"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, June 18, 2013

BURN BABY BURN!

Geng tegar surau alhuda langkap sedang lapah kambing



Salah satu objektif 2013 adalah memperuntukkan 12 ekor kambing bagi mana mana pihak yang memerlukan. Maksud aku sedekah lah, termasuk zakat. Biasanya madrasah anak yatim, rumah orang kurang upaya, masjid atau orang susah.

Alhamdulillah walaupun ladang aku diuji dengan beberapa peristiwa berturutan, Allah masih memberi ruang dan kemampuan untuk aku meneruskan niat aku. All praise to the Lord of the Worlds, Who provides endless susteinance and bounty to all His creatures.

Dan aku ada satu persoalan di sini. Seboleh bolehnya bila aku bersedekah, aku nak jadikan semuanya sebagai zakat. Argument aku ialah zakat sudah pasti jadi sedekah, tapi sedekah bukan zakat. So to be on the safe side, demi memastikan aku memenuhi kewajipan berzakat, semua sedekah kambing ni aku niat sebagai zakat. Boleh ke? Kalau kita bagi kat masjid atau surau, untuk jamuan penduduk selepas ceramah, adakah itu boleh dikira zakat?

Mohon pencerahan daripada sesiapa yang lebih arif.

By the way, aku ada bagi kambing dua ekor semalam kepada surau alhuda di langkap. So ada empat ekor kuota lagi untuk dipenuhi bagi tahun ini.

Biasanya aku jual hidup hidup, aku kurang sikit bab bab processing ni. Seboleh bolehnya aku nak elakkan sembelih dan lapah di ladang aku, kena pulak kalau aku yang disuruh buat. Aii tak maulah, tak pandai satu, tak lalu pun ye. Rasa sakit senak meragam saje perut ni tiap tiap kali aku kena naik saksi kambing aku disembelih. Pekerja aku pun sama, rasa nak demam tak boleh nak tidur satu malam.

Tapi semalam ada banyak geng surau yang datang, jadi meriah suasana. Kambing yang aku bagi tu, disembelih dan dilapah berhampiran ladang aku. Seberang jalan, jadi kambing kambing lain tak nampak. Haa ok lah sikit.

Orang surau nampak aku macam berani bab bab sembelih dan melapah kambing ni. Padahal aku pejam mata bila kambing tu kena sembelih, lepas tu buat buat alasan gali lubang nak tanam sisa kambing, nak mengelak dari melapah punya pasal. Peh gali lubang cetek pun berjam jam. Kambing dah habih dilapah, aku tak siap siap gali lubang hahahaha.

Anyway aku menyaksikan satu benda pelik yang belum pernah aku saksikan sepanjang 8 tahun aku membela kambing ni.

Biasanya kita dengar macam macam petua nak mengelak daging kambing berbau hamis. Macam macam berderet deret petua. Tak boleh angkat ketiak masa sembelih, jangan bagi bulu melekat kat daging masa melapah, guna daun itu daun ini masa masak kambing, dan bermacam macam lagi.

Kali ini memang pelik betul, pasalnya bila dah siap melapah, karkas kambing ni dilayur dengan api. Ye, pelepah sawit yang kering tu dibakar dan apinya disuakan pada karkas. Bagi bulu bulu yang terlekat pada karkas habih terbakar. Jadi takde bau lah, pada pandangan geng surau ni.

Now aku takde masalah bab bab petua ni, tapi apa yang aku tahu, faktor penentu paling besar bagi kelembutan, kesedapan, dan ketidakbauan bagi daging kambing ialah kita pilih kambing di bawah umur setahun (kambing muda), dan grain fed (kita bagi bijirin sebagai makanan kambing ketika penggemukan).

Kambing bawah setahun, dan bijirin masa finishing.

Semua petua petua adalah kaedah sampingan yang lebih kepada 'masking techniques'. Baik petua orang dulu mahupun petua moden termasuklah 'enhancement techniques' macam karkas disejukkan selama dua minggu atau dua bulan sekali pun.

Basicnya, yang paling asas, tetap umur dan pemakanan kambing.

And yeah, banyak kita kena educate consumer kita. Oh oh this will takes lots of time and resources. Kita kena banyak sabar. Negara kita dari segi bab pengetahuan pasal daging memang banyak ketinggalan berbanding negara negara maju yang semuanya kuat makan daging merah.

Hey, perasan tak benda tu? Semua negara maju kuat makan daging merah? Aaaa ni kita kena investigate, kalau kita betul betul ikut sunnah, betul betul kuat makan kambing, nescaya lebih cepat maju negara kita ni. Ye lah kenapa kita tak perasan?


Anyway, aku nak sertakan sedikit gambar masa proses sembelih dan lapah kambing ni. Selesai proses ni, daging kambing dimasak kurma. Sedap sedap daging muda...

video
BURN BABY BURN!

Bulu yang melekat memang habis terbakar, tetapi...
Abu pula yang melekat penuh pada karkas. Kena basuh dengan air. Proper carcass handling does not involve using water, no meat washing.  Tapi takpelah, bukan untuk meat connoisseur, just for general consumer. It's ok then.

Salam!








5 comments:

  1. kalau zakat kena ikut syarat sah zakat. umur kambing dan golongan yang layak terima.

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Zakat diberi pd yg hak,kmbing pun kne ckup umur. Lbh sesuai kita niat sedekah@hadiah.
    Pasal daging berbau tu,sy rasa ia dpengaruhi dr cara pnyembelihan n siapa yg menyembelih

    ReplyDelete
  3. nak tanye kandang prof alwi x buat sembelih n lapah. jadi kalu customer nak bli untuk akikah dorang sentiasa amik hidup ke?

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum. TUan kena pastikan yang dapat tu ASNAF. Ada guideline dia, kalau yang dapat bukan asnaf tak kira zakat la tu.

    ReplyDelete
  5. "Proper carcass handling does not involve using water, no meat washing."

    Exactly. Another alternative way nak buang bulu kat daging ni ialah dengan menggunakan.........kain lembab aje (tak lembab sgt pun) Tepuk saje pada daging yang ada bulu melekat.

    However seorang yang pro lapah, kurang bulu melekat kat daging.

    Geng surau ni cantik lapah dia. U can see at the flank (bahagian kulit daging kat perut) is still intact and no wastage on meat.

    Tahniah diatas usaha bersedekah prof dan diharap menjadi contoh kepada yg lain.

    ReplyDelete