It
can be 47%. It can be 53%. It can be somewhere in between. But in the
long run, it will always be 50:50.
Always.
Misteri
sungguh.
_________________
Berdasarkan
rekod kelahiran kambing di ladang aku, dan aku buat natural mating,
ada tahun tahun tertentu di mana anak betina adalah 53% daripada
jumlah kelahiran (47% lagi jantan). Ada juga tahun dimana anak
jantan membentuk 53% daripada jumlah kelahiran (47% lagi anak
betina).
Ada
juga tahun dimana peratusannya 49-51, atau 48-52.
Apa
pun peratusannya, adalah jelas aku perhatikan:
47%
adalah minimum.
53%
adalah maksimum.
Jangka
masa panjang, atau aggregat, pasti dan pasti 50:50.
___________________
Cerapan
aku bukan terpakai untuk ladang kambing aku sahaja, tetapi rupa
rupanya cerapan yang sama didapati daripada kajian demographer, atau
pengkaji populasi, ke atas semua mamalia.
Semua
mamalia.
Setiap
spesis mamalia akan bergerak ke arah 50:50 dalam jangka masa panjang
walau apa pun yang terjadi ke atas spesis tersebut. Baik disebabkan
malapetaka (kebuluran, bencana alam) atau polisi (preference untuk
anak lelaki di China).
____________________
Aku
juga perhatikan, tahun tahun dimana banyak kelahiran anak betina
adalah tahun tahun awal aku bela kambing, dimana ketika itu aku belum
cukup mahir membiak, dan kambing selalu tak cukup makan dan makan
benda yang tak betul.
Sekarang,
situasi terbalik dimana aku menerima lebih banyak kelahiran anak
jantan berbanding betina. Ketika ini situasi pemakanan kambing dah
stabil, dimana kambing dapat makan benda yang betul dan dalam
kuantiti yang betul.
Kesimpulan
mudahnya, banyak anak betina dilahirkan ketika wujud situasi
'underfeeding' atau 'undernutrition'. Dan lebih banyak anak jantan
dilahirkan ketika situasi 'normalfeeding' atau 'overfeeding'.
Mengarut?
Tidak
sama sekali. Para demographer yang mengkaji pertumbuhan populasi
mamalia di padang rumput afrika juga menemukan kesimpulan serupa.
Ketika musim kemarau, dimana makanan tidak cukup, lebih banyak anak
betina dilahirkan. Ini kerana usaha mengandung, melahirkan, dan
membesarkan anak betina tidak memerlukan jumlah tenaga yang besar
sepertimana yang diperlukan untuk anak jantan. Para demographer juga
berpendapat, 'survival mode of the species' diaktifkan ketika situasi
underfeeding, dan 'survival mode of the species' prioritinya ialah
pembiakan, dan pembiakan pastinya tertumpu pada anak betina.
Dalam
situasi normal, dimana makanan cukup, bilangan anak jantan sekitar
51% ke 53%. Sememangnya anak jantan akan lebih dalam situasi ini,
kerana jantan ada satu lagi tugas - bersaing sesama mereka untuk
dapatkan hak mengawan, dan persaingan ini menyebabkan banyak anak
jantan mati atau 'pencen'. Untuk menstabilkan nisbah spesis kepada
50:50, sebab itu lebih banyak anak jantan dilahirkan.
Berdasarkan
input rakan penternak juga, mana mana yang kata banyak sangat anak
betina dilahirkan, bila aku pergi melawat dan perhati program
pemakanan kambing, memang wujud situasi 'underfeeding' - samada
makanan memang kurang cukup, ataupun banyak makanan kurang betul
untuk kambing.
Ok.
Banyak kita boleh pikir berdasarkan cerita di atas. Dan aku juga ada
terpikir, barangkali ini semua ada kaitan dengan kata kata Tuhan yang
menjelaskan kepada kita semua, sesungguhnya setiap makhluk ciptaanNya
dijadikan berpasang pasang.
That's
why it's 50:50, in the long run, for any species.
Walau
pun kita cuba campurtangan, dan ada kebolehan terhad, dalam
menentukan jantan betina anak anak kita mahu pun ternakan kita.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment