"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, June 30, 2012

MISTERI MATI BERTURUT TURUT TERJAWAB


Adapun sebelum ini aku pernah post pasal sebuah petak misteri di kandang aku di mana berturut turut anak kambing mati bila diletakkan dalam petak tersebut. Rupa rupanya bukan disebabkan gangguan ghaib, atau ada kuman tetapi disebabkan ini.

Berpuluh penyengat bersarang kat sini. Tengah korek tahi kambing baru perasan.

Closeup

Yaa sarang penyengat. Lebah bukan, tebuan pun bukan, tapi penyengat. Sakit ni kalau kena lagi teruk dari lebah. Jangan tanya aku lebih lebih pasal binatang ni pasal aku tak arif. Patutlah banyak anak kambing aku yang mati dalam petak misteri tu. Habih dikerjakan penyengat.

Kambing ni kalo kena sengat kita boleh guna anti inflammatory agent. NSAID boleh, steroid based pun boleh. Kot. Hahaha aku rasa rasa je. Nak lebih yakin tanyalah vet.

Ada kawan aku kambingnya mati 20 ekor dikerjakan lebah. Lebah tengah migrasi, tengah cari sarang baru, ntah apa mimpi dilanggarnya kandang kambing kawan aku ni. Habih tergolek kambing kambing dia. Kesian sungguh kambing dan tuan punya kambing. Mujurlah dia tak putus asa, masih lagi biakkan kambing hingga sekarang.

Sarang penyengat tu aku sembur ngan ridsect cockroach control. Sama class dengan baygon. (Dulu baygon ni racun kelas III sekarang class IV pula – dah menurun pula toxicity dia). Berkesan juga. Nasib baik aku tak disengat.

Oklah tuan tuan. Jumpa lagi.  

6 comments:

  1. Ending xbrape mnarikla proft..ptt jmpe srg hantu ke brula mnarik..ini jmpe srg pnyengat.haha..tp terungkai sudah misteri petak tu..

    ReplyDelete
  2. Cakap pasal penyengat. Hari tu aku gembala kambing kena serang penyengat. Memang aku ridsect habis sarang dia

    ReplyDelete
  3. ada baiknya penyengat tu duk citu..kalu2 ade org nk curi kmbing ke penyengat tu attack dulu..kalu Fairul tu dia saje suh exercise cket..tu yg die serang tu.haha

    ReplyDelete
  4. hehe. kalo ada d kandang ko pulak sebab Allah swt nak kambing ko Robert bertaubat. Anak berderet2 tapi keluar malam g mana tu? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkin dia pergi usrah agaknya.sape tau.haha..hr tu aku lpas kol 3ptg..skrg aku try lpas kol 1ptg..nk tgok dia blik mkin awal ke mkin lmbbt..kmbing kn suka brjalan cr kwsn ragutan yg fresh..tepi-tepi paya adlah kwsn kgemaran mreka..risiko liverfluke mmg tinggi tp xpe.jnji bt program deworming mcm prof.alwi sarankan..Insyaallah sihat2 nanti..

      Delete