kalau kita tak tundukkan, tak jadilah ternakan namanya.

Jadi liarlah dia, jadi feral. Jadi tak bertuan, gagal mengenal tuannya, gagal untuk perform sebagaimana yang kita mahu.

Kambing yang tidak masuk master - servant relationship, akan gagal berfungsi sebagai ternakan. Dia akan berfungsi sebagai kambing, tetapi akan menghampakan kita kalau nak dijadikan ternakan. Tertonggeng tonggeng kita dibuatnya, memang boleh menangis. Massively disappointing. Get it?

Degil tak makan saman, bila makan tak nak bersama kumpulan, terpisah pisah, kejap lari sana lari sini, langsung tak takut tuannya. Mampuih kita..

Maka tuan tuan pembiak, sebaik baiknya untuk program pembiakan, jangan beli kambing untuk dijadikan induk dari ladang ladang yang mengamalkan sistem ekstensif. Menangis kita dibuatnya nanti. Jangan terpedaya dengan super low input yang diamalkan, kena tengok dalam dalam sikit. Jangan terpedaya dengan harga murah murah yang ditawarkan kerana sistem super low input memang mampu jual kambing murah murah.

Sebagai pembiak kambing yang nak berjaya, kita nak kambing yang akan perform. Untuk itu kambing tersebut mestilah yang dah disekolahkan, yang dah tunduk, yang dah faham siapa master siapa servant. Dan gembala beserta tongkatnya adalah cara yang terbukti berkesan selama ribuan tahun, dari kali pertama kambing ditundukkan semasa Qabil dan Habil, merentas zaman para anbiya', hinggalah sekarang.

Gembala beserta tongkatnya akan berjaya maintain equilibrium master - servant relationship sampai bila bila, kerana ia telah pun dinyatakan oleh Tuhan. Dan Tuhan itu Maha Benar.

*Tuhan tidak selitkan domestication genes dalam kebanyakan haiwan yang diciptakannya, hanyalah haiwan haiwan tertentu yang sangat sedikit bilangan spesisnya. Sebab itu banyak percubaan manusia untuk menundukkan hidupan liar (membiakkan) macam panda sangat sukar. Banyak haiwan liar susah nak tunduk kepada manusia, and they will underperform kalau di bawah jagaan manusia. Tetapi bila dibiarkan ke habitat dan cara asalnya, haiwan liar ini akan perform, breed, macam biasa.

*Ternakan mesti ditundukkan. WAJIB ditundukkan, baru akan perform untuk kita. Kambing dan lembu sebenarnya underperform dalam keadaan liar, tetapi akan high performance bila ada campurtangan manusia.

Alquran. Kita mesti gali kehebatan dan keajaiban ayat ayat Tuhan, dan keunggulan sunnah rasulullah. Kita mesti tegakkan kembali panji kebenaran yang ditinggalkan Rasullulah. Terlalu lama kita biarkan panji kebenaran itu bersalut dengan kepalsuan demi kepalsuan.

Telah tiba masanya...

Saturday, January 19, 2013

TRUE BLUE SUNNAH


Post kali ini barangkali tidak akan menjadi post yang paling popular, tetapi akan menjadi post paling penting yang pernah aku tulis. Mungkin aku akan hilang banyak kawan selepas ini, dan memiliki lebih ramai musuh musuh, tetapi aku tetap akan menyampaikan apa yang telah lama aku simpan.

Menternak kambing memang sunnah para nabi. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawasanya semua nabi adalah pembiak kambing. Takde yang jadi importer. Dan semua nabi membiak kambing dengan cara mengembala. Dan semua nabi mengembala dengan tongkat.

Adakah tuan tuan nampak dengan jelas?

Para anbiya' adalah penternak kambing.
Dan mereka adalah pembiak kambing.
Sesungguhnya mereka membiak dengan cara mengembala.
Dan mereka mengembala dengan membawa tongkat gembala.

Banyak antara rakan penternak aku, dan pegawai veterinar tidak percaya aku boleh survive sebagai pembiak dengan 100 induk kambing sahaja. Mereka tak percaya aku boleh hidup dengan kambing 300 ekor sahaja. Apalagi nak percaya dengan income level yang aku nyatakan dalam post sebelum ini.

Mustahil, impossible.

Dah la membiak 100 peratus, takde buat trading dan importing, tak mengharap susu dan tinja, takde downstream processing (contohnya daging beku atau masak masak untuk aqiqah dan korban), takde bantuan khas kerajaan.

Income aku betul betul dari livestock breeding sahaja. Jalan penternakan yang paling sukar dan nampak mustahil.

Tetapi tuan tuan pembiak yang dimuliakan,

Sesungguhnya mereka yang tidak percaya dengan aku semuanya tidak betul betul mengikut sunnah para nabi. Mereka tidak mengembala sepenuh hati, dan kalau mereka mengembala mereka tidak membawa tongkat.

Mereka tahu menternak kambing itu sunnah, tetapi mereka mengambil sunnah itu separuh separuh. Mereka tidak memahami sepenuhnya konsep dan cara hidup para nabi sebagai pembiak kambing. Mereka tidak berhenti sekejap dan tidak mengambil masa untuk merenung sedalam dalamnya cara nabi nabi bila menternak kambing.

Tuan tuan,

Jalan nabi adalah jalan yang lurus.
Jalan nabi adalah jalan yang pasti dan pasti beroleh kejayaan.
Jalan nabi adalah jalan yang dijanjikan Tuhan akan berakhir dengan kemenangan.

Dan janji Tuhan, janji nabi adalah janji yang benar sebenar benarnya.

Kenapa kita tak nampak nampak? Kenapa kita teragak agak? Kenapa kita percaya separuh hati sahaja? Kenapa kita tidak yakin sepenuhnya pada junjungan kita sendiri?

Dan ada kalangan kita yang berani mengatakan cara nabi dengan gembala dan tongkatnya adalah cara lapuk, cara yang ketinggalan, cara yang tidak nampak gah, cara yang tidak nampak komersilnya, cara yang tidak mengkagumkan, cara yang memalukan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi, cara yang tidak layak diikuti.

Dan kenyataan ini datangnya daripada mereka mereka yang mengaku dirinya Islam, yang mengaku dirinya di belakang bendera para nabi.

Sebab itu kita gagal dan gagal. Berterusan gagal.

Kita tidak mahu melangkah menurut langkah Nabi. Kita cuma mengikut derap langkah yang pertama, kemudian kita lari keluar dari barisan, berterabur mengikut jalan masing masing. Kita ingat kita boleh, rupa rupanya jalan yang kita pilih berpusing pusing memeningkan kepala.

Tuan tuan sekalian,

Dalam kitab suci kita, telah disebut perkataan pengembala dan tongkat gembala. Bila ianya disebut dalam kalam Allah, maka ianya pastilah benda yang besar, benda yang sangat besar maknanya. Alangkah baiknya kalau kita mengambil masa untuk berfikir sebentar dan merenung sedalam dalamnya.

Pasti banyak rahsia yang akan terbongkar, akan terbuka hijab, dan akan tenggelam kita dalam keseronokan 'enlightenment', bilamana kita dapat meresapi ke dalam jiwa kita akan hikmah hikmah, yang tersurat dan yang tersirat dari ayat ayam kalam Allah.

Tatkala ramai penternak dan pegawai riuh rendah hingar bingar terperangkap dalam kotak kekeliruan, sibuk mencari dan mereka reka jalan keluar dari kotak tersebut, alkisah sang gembala dan tongkatnya telah berjaya menemui tali kebenaran dan memanjat keluar dari kotak kekeliruan yang penuh dengan kebisingan itu.

Sang gembala dan tongkatnya memanjat keluar senyap senyap.

Dan bilamana sang gembala dan tongkatnya melihat hiruk pikuk dalam kotak kekeliruan di bawahnya, maka sang gembala dan tongkatnya berbisik dalam hati “Alangkah baiknya sekiranya saudara saudaraku dapat diam sebentar, duduk berteleku dan melihat dinding kotak itu. Nabi telah pun menghulurkan tali kebenaran pada dinding itu. Cuma tinggal dipegang kejap kejap kuat kuat diikuti. Pasti akan berhasil menemui jalan keluar.”

Dan sang gembala dan tongkatnya sedang melalui pengembaraan baru yang menakjubkan, setelah bebas dari kotak penjara kekeliruan.

“Jalan Nabi adalah jalan kebenaran yang akan menuju kemenangan!”

Setakat mana yakin kita?

Thursday, January 17, 2013

ALMOST FAMOUS..


Ladang aku sebenarnya dah pernah masuk tv. Drama. Tajuknya "Ha! Cucu Opah nak Kahwin Sekali Lagi?". Huh, payah betul nak sebut. Arahan Fauzi Nawawi.

Lama dulu dah. Shooting masa 2006, atau 2007, tak ingatlah. Astro selalu juga rerun drama ni. Tapi aku sendiri tak pernah tengok. Pasal masa tu aku tak dak genset dan tv. Lilin adalah. Sengkek sangat masa tu. Pasang lilin pun berkira kira gak, nak jimat punya pasal.

Aku beli tv pun bila ada duit lebih orang bagi hadiah masa aku kahwin dulu. So terima kasihlah pada sapa sapa yang hadir dan beri sumbangan masa aku kahwin dulu. Jam, oven, water filter, periuk belanga, seterika, dapur gas hahaha memang penyumbang penyumbang ni faham situasi aku walau pun banyak hadiah barang letrik aku tak boleh guna. Letrik tak dak wehh..

Masa buat shooting drama ni, aku rasa ada satu bas orang. Sesak masak huru hara jadinya ladang aku. Kambing pun jadi cemas. Stress ramai sangat orang. Terpaksa aku makan tanggung kambing aku hari tu. Adalah 50 - 60 ekor kot masa tu.

Oleh kerana aku dah pernah merasa on air, dan situasi kelam kabut yang terhasil akibat on air, maka aku tidak lagi berminat untuk masuk tv. Aku juga tak berminat masuk majalah dan suratkhabar, atau masuk mana mana pertandingan dan pertunjukan kambing. Aku juga akan menolak sebarang pencalonan anugerah tani, dan aku juga tidak akan buat papan iklan besar sana sini.

I no longer have an urgent need for fame.

Fame come when we are really expert at what we do. It naturally come.

Instead of seeking fame, it is better to improve our skill, improve our knowlege, build personal relationship, and let time do the rest. It will work, and it will last.

Kalau baru mula, dah kecoh sana sini, aku tak berapa yakin boleh bertahan lama. Aku perhatikan, mana mana bisnes baru yang bukan main galak berkokok berdentam dentum, itulah yang cepat 'kiok'. Cepat kena sembelih, udahnya bising sangat haha.

"Don't seek fame, but seek knowledge"

Salam.

*Perkhabaran telah sampai ke telinga aku, ada orang kata aku nak tutup kandang, nak jual habis semua kambing. Kelakar sungguh laa..

Macam macam pesen orang, hmmm...

Tuesday, January 15, 2013

AKU AKAN DIBEDAH!


Berdasarkan beberapa posting sebelum ini, tuan tuan boleh simpulkan yang operasi ladang aku ada banyak ruang untuk penambahbaikan. Banyak ruang. Banyak lagi performance yang aku boleh extract.

It's amazing to know that.

The potential that lies in wait. Waiting for me to explore.

Ada orang kata kenapa tak banyakkan kambing lagi, jadikan ribu ribu ekor? Hmm.. aku bukan jenis 'quantity' person. I take my time, really take my time and I value quality and efficiency. Dan aku rasa aku tak akan pergi ke arah ribu ribu.

Yeah, I am not that ambitious. Lagi pun, ada banyak lagi benda aku nak belajar pada peringkat 300 ekor ni. Biar dah master dulu, baru fikir lain lain. One step at a time. Slow. Tapi kura kura menang juga akhirnya kan?

Nenek moyang kita memang pandai kerana dapat mewariskan kebijaksanaan melalui ceritera sebegitu.

Orait. Itu intro, cerita sebenarnya ialah ladang aku akan dibedah untuk tahun ini dan tahun depan. Tiga orang student biotech peringkat master akan menjalankan kajian inside out ke atas ladang aku. Autopsi, err... no, autopsy is for the dead, and I am not dead yet.

Semua aspek ladang aku akan dikaji, teknik teknik, data data, methodology, and beliefs. Pembiakan, rate of gain, economic performance, makanan dan whatever else there is. Which means, I am getting naked. Holy cow!

Jujurnya, aku tak selesa sebab aku akan mendedahkan internal operation ladang kepada semua orang. Bukan setakat data dan teknik, tetapi juga kesilapan kesilapan yang aku pernah buat. Some of them are really dumb mistakes.

Dumbness in the magnitude of maybe ;

Bill Clinton - Monica Lewinsky oval office affair, or...
Britney Spears showing her @#$%^ to the entire world, or...
accusing someone straight and having a back pain of committing homosexuality. Twice... and whoever believe this lies, must be having the brain size of a siput sedut.. maybe even those siput sedut got way much bigger brain than them.. idiots..

Yeahh.. spectacular dumbness in that magnitude. And No, No, No. I am not keen on revealing them. Not now. Not yet.

Ahh... sekarang aku dah habis merepek. Kat mana aku tadi?

Ye.. operasi ladang aku akan dikaji. Dan hasil kajian tersebut akan digunakan untuk menambah baik operasi aku, which then will spill into other farm. That is good.

Kita akan sama sama belajar.

Learn from my mistakes.

From the past and future..

Monday, January 14, 2013

LAZY FAT OZIL


Ozil yang kat tengah

Budak Ozil ni sekarang umur 4.9 bulan . Berat lahir 4.5kg. Aku timbang semalam 31kg berat dia. Tak secepat anak jantan Laksam yang mencapai 30kg masa umur 4.4 bulan. Salah satu sebab dia si Ozil ni lambat belajar makan lain (rumput dan dedak). Tak reti reti nak cerai susu.

Aku teragak agak nak jadikan dia sebagai pejantan. Pasalnya dia ni single birth, bukannya berkembar. Sekarang ni, kriteria aku, jantan untuk dijadikan pejantan seboleh bolehnya kembar. Aku tengah eksperimen..

Eksperimen?

Aku nak buat pengakuan ekslusif. Tahap Harian Metro. Selama ini pejantan yang aku gunakan adalah keturunan single birth. Dari aku mula bela kambing sampai pertengahan tahun sudah. Ciri utama selection ialah berat masa cerai susu. Aku tak guna berat lahir sebagai kriteria.

Nasib baik kidding rate aku ok. Tinggi.

Dan ini menyebabkan aku terfikir kalau aku guna pejantan berkembar macam mana pula hasilnya? Adakah kidding rate akan bertambah baik? Significantly or just slightly?

Hasil eksperimen hanya akan diketahui selepas 2013. Maybe lepas 2014 to be more accurate pasal aku ada lagi pejantan single birth. Still have no intention to retire him. Pasal dia ada sifat unik. I'm not ready to reveal what it is yet. Not rate of gain, not color, not body conformation. Some thing else.

Sekali lagi, ada tak siapa siapa pembiak atau breeding experts kat Malaysia ni yang tahu perbezaan prestasi ladang tempatan guna pejantan single birth dengan twin births? Yang ada rekod le.. Tak mau lah jenis yang cakap aje atau agak agak.

Ada tak local research pasal ni ye? Kalau takde, apa pula hasil kajian antarabangsa?

Of course I know they recommend using twin births, but I have not come across researches that actually compare the performances. Any body?