"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, June 11, 2012

THE OPEX


Kali ni masuk bab yang sensitif sikit, jarang disentuh orang. Banyak blog atau web presence pasal kambing ni lebih ke arah menjual kambing dan servis yang berkaitan. Jarang jarang nak mendedahkan operasi di sebalik tabir. Pendedahan aku ni boleh dijadikan panduan bagi bakal pembiak atau pembiak baru atau pembiak yang sedang terumbang ambing dalam dilema. Senang nak buat keputusan.

Realiti, bukan dalam buku penternakan, bukan dalam kursus ternakan. Realiti yang tak digilap, 'unpolished', tidak ditokok tambah. Dari seorang real time breeder yang tidak bersandarkan modal juta juta.

Sebelum itu, aku mesti bagitahu yang aku ada sindrom asperger, sejenis autisme. Aku ada masalah komunikasi, masalah bersosial dan dalam masa yang sama orang autisme ni ada sifat obses. Tak jemu jemu buat sesuatu perkara yang membosankan, walau pun berulang alik dan dipandang aneh oleh masyarakat.

Aku simpan rekod semua pergerakan duit. Setiap keluar masuk duit hari hari aku rekodkan. Obses. Aku pergi bayar duit masuk tandas 20 sen pun simpan rekod, beli mamee 30 sen untuk anak aku pun masuk rekod, pendek kata sebarang transaction duit memang aku rekodkan. Sampai bini aku naik rimas, macam haji bakhil katanya. Hahaha.. bukan kedekutlah, aku cuma nak tahu ke mana duit bergerak setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun. Jadi aku betul betul tahu, takde main agak agak, tahu untung rugi operasi kambing aku dan juga belanjawan keluarga aku.

Termasuklah opex.

Opex ni operating expense atau variable cost atau belanja operasi atau kos berubah. Dalam operasi pembiakan kambing, opex meliputi item item major macam gaji pekerja, dedak, ubat ubatan, garam galian, minyak mesin chopper, penjagaan pastura etc. Kos buat kandang itu dikira capital cost, tak masuklah dalam opex. Susut nilai kandang atau bayar loan bulan bulan aku rasa tak masuk opex. Itu kena peruntukkan dalam bahagian capital expenditure (capex). Kalau aku salah, tolong betulkan ye..

Banyak pembiak kambing yang gagal tang opex ni lah. Capex semua bersemangat berkobar kobar, yelah baru menceburkan diri, syok betul merekabentuk dan membina kandang ni, beli kambing cantik cantik bulat bulat sana sini, tak peduli sangat keluar duit lebih lebih. Sekali dah mula operasi, especially masuk tahun kedua, tengok opex tinggi mencanak, tu yang ramai pembiak mula berpeluh peluh demam. Kalau dah biasa buat bisnes, memang biasalah berhadapan saat saat kerugian, takdelah risau sangat. Tapi bagi mereka yang first time jadi usahawan, pembiak full time plak tu – takde income lain, pehh resah gelisah tak boleh tidur malam dibuatnya, memang terasa dalam terowong gelap tak nampak cahaya, rasa nak give up aje.

Takut.

Aku tahulah pasal aku dah rasa. Dan aku share sebahagian pengalaman aku. Ok, aku membiakkan kambing cara semi intensif. Bermula kecik kecik, 4 tahun yang pertama takde kuli, semua kerja buat sendiri. Bila bini beranak sulung baru aku ambil pekerja secara rasmi. Kritikal juga masa tu, baru sehari pekerja bekerja, besoknya bini aku dah beranak. Kalut juga, tapi keadaan memaksa.

Peh lari dari tajuk lagi aku ni, tak masuk masuk bab opex. Ok ok. Opex ni bagi aku kunci kepada kejayaan operasi pembiakan pedaging. Lebih rendah opex, lebih tinggi kemungkinan kejayaan operasi kita. Aku tak kata mutlak ye, tapi dari observation aku, kalau nak selamat nak berjaya membiakkan kambing pedaging, sentiasa cari cara merendahkan opex. Kalau penggemukan lain sikit sebab yang dikejar pemaksimuman keuntungan, manakala pembiakan peminimuman kos. Hahaha amende ayat aku guna ni, kelakar sungguh. Belasah je lah, janji boleh faham.

Operasi aku ada dua dua – pembiakan dan penggemukan. Metodnya aku kejar pembiakan yang prolifik untuk merendahkan opex DAN penggemukan yang berkualiti (tak hirau sangat pasal opex tapi profit). Banyak yang aku boldkan tu nak kena slow sikit masa baca, kena cerna betul betul jangan main speed reading je. Lain pembiak lainlah keutamaannya. Ni style aku buat masa ni lah.

Orait untuk tahun ini di ladang aku, secara puratanya gaji pekerja + bonus + kos permit + dedak + upah cari rumput + garam galian + ubat ubatan + minyak + tag telinga + bla bla bla = 2277 sebulan untuk 320 ekor kambing. Nak bagi senang kira, bagi mencabar sikit, takpa aku jadikan opex aku 2500 sebulan dan kambing 300 ekor je. So ketung ketang rm8.33 seekor kambing per bulan. Sehari ialah 28 sen.

28 sen per ekor per hari.

Nak senang kira takpa kita naikkan jadi 30 sen seekor sehari. So sebulan jadi rm9 bagi setiap ekor kambing.

Biasanya aku akan jual kambing pada purata umurnya 9.6 bulan dan pada harga rm519.75. Ahh pening decimal decimal ni. Takpa kita bagi mencabar sikit (aku tak nak gilap gilap bagi berkilau), so purata umur kambing semasa dijual ialah 10 bulan dan pada harga rm500.

Gross profit margin ialah rm500 – rm90 = rm410 per ekor.

Oklah tu.

Aku buat sistem semi intensif dan aku guna baka kambing yang ada darah tempatan, ada darah pribumi, ada darah kita. Kalau buat sistem intensif dan menggunakan darah asing, aku tak yakin dapat mencapai figure macam di atas. Realistically bagi sistem intensif, lowest opex yang setara situasinya dengan aku, yang aku tahu ialah 70 sen sehari per ekor. Majoritinya 90 sen ke 110 sen sehari per ekor. Kita boleh kira sendiri siapa yang lebih tinggi survival chance bila memulakan operasi pembiakan pedaging.

Boleh ke opex ni lebih rendah?

Boleh sangat. Pasalnya yang pertama gaji pekerja aku tinggi. Sebulan gaji asas dia 900, campur bonus dapatlah 1200, belum campur lain lain, itu kerja 6 jam je dengan aku. Dia ada masa buat kerja lain, ada additional source of income. Yang kedua kos dedak boleh dikurangkan dengan ketara sebabnya aku guna dedak mahal. Dah la guna dedak mahal, aku ada buat creep feeding dan penggemukan dan joint research dengan UM. Kalau aku tak buat penggemukan dan tak buat research, maka opex aku jatuh kepada 16 sen per ekor per hari.

Yang pentingnya aku nak tunjuk kat sini ialah sebenarnya boleh untung bila membiakkan kambing pedaging ni kalau kena caranya. Ada sifat buru ilmu, ada disiplin tinggi, ada sedekah konsisten insya allah boleh.

Cuma ada satu dilema terutamanya kepada pembiak kecil full time yang takde modal besar. Dilemanya ialah kambing betina, nak jual atau nak simpan. Nak simpan betina, tak cukup pula income. Nak jual betina, tahap tu juga income, bila pulak nak expansion? Betul tak? Itulah yang terjadi kat aku. Dilema dilema.. pening oiii

Bagi operasi pembiak pedaging sistem intensif, memang jelaslah lebih tinggi opex. Tapi masih ada peluang untung dengan syarat jual semua anak yang dilahirkan. Jangan simpan. Bila simpan tu yang pecah bumbung kita punya opex. Takut tengok.

Aku punya recommendation, kalau boleh buat semi intensif, buat. Jangan ragu ragu apalagi kalau baka kambing adalah baka tempatan. Kalau tempat takde, memang kena buat intensif, jangan biakkan dulu. Belajar buat trading dulu, gemukkan kambing lepas tu jual. Profit kurang sikit, tapi survival chance lagi tinggilah.

So itulah pandangan aku serba sedikit berkenaan operating expense bagi operasi pembiakan kambing pedaging. Harapnya tuan tuan rakan rakan pembiak boleh juga sama sama kongsi pengalaman dan pandangan. Ok minta diri.

Salam.

30 comments:

  1. assalamualaikum Prof.Alwi..

    accounting bkn ke ade cket kne mngena dgn finance.hehe..rse btul dh tu cume Opex tu ade dua Fix cost n Variable cost.Fix cost mcm gji pkerja,susut nilai(xde output ttp kne byar) n variable cost mcm kos mknan,ubat2,utiliti,senggaraan(depend pd pnggunaan)..Capex prblnjaan bsar mcm bt kndang,beli mesin..

    Tp tol la aku sbnrnye trtnye2 knpe yg bt intensif nih suke jual anak kmbg.sdgkn bg aku ptut bela smpi besar bru jual.mmg xbrkmbangla mcm tu,stagnant pd jumlh yg sama je.jd Prof tlah mnjwb prsoaln aku.haha..

    Alhamdulillah..aku adela cket rekod2 tu.tupun pyah gak nk update mklumla duk jauh..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah simpan rekod, nanti kita boleh compare

      Delete
    2. aku banyak sangat lupa pasal akaun akaun ni hehehe

      Delete
    3. Aku rasa maksud penjualan kambing masa anak tu merujuk pada mewujudkan aliran masuk wang tunai. Tak boelh semua aset dalam bentuk kambing sembat kurang cair (susah nak jual segera). Bila modal sikit ni, selagi aliran duit masuk lebih banyak daripada keluar insyaallah akan mampu bernafas.

      Bila ilmu perkambingan dah meningkat seiring dengan pertambahan usia perniagaan baru boleh simpan kambing dan tambahkan ibu. AKu pernah merasa benda ni dulu. Alternatif untuk keluar kemelut ni

      Delete
    4. iye tuan fairul.mmg pnting cairkn aset cme aset yg dcairkn tu spttnye bleh bg profit lg tnggi kalu simpan lbih lame kalu ikut sistem semi-intensif laa sbb kos operasi xtinggi mana..kalu intensif kt ctula problemnya..kalu modal byk xpelaa..haha

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Wrmbth Tuan, Terima kasih sangat seba info berguna yang lama dinanti2 ni. Hehe.

    Aku ada banyak soalan dan jawablah mana yang mampu.

    1) Tanah aku limited, kambing aku cerewet nak makan bebas jadi aku lepaskan pada kawasan yang terhad. Contamination pada pasture akan jadi tinggi dan kawasan aku akan ada kadar jangkitan Gastro instestinal parasite yang tinggi. Nak buat control grazing kawasan terhad, nak buat multi species grazing (kambing+lembu) untuk sokong tabiat makanan berbeza aku takde lembu macam isal. Jadi, jalan yang aku nampak tinggal pada penggunaan foraj kaya condense tannin dan peningkatan mutu baka melalui selective breeding. AKu dah nampak sedikit jalan jangka panjang jika CT dan pembakaan terpilih dijalankan. Sejauh mana berkesan atau tidak Wallahu'alam. Apa yang pasti, aku dah ambil baka yang ada sejarah daya tahan terhadap parasit tropika dari perak dan dalam seminggu mesti kambing2 akan makan daun pisang dan ubi.Nak cari sericea lespedeza mana dapat kat sini. Boleh sahkan tak kebolehmampuan kaedah aku ni?

    2. Fear Factor pada kambing memang dah dijalankan dan alhamdulillah kambing2 dah berdisiplin dalam dan luar kandang. Tapi, aku perasan ada masalah baru timbul. Bila fear factor menyebabkan tekanan, kambing yang tekanan ni cepat sakit pula. Melalui sedikit pembacaan, stress pada kambing akan hilang dalam masa singkat tapi kesan stress pada kambing lebih lama daripada itu. Kesan pada keimunan melawan penyakit yang paling menonjol, mula berhingus hidung, lepas tu kena rantaian kes cirit birit pula. Alhamdulillah, melalui penggunaan levamisole dan antibiotik kambing dah pulih. Sebolehnya, penggunaan dewormer (broad atau narrow spectrum) nak diminimakan. Ada tak cara tingkatkan imunisasi kambing. adakah melalui senaman dan nutrisi mencukupi?

    3. Tuan bermula dengan 13 ekor kambing sakit kan. Dan awal2 dulu banyak guna drencher dan dewormerkan? Persoalannya, macam mana kaedah yang tuan digunakan untuk tukarkan pergantungan pada dewormer kepada selective deworming?

    4. Pernah dengar kaedah FAMACHA. Sekali baca macam selective deworming lah pula. Pernah cuba ? Kalu ya, boleh kongsi kemudian hari . Hehe.

    Tq tuan menjawab persoalan pembiak kambing pening macam aku ni.

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mr fairul. mak aih komen paling panjang pernah aku nengok. Jawapan aku akan cerita dalam next few post.

      FAMACHA tu kaedah untuk mengetahui kambing yang kecacingan. Omputih biasanya recommend guna Famacha. Masalahnya yang ramaaaaaiii tak tahu ialah Famacha untuk haemonchus contortus, cacing lazim. Famacha tak sesuai untuk kambing yang kena tapeworm atau flukes.

      Buat masa ni aku tak guna Famacha. Aku buat visual inspection je.

      Delete
    2. Bagi soalan no 2, kambing yang biasa dimanjakan akan mengalami considerable stress yang lebih signifikan dan lama berbanding kambing lasak. Bila stress especially dalam kandang yang overcrowded, selsema aku tak risau, yang betul2 risau cirit birit. Ko kena hati hati, kalau wujud rantaian cirit birit, as soon as possible (ASAP) buat coccidian treatment. Kalau sekor sekor cirit, takpe guna terramycin LA.

      Overcrowding bila ratio 1 kambing : 10 kaki persegi ruang kandang. 1:16 ok, 1:14 ok, 1:12 risau sikit, 1:10 kena buat, 1:8 wajib buat selalu.

      Banyak modal boleh expand kandang, realitinya kita selalu tak cukup modal. Tu yang dilema dilema.

      Delete
    3. Tq tuan. Rawatan Cocci tu pakai garam sulphonamide hari tu ke? Aku masih mengalami kekeliruan untuk kenal pasti kambing mana ada masalah cacing yang perlu rawatan segera. Lebih2 lagi jika nak tunggu ada bottle jaw dah kira lambat. Jika ada dalam simpanan atau tahu sebarang rujukan visual, ada tak gambar kambing yang perutnya dah jatuh sebab kecacingan. Kambing aku ada yang bulat betul tapi tengok perut macam menggelebeh. Hehe.

      Oleh kerana kawasan ragut baru belum boleh digunaan lagi, lebih2 lagi sekarng ni musim panas hujan tak turun sangat, rumput lambat naik. Naik jenuh aku juga nak cari kawasan ragutan. Dalam kes ladang ko, kambing cukup senaman dan makanan jadi tak yah suntik vitamin. Hari ni oleh kerana aku tak puas hati dengan kadar kekenyangan kambing, suntik jugalah vitamin buat sementara waktu. Jenama VETAMET 1cc/10kg. Macam2 ada dalam tu. Sementara kambing sikit ni, nak pastikan semua fit dan cukup nutrien. Yang penting mortality rate minima dan semua aset yang ada terjaga. Sehinggalah dah stabil.

      Lagi satu, kambing baru beranak ni seelok2nya berapa hari kita rehatkan meragut? Melalui pembacaan, fasa ni imuniti kambing kurang dan disarankan pemberian dewormer. Aku sedikit sangsi sebab ini rujukan barat. Kami nak kurangkan pergantungan pada dewormer supaya refugia yang ada lebih diversify dan populasi cacing yang tahan lasak dapat dikurangkan.

      Tuan Feral ada suntik apa2 tak pada biri2 tu setakat ni? Gemuk semacam je

      Delete
    4. Assalamualaikum Tuan Fairul..

      biri2 tue mula dtg aku bg dewormer Chan Broad Broad Spec mcm alwi guna tue..lpas tu xde bg ape2 dh.Tetramycin LA aku suntik semua kmbing,biri2 dikecualikan sbb mmg xde lgsung simptom2 pnyakit kt biri2 nih..rasanya sbb die cpt mnyesuaikn dri dgn keaadaan kndg n prskitaran baru..dri tmpt asal aku beli pun tuan die mmg lpas ragut je biri2 nih..xprnah bg pelet/ubat2..mgkin sbb tu die kebal.hehe

      bgus jgak soalan Fairul tu Prof alwi..brape hri retention period pas kmbg beranak?aku dulu main lepas je anak skali ibu even bru lps branak.hehe..rasenye xde mslh cume anak tu slalu trpijak duri sawit.yg tu je mslhnye..biri2 pun aku bt cmtu.lpaskn aje skali dgn ibunye..tp anak biri2 ni kire bijak xtaula..xprnak pulak kena duri sawit..tlg jelaskn prof..

      Delete
    5. assalamualaikum bro 3 serangkai...argghhh agak kerunsingn yg mne nak baca dulu niii...ahaha byk nk cover blik...ahaaha semi rm9 je ye..oohhh boleh jimat rm30 utk seekor..bgus jugak sudah terjawab persoalan..Banyak soalan banyak juga jawapannya,Kata hati dan rasa tak dibiar saja,Setiap yang berlaku ada kebaikannya,Harus pejam mata dan cuba apa saja!!

      Delete
    6. itula kelebihn sist.semi intensif cuma mslh mgkin pd kwsan laa..bgus2 mnat utk mnuntut ilmu prkmbingan ade pd ko.ko kwsn pun ade ldg swit jd blehla..:-)

      Delete
    7. tapi bole tahan luas ladang sawit bro kita nie ye..kaya ni..

      Delete
    8. bile mse plak luas bro anuar..10ekar tula,peneroka Felda mmg dpt 10ekar je..ekau punyo lg luas dr den..den cdg ekau bolo kmbing dokek ldang sawit tulaa..nk lg cntek ekau pagar ldg 12ekar tu..den dh pgar ldang den tp kawat blum psg2 lg.hehe..lopeh siap den lopeh yo kmbing tu main kwsn ldg..lg sonang..tp mmg xckupla mknn kalu stkt 10ekar..kono lopeh jgaklaa ke luar..

      Delete
    9. Bela kambing kampung la. Kalau boer lepas bawah sawit. Jadi arwah le. Last2 buat kenduri tahlil arwah kambing korban kecacingan. Trial and error itu bagus, tapi cuba pertimbangkan kapasiti masing2. Tak sama situasi kita ni. Ada banyak tanah takde duit. Ada banyak kambing takde tanah. ada banyak masa dan tenaga xde kambing.

      Delete
    10. btul kate Tuan Fairul..dpend pd stuasi msing2.jgn ikut sgt ape yg org lain buat,mgkin ssuai utk sstgah pntrnak tp x pd yg lain..amek kire sume faktor.nk lg bgus bljr dgn Prof.Alwi la.haha..

      mne Prof.alwi lme x update blog nih..sbuk dgn xtvt d kndg nmpknye..

      Delete
    11. Baca betul2 tu. Sebulan bukan RM30. Sehari 30sen. Sebulan baru RM9 kalau 30 hari. Kalau pakai sistem pawah ni risiko ko tanggung. TIba2 nak mati atas tu tuan kandang takkan bertanggungjawab.

      Memang dah ramai yang gagal dengan sistem pawah. Kalau mati ditangan sendiri takpe, ini tangan orang lain. Mana nak lari dari kecuaian manusia?

      Delete
    12. btul dah kiraan bro anuar tu..sbb kos pwah dia RM1.30 shari jd sbulan RM39..kalu semi intensif bru RM0.30 shari jd sbuln RM9 tu yg die kate jimat RM30 tu.haha..

      sistm pawah ni dr dlu ade tp utk lmbu laa.tp upah xde, bhagi anak je.anak jntan bhagi dua,anak btina gilir2(ank prtma tuan lmbu pnye,kedua tkang pwah punye and so on)kos lain xde.so brula si pnjaga smgt nk bela..yg sistem pwah bru nih lbih kpd utk org yg byk duit n tgok kmbg hjung mggu.bela sbgi hobi..hehe

      Delete
    13. What happened to you anuar? Tetiba senyap, melancong ke afghanistan ke?

      Delete
    14. anuar die sbuk blajar bnde lain plak..kmbing die rasenye dh trlepas smpi Afghanistan.haha..

      Delete
    15. Melalui sedikit bacaan, semaca induk melahirkan anak, hormon estrogen dan progesteron yang dirembeskan kelenjar akan menyebabkan sistem imunisasi kambing berada dalam keadaan dorman dan mendedahkan risiko serangan kecacingan. Ini memang menjadi kerisauan aku. Jadi macam orang kaya isal cakap, berapa lama retention period tuan? Adakah kandang anda merehatkan kambing baru beranak daripada keluar melayar rumput.

      Menurut rekod aku, ada kambing aku tumpah darah sebab keluar meragut tp itu normal. yang kurang normal tu, tiba2 ekor kambing kena jangkitan dan parasit luar pun ambil kesempatan untuk tambah parah. Alhamdulillah ubat woundsarex dan oxytetracyline berjaya membendung dan memulihkan kambing.

      Anak kambing menurut perbualan dulu, 10 minggu baru boleh turun dari kandang kan.

      Delete
    16. Hari ni betina beranak, besok dah lepas meragut balik. Kambing fit takde masalah.

      Generally umur 10 minggu baru aku lepaskan anak kambing meragut. Bawah 10 minggu banyak yang tak berani lompat parit.

      Delete
    17. Pasti ada sebab kenapa Tuhan jadikan lower immunity ketika masa berahi dan sebaik lepas beranak. Cuma aku yang belum kaji. Sok nanti dah kaji aku share lah.

      Delete
    18. fairul n aku kne kaji gak nih..nnti bentang tesis msing2 ye.bru best..haha

      10minggu ye prof.alwi..

      Delete
    19. betul2 masing2 buat kajian kemudian buat pembentangan hehehe... semangat semangat.. aku tunggu hasil kajian korang..

      Delete
    20. Terima kasih kepada sahabat semua, teruskan memberi info. saya yang masih baru ni merasa masih banyak lagi yang saya perlu pelajari dan perbaiki..

      Delete
  3. tq sahabat... menarik sunguh perbincangan... saya yang masih baru ni.. rasa masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan diperbaiki...moga sahabat teruskan memberi info ye..

    ReplyDelete
  4. Equivalent daytime installment borrowing products really are a form of pay day loans delivered to get a week length within unexpected
    scenarios. People don’t need typically the proof of situations’
    critical, neither of them they must be given surety, credit ranking neither
    other stuff. It's possible you'll schedule a vacation, a lot of very important products and services or insure your business purchases – Exact time of day
    fitting up lending products will assist you to in a
    circumstances. At present those financial loans can be bought on-line.


    Here is my site szybka pożyczka

    ReplyDelete
  5. With regardѕ tο spenԁing budget, уou ωіll dіsсoνer any thοught paуments along
    with the unusual prices the fact thаt сгunch way up stealthilу havіng
    you 100 % innоcеnt. As an іllustratіon, you might faciаl area the necessity
    to visit a strong trοublеd in compariѕon uѕing youг spοuѕе
    аnd сhіlԁren or perhаpѕ rеplace аll the domеstic plumbing in yοuг homе.
    Υour vehіcle wіll ρrobably disintеgrаtе and might гequiгe huge improvеmentѕ oг perhapѕ уοu actually or perhaρѕ yоu аnd your
    fаmilу fellow member may drop ԁangerous nеcеѕsitatіng
    primaгy medical attentiοn. Αlmost all thеse obtain a cost
    with уouг buԁget allowed and you'll need urgent bucks to tide a person more than until such time as your wage day. Currently practical cash advance loans to assist you to clients deal with on a financial basis shocking circumstances.

    does a great job for corresponding the right loan service together with the site visitor on demand. People understand the significance of making use of banking institutions which are dependable, pro not to mention ethical. Everyone consider major time assessment loan merchants regarding experience prior to among them them in our mobile phone network. While the perfect stand that you should opt for a proper loan company in line with your specific desires.

    Here is my homepage - kredyty na splate komornika

    ReplyDelete