"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, June 24, 2013

RUMPUN ASIA STOCK SALE

Semalam, Prof Ramli tepon aku. Dia bagitau ladang kambing dia di Batang Kali (nama ladang - Rumpun Asia) sedang buat clearance sale. Boleh juga rujuk blog cinta penternak kambing pada link sebelah. Yang maintain blog ni bukan prof ramli, tapi student dia.

La ni dia ada 500 ekor. Baka campur campur, termasuklah jermasia sikit sikit. Nak jual dalam 100 ekor lebih, targetnya nak maintain herd number pada 300 kepala.

Sama macam aku jugak lah, maintain 300. Macam kelam kabut aje bila lebih 300 ekor ni. Aku punya reason, aku tak cukup kapasiti infra, petak beranak tak cukup cukup. Prof ramli punya reason - rumput tak cukup. Sebab tu nak buat stock clearance.

Cerita pasal stock clearance ni tuan puan, sebenarnya ia adalah satu necessity, keperluan, mungkin capai tahap kewajipan dalam usaha kita membiakkan kambing. Kambing ni pantas pembiakannya, so bila kita rasa bilangan kambing dah cecah suatu nombor tertentu, dan kita rasa kelam kabut, dan kapasiti kandang atau makanan macam tak cukup - jangan tunggu tunggu, cepat cepat jual.

Memang kena jadi judge dredd.

Kalau kita dok lengah lengah takut nanti datang catastrophe. Tiba tiba je berderet kambing mati. Berdasarkan pengalaman aku, ye memang jadi. Makanan untuk kambing cukup, tapi kandang plak overcrowding. Kandang baru tengah buat tapi lambat siap, ingat boleh la tunggu sekejap. Hmmph... banyak kematian especially anak anak.

Recommendation aku, selalu buat clearance. Annually. Bagi kandang nampak macam kosong banyak ruang dalam tempoh tertentu setiap tahun. Kambing ni bila tengok sebelah kiri kanan dia banyak ruang, mulalah nak beranak sahaja. Macam kita juga, baru berumahtangga, balik rumah nampak kosong je. Mulalah sibuk bikin anak.

Kandang overcrowding, kambing susah nak perform. Kidding rate akan jatuh sebab dia stress. Rasa macam duduk dekat hong kong, atau singapura. Takde selera nak beranak. Tapi kalau ada ruang, dia rasa macam duduk kat kampung rumah sebijik sebijik sawah keliling. Beranak pinak sahaja. Fuhhh memang besar besar famili nya.

Memang elok sangat lah buat clearance sale ni.

So kepada sapa sapa yang berminat, contact lah no tepon dalam blog cinta penternak kambing. Jangan tepon aku tanya pasal kambing dia, pasal aku pun tak sampai ladang dia lagi. Tapi aku selalu lah jumpa prof ramli ni, sebab dia ajk persatuan pembiak kambing malaysia. Cuma ladang aje tak sampai sampai lagi.

Ok. Adios!


*Aku ni sibuk bagitahu orang lain ada kambing nak dijual, tapi aku sendiri tak promosi kambing aku kihkihkih...

2 comments:

  1. jual harga murah, confirm esok habis. Jgn malu-2 pulak nak turun harga.

    Ni juga masa utk beramal.

    Nikmat yg Allah bagi ni satu ujian, ujian utk kita sama ada guna utk kebenaran atau sebaliknya
    (An Zummar-ayat 39 sila rujuk).

    Salam.

    ReplyDelete
  2. Assalam.. tuan ada jual kambing jermasia tak? nak buat induk..

    ReplyDelete